Berita baik buat masyarakat Malaysia yang sudah menerima lengkap 2 suntikan dos vaksin.
Menerusi peningkatan jumlah suntikan yang diterima rakyat Malaysia, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md Yasin mencadangkan kepada pihak jawatankuasa pengurusan yang terlibat untuk menilai semula kelonggaran kepada penerima dua dos suntikan vaksin.
“Mutakhir sekali saya minta Jawatankuasa Pengurusan (JKJAV) ini menilai semula bagi mereka yang dapat vaksin dua suntikan supaya mereka akan diberikan kelonggaran-kelonggaran, sama ada dari segi perjalanan atau pergi ke kedai atau makan di restoran.
Ads
“Ini petanda supaya kita nak tunjukkan sementara kita menguruskan COVID-19, maka kehidupan rakyat mungkin sedikit demi sedikit akan kembali seperti masa-masa yang lepas,” katanya kepada media selepas membuat tinjauan penyediaan Bakul Prihatin Negara di Dewan Perdana Nur, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Ads
Selain itu, Perdana Menteri, turut menyatakan penerima dua dos suntikan vaksin akan diberi kelonggaran dari segi perjalanan serta makan atau dine-in di restoran.
Untuk info, sehingga 14 Julai 2021, lebih 12 juta pemberian dos 1 dan dos 2 vaksin diberikan kepada orang ramai dengan jumlah suntikan kini yang melebihi 400,000 dos sehari.
Ads
Wah…bestnya boleh rentas negeri dan lawat mak ayah di kampung.
Memang tidak dapat dinafikan, kumpulan ikonik K-pop, Bangtan Boys atau lebih dikenali sebagai BTS telah menjadi perhatian seluruh dunia.
Baru-baru ini, BTS menerusi pengumuman di laman Twitter bakal memberikan koleksi konsert secara percuma kepada Army!
Berita baik buat para peminat kerana mereka boleh menonton koleksi konsert atas nama Bang Bang Con itu di rumah dengan melayari saluran YouTube rasmi kumpulan pujaan ramai tersebut iaitu BANGTANTV pada Sabtu (18 April) dan Ahad (19 April) ini.
Untuk pengetahuan anda, beberapa konsert yang termasuk dalam koleksi itu adalah BTS Live: The Most Beautiful Moment in Life On Stage (2015) dan BTS Live Trilogy Episode III The Wings Tour In Seoul (2017).
Menerusi tinjauan kami di laman Twitter, rata-rata peminat kelihatan teruja dengan pengumuman Bang Bang Con ini:
HOLD UP, THEY POSTED THE BANGBANGCON D-5 AND IT MEANS THEY’RE COUNTING DOWN BEFORE THE BANGCON SO IT MEANS WE’RE GETTING SELCAS FOR THIS WEEK, WE ALREADY GET NAMKOOK, I’M EXCITED WHO’S NEXT OMYGODPLSSSJDK
Sepatutnya , kumpulan K-Pop terkenal ini dilaporkan mahu melancarkan konsert jelajah dunia mereka pada bulan ini selain beraksi di Stadium Olimpik, Seoul berikutan pelancaran album baru iaitu Map of the Soul: 7 pada Februari lalu. Walau bagaimanapun, semua projek itu terpaksa dibatal atau ditangguhkan berikutan penularan virus pandemik COVID-19.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tiada apa yang lebih menyedihkan tatkala kita kehilangan insan yang disayangi. Lebih menyedihkan pemergian itu datang tatkala kita bakal berhadapan berita gembira iaitu dinikah dengan pasangan.
Luahan seorang gadis di twitternya, Syaa@syzssfqh mengundang reaksi sedih apabila ramai yang mengucapkan salam takziah di atas pemergian ayah kesayangannya, Abdul Rahim bin Othman, 59 tahun akibat tekanan saraf di bahagian otak di saat dirinya bakal bernikah dengan pasangannya pada 14 Disember ini.
Berkongsi luahan hatinya, Syaza Syafiqah binti Abdul Rahim, 23 tahun ketika dihubungi REMAJA berkata, pagi sebelum pemergian akhir ayah menemui Sang Penciptanya, ayah beriya-iya menghantarnya ke stesen MRT, Kajang, seolah-olah ingin memberitahu saya itu adalah bakti akhirnya sebelum dia pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya.
“Biasa saya bawa kereta ke stesen MRT kerana bekerja di kawasan Ara Damansara, tapi lepas Subuh itu ayah beriya mahu hantar. Tengahari itu, time lunchsekitar 1.30 tengahari dapat pangilan kata ayah jatuh dalam bilik air dan tak sedarkan diri.
“Saya bergegas dengan tunang, Muhammad Asyraf menaiki motor ke Hospital Kajang tapi ayah dah tak sedar diri sampailah nadinya terhenti jam 8.20 malam,”katanya yang masih sebak tatkala berkongsi perkongsian ini.
Berkongsi lebih lanjut kata Syaza, arwah ayah dan ibunya sudah lama berniaga nasi lemak di kawasan perumahan mereka, Puncak Saujana.
“Balik dari berniaga pagi itu, ayah siapkan semua barang untuk masak esok harinya. Biasa kalau semua sudah siap, ayah akan masuk ke bilik air untuk mengemas diri.
“Macam biasa ayah masuk ke bilik air tapi kami tak perasan ayah masih ada di dalamnya sehinggalah adik saudara kata nak guna bilik air. Mereka ketuk tapi tak buka dan bila dipecahkan ayah sudah tersandar di atas tandas duduk dalam keadaan tidak sedarkan diri.
“Ambulan bawa ke hospital dan pemeriksaan rapi doktor memaklumkan berlaku tekanan saraf di bahagian otaknya. Ayah memang ada penyakit tiga serangkai, kencing manis, darah tinggi dan masalah jantung.
“Bila keadaan ayah semakin tidak stabil, doktor ada menyuruh kami adik beradik bacakan Yassin. Malah ada juga cadangan dari doktor untuk memindahkan ayah ke HKL bagi membuat pembedahan mengeluarkan darah beku di bahagian otaknya tapi sebelah petang keadaan ayah semakin kritikal. Dari Unit Rawatan Rapi, doktor pindahkan ayah ke wad biasa. Malah doktor sudah buat perbincangan dengan kami sekeluarga yang mana kalau keadaan ayah semakin kritikal, tiada bantuan akan dibuat lagi kerana tekanan nadinya semakin menurun dan kami semua redha. Malam itu, tepat jam 8.20 malam, ayah pergi tinggalkan kami semua,”ujarnya memaklumkan selama ini dirinya amat rapat dengan arwah ayah.
“Dari dulu lagi, kami bertiga akan berjalan bersama-sama. Bila ambil saya di MRT untuk cuti hujung minggu, ayah dan ibu, Roslawati Mohd Saman, 56 akan ajak jalan-jalan dulu. Pergi makan dan sebagainya. Kebetulan saya minggu ini baru ambil cuti untuk urusan perkahwinan dan tinggal menyewa di Damansara kerana lebih dekat dengan tempat kerja,” katanya.
Ayah sempat tempah baju dan songket
Berbanding perkahwinan abang dan kakaknya sebelum ini, dirinya yang merupakan anak bongsu memaklumkan arwah ayah beriya-iya membuat persiapan majlis perkahwinannya.
“Ayah sudah tempah baju Melayu warna purple cair, siap bersamping. Berbanding majlis kakak dan abang, arwah hanya beli baju siap sahaja. Katanya baju tempah lebih baik dan dia mahu nampak elok di majlis kahwin saya. Bukan itu saja, semua persiapan mengenai majlis saya pada 14 Disember ini sudah dilangsaikan semua bayarannya termasuk kepada pihak katering.
“Awalnya ayah mahu jemput 1000 orang tapi saya kata cukuplah 700 orang tetamu sahaja. Begitu juga hadiah untuk tetamu, kompang, semua ayah sudah siap bayarkan, seolah-olah tahu dirinya akan pergi dan dia mahu majlis saya nampak sempurna walau pun dirinya sudah tiada di dunia,”kata Syaza lagi.
Mahu tangguh tapi atas nasihat Imam majlis diteruskan
Biar hatinya masih menangis, malah perbincangan keluarga mereka mahu majlis yang bakal berlangsung lagi dua hari ini ditangguhkan memandangkan jenazah ayah baru saja dikebumikan semalam tetapi Imam menasihatinya agar meneruskan majlis kerana semua persediaan sudah dilakukan.
“Atas nasihat imam, majlis ini akan diteruskan dengan cara sederhana kerana semua persiapan sudah dibuat,” katanya memaklumkan majlis sebelah bakal suaminya akan dibuat dua minggu selepas majlis di rumahnya,” katanya lagi yang meminta doa dari orang ramai agar roh ayahnya ditempatkan di kalangan orang beriman dan beramal soleh.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bukan hanya negara Indonesia sahaja yang melalui penukaran bagi ibu negara mereka baru-baru ini, negara jiran utara kita iaitu Thailand turut melakukan perkara yang sama. Thailand tidak menukar ibu negaranya, Bangkok ke lokasi yang baru. Sebaliknya, hanya nama rasminya saja yang bertukar.
Perkara tersebut telah diumumkan oleh Pejabat Diraja Thailand (ORST) di mana nama Bangkok bakal dikenali secara rasminya sebagai Krung Thep Maha Nakhon. Begitupun, nama ‘Bangkok’ masih boleh digunakan oleh orang ramai dan dijadikan sandaran rujukan.
Krung Thep Maha Nakhon dilaporkan sekadar akan digunakan sebagai nama rasmi dan untuk urusan rasmi bandar raya itu. Manakala nama Bangkok akan ditulis dalam kurungan sebagai rujukan.
Selasa lalu, kabinet Thailand telah meluluskan draf pengumuman Perdana Menteri untuk mengemas kini nama negara-negara, wilayah, zon pentadbiran dan ibu negara seperti yang disyorkan ORST.
Sebagai contoh, ORST telah mengemas kini ejaan ibu negara Itali, Rom; ibu negara Myanmar iaitu Yangon pula telah bertukar kepada ejaan Nay Pyi Taw manakala nama negara Nepal pula kini dikenali sebagai Republik Persekutuan Demokratik Nepal.
Buat masa ini, nama Krung Thep Maha Nakhon yang membawa maksud ‘The Great City of Angles’ masih belum diguna pakai dan sedang menunggu proses penelitian jawatankuasa yang menguruskan draf undang-undang. Kabinet Thailand turut meminta agar panel jawatankuasa bertanggungjawab untuk mempertimbangkan pemerhatian lanjut daripada Kementerian Luar.
Untuk pengetahuan, nama Bangkok telah digunakan sebagai nama rasmi ibu negara Thailand sejak diumumkan oleh ORST pada November 2021. Difahamkan, nama Bangkok berasal daripada nama wilayah metropoitan raya ibu negara, Bangkok Noi dan daerah Bangkok Yai.
Jujurnya, kami tidak dapat bayangkan sekiranya nama Kuala Lumpur berubah menjadi sesuatu yang berlainan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Profesor Adjung UPSI menjadi pengiktirafan baharu buat Datuk Syafinaz Selamat dalam usaha memperkukuhkan pendidikan muzik, vokal dan pembangunan bakat generasi muda.