Pokok Legend UPM Akhirnya Tumbang, Ramai Luah Rasa Sedih

Share

Kalau korang pelajar atau alumni Universiti Putra Malaysia (UPM), mesti dah familiar dengan pokok besar yang ada di atas bukit tu kan?

Baru-baru ini, kecoh tentang pokok tunggal yang berusia puluhan tahun itu tumbang menyembah bumi.

Ada yang mengatakan bahawa pokok itu sudah terlalu tua dan daunnya juga dah tak serimbun dulu.

Pelbagai reaksi daripada orang ramai turut dikongsi di laman media sosial.

Bukan saja menjadi ikonik untuk pelajar UPM, pokok besar tersebut juga kerap kali muncul di kaca TV dan layar perak.

Paling diingati penonton adalah apabila pokok ikonik ini menjadi latar belakang bagi filem Lagenda Budak Setan lakonan Datuk Farid Kamil dan Lisa Surihani.

Selain itu, pokok ini juga pernah menjadi lokasi untuk klip video Di Penjara Janji nyanyian penyanyi terkenal negara, Awie.

Air Asia tidak ketinggalan untuk mengabdikan lakaran gambar pokok lagenda tersebut pada sebuah badan pesawat atas kerjasama mereka dengan UPM pada 12 September 2017.

Tak dinafikan lokasi pokok besar tu memang sangat menarik. Ramai juga pelajar yang menjadikan tempat itu sebagai port ambil gambar time konvo.

Pastinya ia menjadi menyimpan seribu kenangan buat mereka..

Kredit: Ahmad alMeseiry

IKLAN