
Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) telah pun melabuhkan tirainya dengan menyaksikan kemenangan buat Kaka Azraff, Loca B dan Noki Kclique menerusi lagu Gila. Manakala, tempat kedua dimenangi oleh Aina Abdul (Simpan) dan tempat ketiga disandang oleh penyanyi lagenda, Dato’ Jamal Abdilillah dan Wany Hasrita dengan lagu Belenggu Rindu.

Walau bagaimanapun, apa yang menarik perhatian netizen adalah kemunculan Nabila Razali yang membawakan lagu Peluang Kedua, ciptaan Hael Husaini dan MFMF. Bella nampaknya sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila nyanyiannya ‘tergelincir’ di bahagian korus.

Sejurus selepas persembahan beliau, rata-rata netizen memuat naik status di media sosial dan mengkritik persembahan penyanyi berusia 29 tahun itu.
Nabila Razali juga sempat membuat hantaran di laman Instagram dengan kapsyen, “I’ve tried my best… I’m sorry @haelhusaini @wearemfmf ☹
Walau bagaimanapun, penyanyi dan pelakon itu tetap mendapat sokongan daripada rakan-rakan selebriti yang tidak putus-putus memberi semangat buat beliau.





Bukan hanya selebriti, malah sebenarnya masih ramai netizen di luar sana yang turut bersimpati dan memberi sokongan kepada Nabila Razali.



Malah, komposer dan penulis lirik, Hael Husaini dan MFMF turut memberi kata-kata semangat buat pelantun suara Peluang Kedua itu.


Apa-apa pun, Remaja ingin mengucapkan syabas buat Nabila Razali kerana sudah berusaha keras dan cuba untuk melakukan yang terbaik. Semoga Bella terus kuat dan tidak patah semangat dengan komen-komen negatif yang dilemparkan di media sosial.

Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
9 Pereka Fesyen Ini Bantu Hasilkan Sut PPE Bagi Frontliners Malaysia

Apa yang boleh kita banggakan menjadi seorang warganegara Malaysia adalah kerana masyarakatnya yang bersatu padu dan saling bantu-membantu ketika negara berhadapan dengan situasi COVID-19.
Sama ada badan-badan bukan kerajaan (NGO) mahu pun individu perseorangan, semuanya berganding bahu untuk membantu meringankan beban ketika dunia dilanda musibah. Pereka fesyen tanah air juga tidak ketinggalan mengerah tenaga untuk menghasilkan PPE bagi frontliners menjalankan tugasan mereka dengan selesa.
Walaupun bisnes mereka juga terkesan sepanjang situasi pandemik melanda dunia, namun ini tidak menjadi alasan buat mereka turut sama membantu. Berikut merupakan antara pereka fesyen yang memberikan sumbangan menyediakan PPE bagi frontliners Malaysia.
1. Datuk Radzuan Radziwill
Menurut pereka fesyen terkenal ini, beliau mendapat maklumat mengenai ukuran, jenis kain dan maklumat pembekal melalui salah seorang rakannya yang merupakan seorang doktor yang bertugas di Hospital Serdang.
Beliau mampu menyiapkan sebanyak 50 pasang jubah luar PPE setiap hari sejak memulakan projek ini semasa PKP mula dilaksanakan.
2. Salikin Sidek
Menurut pereka fesyen Salikin Sidek, idea tercetusnya menjahit PPE ini adalah melalui Datuk Radzuan Radziwill. Baginya, sudah tiba masanya untuk mereka berbakti membantu di saat pihak lain memerlukan bantuan.
3. Jovian Mandagie
View this post on InstagramYou stay strong at the hospital, i jahitkan PPE gown you 😘 #KitaJagaKita
A post shared by Jovian Mandagie (@jmandagie) on
Seorang lagi pereka fesyen terkemuka, Jovian Mandagie menghasilkan kelengkapan alat perlindungan diri, PPE kepada pasukan frontliners negara. Jovian juga memberitahu bahawa tidak pernah terlintas di fikirannya sebagai pereka fesyen akan melakukan perkara yang dilakukannya hari ini.
4. Alia Bastamam
View this post on InstagramA post shared by Alia Bastamam (@alia6astamam) on
Pereka fesyen ini juga turut menghulurkan bantuan menghasilkan PPE dan pada lima hari lepas, mereka sudah memberikan 50 pasang jubah PPE kepada frontliners yang bertugas.
5. Melinda Looi
View this post on InstagramA post shared by Melinda Looi (@melindalooi) on
Daripada mereka cipta ribuan helai busana gah dan glamor, namun bagi Melinda menghasilkan sepasang sut PPE tetap paling mahal harga dan nilainya. Selaku Presiden MODA (Malaysian Official Designers’ Association), dia dan team tampil menggerakkan misi MODA For Frontliners-PPE Fundraising.
6. Khoon Hooi
View this post on InstagramA post shared by khoonhooi (@khoonhooi) on
Khoon juga kini dalam usaha untuk menghasilkan kira-kira 3,000 PPE untuk kegunaan kakitangan hospital. Dia memberitahu ini merupakan sumbangan kecil untuk membantu memenuhi keperluan yang kritikal dalam usaha negara melawan pandemik COVID-19.
7. Fizi Woo
Mengakui industri fesyen terjejas akibat COVID-19, namun ia tidak menghalang pereka fesyen ini untuk turut sama membantu menyediakan sut PPE bagi barisan hadapan negara. Seperti mana virus ini merentasi sempadan tanpa mengira siapa un kita, perbezaan etnik, kelas, bangsa, jantina dan lain-lain, cabaran COVID-19 ini adalah tentang bagaimana kita saling berhubung dan menjaga satu sama lain.
8. Innai Red
View this post on InstagramA post shared by INNAI & INNAI RED (@innaigroup) on
Innai Red memastikan setiap kakitangan mereka mendapat peluang untuk mengambil bahagian dalam usaha menyediakan sut PPE. Bagi jenama fesyen ini, ia adalah sumbangan dan bantuan kecil untuk membangkitkan semangat perpaduan masyarakat Malaysia.
9. Celest Thoi
View this post on InstagramA post shared by Celest Thoi (@celestthoi) on
Berkongsi di halaman instagram Celest Thoi, mereka memastikan setiap daripada pekerja mengutamakan kebersihan dan memakai mask sebelum menjahit sut PPE. Mereka juga akan menyembur sanitizer kepada sut yang telah siap sebelum dihantar kepada frontliners.
Syabas Remaja ucapkan kepada semua pereka fesyen yang membantu secara langsung dan tidak langsung dalam meringankan beban yang ditanggung oleh barisan hadapan negara.
Semoga usaha murni kalian mendapat keberkatan dan sama-sama kita berdoa agar industri fesyen Malaysia terus utuh dan berjaya ke mata dunia.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bergaya Dan ‘Hot’ Di Usia 50, Wajah Terkini Pelakon Popular Drama Rosalinda

Kalau korang budak-budak 90-an, mesti ingat lagi siri-siri telenovela Sepanyol di kaca tv.
Pendek kata, memang tak pernah missed la setiap episod. Apa yang kami faham, telenovela Amerika Latin ni sarat dengan drama dan konflik keluarga atau percintaan, itu yang membuatkan peminat tegar drama ini ‘melekat’ depan tv walaupun masa itu penulis masih di zaman persekolah…hiks

Salah seorang ratu telenovela tahun 90-an yang popular ialah Thalía Sodi. Dengan wajah yang jelita, Thalía sangat terkenal selepas membintangi beberapa telenovela seperti Rosalinda, Marimar sehinggalah Maria Lost Love.
Kini, Thalía yang lahir pada 26 Ogos 1971 sudahpun menginjak usia 50 tahun namun jangan wajah beliau tak berubah pun masih maintain cantik, bergaya dan seksi.
Dengan follower sebanyak 18.4m dilaman Instagram, Thalia dilihat aktif memuat naik aktiviti hariannya. Tak nampak langsung macam makcik umur 50 tahun, tak percaya korang lihat sendiri gambar-gambar ‘Rosalinda’ ni.
Persembahan di Grammy Latin Tahun 2002- 2021
20 tahun mendirikan rumah tangga bersama Tommy Mottola yang merupakan CEO Sony Music, pasangan romantis ini dikurniakan sepasang cahaya mata. Untuk pengetahuan semua,Tommy merupakan bekas suami kepada penyanyi terkemuka Mariah Carey




Mengintai di Instagram Thalia, wanita cantik ini rupanya seorang yang aktif bersukan juga. Malah, dia juga gemar melakukan rutin senaman pilates umtuk mengekalkan susuk tubuh langsing dan bertenaga.
Wah, serius tak dimamah usia Thalia ni. Jadi kalau korang nak cantik dan awet muda seperti beliau mungkin boleh amalkan gaya hidup sihat dan aktif sepertinya. Makin tua makin hot dan bergaya. Girl crush sangat!
Sumber Gambar : Instagram Thalia
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Legenda “Sesame Street”, Bob McGrath Meninggal Dunia Pada Usia 90 Tahun

Siapa sahaja tak kenal dengan siri kanak-kanak popular, Sesame Street.
Siri rancangan kanak-kanak ini pasti menggamit memori kan? Penulis pun membesar dengan karakter popular seperti Big Bird, Elmo dan Cookie Monster. Menerusi karakter-karakter ini, rancangan tersebut banyak membantu golongan kanak-kanak terutamanya pendidikan.
ARTIKEL BERKAITAN : sesame street memperkenalkan dua watak kanak-kanak rohingya aziz dan-noor

Namun, khabar duka diterima apabila salah satu bintang lagenda Sesame Street iaitu Bob McGrath telah menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 90 tahun.
Khabar itu dikongsikan sendiri oleh keluarga Bob McGrath melalui Facebook.

Bob membawa watak sebagai seorang jiran yang peramah dan menggunakan nama Bob Johnson dalam rancangan kanak-kanak kegemaran ramai itu.
Dia merupakan seorang pelakon, pemuzik dan pengarang buku cerita kanak-kanak. Beliau juga telah menjadi keluarga “Sesame Street selama lebih daripada 50 tahun.”

Program Sesame berkata pada petang Ahad bahawa mereka akan “berkabung atas pemergian Bob McGrath”.
McGrath adalah merupakan pencari bakat dalam siri “Sesame Street” sewaktu rancangan itu ditayangkan pada tahun 1969 lalu. Dia juga kemudiannya muncul dalam perintis siri itu pada tahun tersebut, lapor Variety.
Mendiang memegang watak sebagai guru muzik yang santai dan sentiasa memberikan nasihat. Wataknya juga banyak menunjukkan sifat yang gemar senyum dan sopan.
Kali terakhir mendiang muncul di Sesame Street pada tahun 2017 sebagai artis undangan dan menyanyikan lagu bertajuk Having A Ball.
Antara lagu yang dinyanyikan oleh Bob McGrath adalah People In Your Neighbourhood, If You’re Happy And You Know It, Sing A Song dan lagu tema Sesame Street.
Siri televisyen Sesame Street sangat terkenal di seluruh negara. Sudah pastinya pemergian Bob McGrath akan dirindui peminat ciliknya.
BACA : [Takziah] Pengasas Jamu Mak Dara Meninggal Dunia Hari Sama Anaknya Bergelar Graduan Universiti
Sumber: Facebook
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

