Polis KENYA Guna PROTON X70 Sebagai Kenderaan Rasmi. Jenama Tempatan Terus Mendunia

Share

Setiap badan beruniform memiliki kenderaan rasmi tersendiri untuk digunakan sebagai kenderaan bagi anggotanya menjalankan tugas.

Baru-baru ini, Polis Kenya menerusi satu hantaran di laman Facebook rasmi mereka telah mengumumkan yang anggotanya akan menggunakan kereta buatan Malaysia, Proton X70 sebagai kenderaan rasmi.

Menurut hantaran itu, Polis Kenya menyatakan, “Proton X70 akan membawa gaya terbaik, kestabilan hebat, dan keselesaan untuk Perkhidmatan Polis Negara semasa mereka melaksanakan mandat mereka.”


.


.

Jika dilihat pada gambar yang dikongsikan, warna Proton X70 yang akan digunakan oleh Polis Kenya ini merupakan warna yang tidak ada di Malaysia, yang mana kereta-kereta itu diserikan dengan warna biru berbalas putih dan warna hijau lumut berbalas merah.

Selain itu sebanyak 30 buah Proton X70 itu juga diberi plat nombor bermula dengan huruf GBK. Sejak dimuat naik pada 19 November lalu, hantaran tersebut menerima banyak komen-komen positif daripada warganet.


.

“Tahniah kepada pasukan Polis Kenya. Semoga kerata Proton X70 yang baru ini meningkatkan lagi kecekapan servis kepada kumunity,” komen salah seorang pengguna Facebook.

Manakala warganet yang lain pula meninggalkan komen, “Wow kami tidak memiliki warna tersebut di Malaysia. Ini sesuatu yang istimewa. Selamat maju jaya kepada pasukan Polis Kenya dengan Proton X70.”


.

Untuk pengetahuan pembaca REMAJA, menurut laporan Sinar Harian, kereta Proton model X70 ini mula dilancarkan di Malaysia pada 12 Disember 2018 dalam sebuah majlis gemilang di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Menerusi informasi yang diperoleh daripada laman sesawang Proton, model ini merupakan model pertama yang dihasilkan bersama oleh Proton dan Geely serta merupakan SUV premium pertama dikeluarkan oleh sebuah jenama automotif Malaysia. Model ini juga telah membawa Proton ke segmen pasaran baharu dan bertindak sebagai pemangkin untuk memberi nafas baharu kepada jenama.

Sumber & Foto: Facebook Proton Kenya

++ Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

 

IKLAN