Hina Rasulullah Dan Islam, #BoycottFrenchProducts Dilancarkan Oleh Negara Islam

Share

Bermain dengan api. Inilah keberanian yang ditunjukkan oleh Presiden Perancis, Emmanuel Macron dengan angkuh menyatakan negara itu tidak akan melarang karikatur yang menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW.

Presiden Emmanuel Macron, menuduh Islam dan penganutnya sebagai ‘pemisah’ selain pernah mengatakan Islam adalah agama yang dilanda krisis di seluruh dunia.

Ekoran pengumumannya itu, muncullah isu boikot produk-produk Perancis melibatkan pelbagai barangan kegunaan harian, makanan dan banyak lagi oleh negara-negara Islam.

Banyak media sosial khususnya mula menyenaraikan produk-produk keluaran Perancis mulai mengajak seluruh umat islam tidak membeli barangan ini demi memberi pengajaran kepada kuasa ekonomi besar ini. Dan isu boikot ini bukan isu baru, sudah lama.

Selain itu, media sosial menukar gambar profil mereka dengan sepanduk ‘Muhammad pesuruh ALLAH’ sebagai bantahan terhadap kenyataan Macron yang mempersendakan Rasulullah pada Rabu lalu dengan tanda pagar #BoycottFrenchProducts yang turut menjadi trending di Twitter.

Antara reaksi negara Islam dalam protes ini:

Di Kuwait, pasar raya besar Alnaeem Cooperative Society mengumumkan untuk mengeluarkan semua produk Perancis dari rak mereka sebagai protes terhadap kenyataan Presiden Perancis yang menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW.

Langkah serupa diambil oleh beberapa kumpulan perdagangan seperti Suburb Afternoon Association, Eqaila Cooperative Society, dan Saad Al Abdallah City Cooperative Society.

Kesemua kumpulan itu menerbitkan foto-foto yang menunjukkan produk Perancis dikeluarkan dari kedai mereka.

Begitu juga berlaku di Qatar, yang mana Alwajba Dairy Company dan Almeera Consumer Goods Company mengatakan mereka memboikot produk Perancis dan akan mencari alternatif lain.

Universiti Qatar juga bergabung dalam kempen boikot, mengumumkan akan menunda Minggu Budaya Perancis sebagai protes atas penghinaan anti-Islam.

Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) turut mengutuk serangan, hasutan dan sentimen anti-Islam yang berterusan serta perbuatan menghina Nabi Muhammad SAW.

Pertubuhan itu, dalam satu kenyataan, mengkritik wacana sesetengah ahli politik Perancis yang dianggap memudaratkan hubungan Islam-Perancis, mencetuskan kebencian dan hanya menegakkan kepentingan politik kepartian.

Hmm…nampaknya, tak habis-habis isu islamophobia ni.

Sumber: BH, Sinar Harian,RMOL

IKLAN