Persis Remaja! Imej Terkini Nora Danish Curi Perhatian Netizen

Share

Pelakon jelita, Nora Danish sekali lagi mencuri perhatian ramai selepas memuat naik video dan foto berimej baharu iaitu dengan potongan berambut pendek.

Penampilan tersebut sekali gus membuatkan pelakon karya popular Polis Evo itu kelihatan lebih muda daripada usia sebenarnya iaitu 41 tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: “Semoga Istiqamah Berhijab, Cantik Sangat” -Foto Nora Danish Berhijab Tuai Pujian Warganet

Menjengah di ruangan komen, imej terbaharu ibu kepada dua cahaya mata itu telah meraih pujian ramai.

“Nora nampak muda berbanding usia… cantik boleh tahan,” komen seorang peminat.

“Dari belum kahwin sampai dah kahwin tetap cantik.. love sangat dengan kak Nora ini,” komen peminat yang lain.

Selain itu, sehinggakan ada juga yang menggelar pelakon cantik itu sebagai ‘vampire

’ dan seperti masih remaja dek kerana kecantikannya yang tidak dimamah usia.

“Potong rambut pendek nampak muda, cantik sangat-sangat,” komen seorang pengikutnya.

“Macam gadis remaja, suci murni sis…” komen pengikutnya yang lain.

Sekadar informasi, Nora pernah mendirikan rumah tangga bersama Jejai pada 20 Jun 2006 dan dikurniakan seorang cahaya kata iaitu Rayqal. Pasangan itu bagaimanapun berpisah pada 10 Julai 2008.

Nora kemudiannya berkahwin buat kali kedua dengan Mohamad Nedim Nazri pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Mohamed Neqayl yang kini berusia lima tahun.

SUMBER FOTO: Instagram Nora Danish

IKLAN