Pfizer Mohon Kelulusan FDA Untuk Suntikan Dos Ketiga

Share

Seramai 13,842,928 individu di Malaysia atau 42.4 peratus populasi keseluruhan negara sudah lengkap menerima dua dos suntikan vaksin COVID-19 setakat 25 Ogos 2021. Lega sedikit hati bila mengetahui semakin ramai rakyat Malaysia sudah menerima vaksin mereka bagi mengurangkan penularan wabak pandemik ini.

Namun begitu, khabarnya syarikat farmaseutikal Pfizer memohon kelulusan daripada Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) Amerika Syarikat bagi suntikan atau ‘booster shot’ vaksin COVID-19.

Ha, siapa disini Pfizer clan?

Gambar hiasan

Pfizer menjelaskan suntikan ketiga itu mampu mendorong peningkatan imunisasi tiga kali ganda terhadap virus COVID-19.

Pfizer-BioNTech menyasarkan untuk menyelesaikan penyerahan dokumen permohonan kelulusan menggunakan suntikan ketiga pada individu berusia 16 tahun ke atas pada akhir minggu ini.

Menurut mereka, seramai 306 individu diberikan dos ketiga vaksin antara lima hingga lapan bulan selepas dos kedua menunjukkan tahap imunisasi meningkat tiga kali ganda lebih tinggi selepas suntikan kedua.

Kajian yang belum diterbitkan itu juga turut mendapati kesan sampingan dos ketiga serupa dengan dos kedua, antaranya keletihan ringan dan sederhana serta sakit kepala.

Gambar hiasan

Beberapa negara telah meluluskan suntikan ketiga untuk meningkatkan perlindungan terutamanya golongan rentan.

Walau bagaimanapun, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berpendapat data mengenai manfaat dan keselamatan berkaitan dos ketiga masih belum dapat disimpulkan.

WHO juga berharap suntikan ketiga ini dapat ditangguhkan bagi memastikan semua negara mendapat akses vaksin yang sama rata.

Khabar ini mendapat reaksi ramai dan masing-masing mempunyai pendapat mereka sendiri.

Apa-apa pun tunggu sahaja keputusan akhir yang diterima nanti ya. Janganlah kita nak berdebat siapa betul dan siapa salah.

Sumber: (1)

IKLAN