Petua Hilangkan Keletihan Badan! Buatlah Air Mandian Daun Limau Purut, Terbukti Mujarab

Share

Di musim Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dikenakan ke beberapa buah negeri seperti Selangor, Kuala Lumpur, Kelantan, Negeri Sembilan dan beberapa negeri lain, ada ketika duduk di rumah mengadap komputer membuatkan badan kita mudah berasa letih. Lebih ketara jika tiada senaman ringan dilakukan dan keadaan sebegini akan membuatkan tubuh kita lebih mudah lesu dan seakan tidak bermaya.

Bagi generasi muda mungkin kurang untuk mempercercayai petua-petua orang lama tetapi ia sebenarnya cukup baik untuk kesihatan kita. Tahukah, dengan mandi air daun limau purut badan kita yang letih akan kembali segar.

Lagi pun cukup mudah untuk memperoleh daun limau purut ini dan harganya tidak terlalu mahal untuk dibeli.

Bagi yang badan sangat lesu dan letih ini, boleh cuba petua ini.

Cara penyediaannya sangat mudah. Ikut step di bawah ini:

1. Ambil 10 helai daun limau purut dan hiriskan halus-halus

2. Ambil 5 biji buah limau purut, potong menjadi 4

3. Masukkan kedua-dua bahan tadi ke dalam satu baldi air suam

4. Ramaskan daun limau purut & perah buah limau purut untuk mengeluarkan airnya

5. Gunakan air tadi sebagai bilasan terakhir semasa mandi

6. Ratakan ke seluruh badan, terutamanya kepala & rambut

7. Air mandian ini akan membuang toksin yang terkumpul dalam badan anda


Daun limau purut berbau harum dan bau ini membantu melegakan keletihan. Daun dan buah limau purut ini juga membantu pembuangan toksin dari badan dengan baik. Limau purut juga bertindak sebagai antibakteria penghalang bau badan. Sumber / gambar : Pesan Bonda

IKLAN