
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini membuat pengumuman khas mengenai pelantikan anggota pentadbiran Kerajaan MADANI yang baharu di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya.
Pelantikan ini merupakan sebahagian daripada langkah penstrukturan semula kabinet bagi memperkukuh kecekapan pentadbiran serta memastikan dasar kerajaan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

“Ini supaya Kabinet dapat bekerja sebagai satu pasukan, menumpukan perhatian kepada pertumbuhan ekonomi yang lebih segar dan menyelesaikan masalah rakyat.
“Saya hanya akan umumkan menteri-menteri yang ditukarkan portfolio dan pelantikan baharu sahaja. Yang kekal atau lama tidak akan saya umumkan,” jelas Anwar.
SENARAI PENUH MENTERI & TIMBALAN MENTERI BARU


Pengumuman khas ini disiarkan secara langsung di stesen televisyen, serta turut dikongsi di platform media sosial rasmi Perdana Menteri dan Pejabat Perdana Menteri. Turut hadir ialah Ketua Setiausaha Negara, Shamsul Azri Abu Bakar.
Sebelum ini, kabinet MADANI menyaksikan empat kekosongan portfolio menteri. Ia berikutan beberapa peletakan jawatan, termasuk:
• Datuk Ewon Benedick, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, yang meletak jawatan pada 8 November lalu.
• Datuk Seri Rafizi Ramli, Menteri Ekonomi, meletak jawatan berkuat kuasa 17 Jun selepas gagal mempertahankan jawatan Timbalan Presiden PKR pada Mei lalu.
• Nik Nazmi Nik Ahmad, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, meletak jawatan pada 4 Julai selepas tewas pemilihan Naib Presiden PKR.
• Jawatan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, yang disandang oleh Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, kosong selepas tamat tempoh pelantikan sebagai Senator.
Dengan pengumuman ini, rakyat kini menantikan barisan menteri baharu yang diharapkan dapat meneruskan agenda pembangunan negara dengan lebih berkesan dan fokus kepada keperluan rakyat.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

