Setelah mendapat tahu akan pelantikan Perdana Menteri Malaysia kesembilan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam, sudah tentu tidak banyak masa yang tinggal untuk beliau dan isteri melakukan persediaan secukupnya bagi Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia Serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai Perdana Menteri di Balai Singgahsana Kecil di Istana Negara, Kuala Lumpur sebentar tadi.
Segak dalam persalinan baju Melayu hitam mengikut protokol kod pemakaian yang ditetapkan, tumpuan pemerhati fesyen lebih terarah kepada isteri beliau, Datin Seri Muhaini Zainal Abidin.
Bagi yang tidak begitu mengenali siapakah gerangan isteri Perdana Menteri kali ini, tidak mengapa. Korang tidak keseorangan. Ini kerana Datin Seri lebih gemar bersikap ‘low profile’ dan tidak kerap dapat dilihat dalam khalayak ramai.
Namun, itu tidak bermakna beliau tidak sentiasa berada di belakang sosok Perdana Menteri baharu Malaysia ini untuk memberi sokongan dan dorongan tidak terhingga.
Ads
Hari ini di Istana Negara, Datin Seri Muhaini tampak cukup manis dalam persalinan ungu pudar (lilac) yang dicipta khas oleh menantunya itu. Seperti biasa, Jovian juga dipertanggungjawabkan untuk menyediakan persalinan baju Melayu bagi bapa mertuanya.
Pastinya ramai yang terfikir, bagaimana Jovian mampu menyiapkan persalinan khas ini dalam masa semalaman saja?
Tidak banyak yang dikongsikan oleh Jovian berkenaan persalinan pasangan nombor satu Malaysia itu. Cuma kami tidak terkejut Jovian mampu melakukannya kerana beliau mempunyai pasukan pereka fesyen dan ateliar couture hebat.
Ads
Seperkara lagi, mungkin sekali persalinan Datin Seri Muhaini ini telah dilaksanakan lebih awal; mungkin sejak awal minggu ini selepas nama Datuk Seri Ismail Sabri disebut-sebut sebagai calon Perdana Menteri.
Menerusi hantaran Instagram Story, Jovian berkongsi sekeping foto persalinan Datin Seri Muhaini sedang disiapkan dengan sentuhan terakhir. Sekilas pandang, ia mempunyai perincian yang hampir sama dengan koleksi Lebaran 2019 Jovian Mandangie dengan penggunaan fabrik lace, manik, bunga-bungaan tiga dimensi dan batu kristal.
WIP bermaksud Work In Progress.
Manakala, foto beliau bersama ayah mertuanya juga menjadi topik perbualan. Kita tahu, hampir kesemua pakaian batik yang dipakai Datuk Seri Ismail Sabri semasa memberi pengumuman secara langsung di televisyen sepanjang bergelar Menteri Kanan Keselamatan Malaysia adalah hasil ciptaan pasukan Jovian.
Apapun, pasangan ini memang kelihatan sama cantik sama padan sempena tarikh yang cukup istimewa ini.
*
Dalam pada itu, REMAJA rasakan warga ungu pudar ini adalah warna yang semakin diminati dan in trend. Lihat sajalah busana yang disarungkan oleh pengantin baharu yang juga merupakan penyanyi terkenal Indonesia, Lesti Kejora.
Bagi mereka yang berkemampuan, harga bukan ukuran jika sudah berminat. Masa yang sama demi menjaga status diri, ramai yang sanggup membeli barangan mahal untuk kepuasan diri.
Terkini, jenama terkemuka Balenciaga memperkenalkan beg kantung menyerupai plastik sampah di koleksi musim gugur dan musim sejuk 2022 yang diadakan pada minggu fesyen di Paris.
Balenciaga juga mengesahkan bahawa reka bentuk produk kontroversi itu sememangnya diilhamkan dari plastik sampah. – Foto YouTube
Beg kantung tersebut diperbuat daripada kulit lembu dan didatangi dalam tiga warna iaitu kuning, biru dan putih.
Tambahan lagi, logo jenama Balenciaga juga dicetak secara halus di bahagian hadapan beg tersebut.
Mengikut laman web rasmi Balenciaga, beg diberi nama sebagai The Trash Pouch itu dijual pada harga lebih kurang RM7 ribu ($1,790).
Pengarah kreatif Balenciaga, Demna Gvasalia menyatakan secara ringkas pilihannya untuk mengeluarkan koleksi beg sampah mewah itu adalah kerana tidak ingin melepaskan peluang membuat beg sampah paling mahal di dunia.
Menurutnya lagi, skandal dunia fesyen adalah topik kesukaan peminat fesyen dan sudah pastinya akan menarik perhatian lebih ramai orang.
Hokay, kumpul duit banyak-banyak. Mana tahu bila dah kaya nanti boleh la jadi orang pertama di Malaysia memiliki beg sampah termahal ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kali ini, LILIT. sangat teruja untuk mengumumkan kerjasama dengan Bingka KL, jenama yang terkenal dengan kemodenan nostalgia yang berteraskan budaya Malaysia.
Perkongsian unik ini menghimpunkan nostalgia kontemporari Bingka yang berbeza pendekatan dengan komitmen LILIT. terhadap fesyen sederhana yang inklusif, menghasilkan koleksi yang bukan sahaja pakaian, tetapi naratif budaya.
LILIT. x Bingka Comeback Set adalah bukti rekaan memukau kerana memberi tumpuan daripada dua bahasa reka bentuk yang berbeza bagi kedua-dua jenama tempatan.
Mereka telah memperkenalkan Set Comeback dengan tiga warna yang menawan laitu navy blue, nude dan olive green. la juga dilengkapi dengan Beg Tote Bingka yang serba boleh.
Kerjasama ini sekali gus telah merapatkan jurang antara generasi dan budaya dengan memelihara dan mempromosikan tradisi Malaysia.
Pengarah Kumpulan FashionValet, Vivy Yusof berkata mereka percaya bahawa koleksi di LILIT. direka dengan teliti untuk memenuhi keperluan semua wanita dengan menampilkan pelbagai saiz daripada XXS (UK4) hingga 5XL (UK22).
“LILIT. merupakan jenama yang sentiasa menyokong jenama tempatan. Koleksi ini sekarang tersedia untuk pembelian di semua LILIT. kedai dan melalui laman web rasminya. Harga untuk koleksi ini antara RM129 hingga RM169,”katanya.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
UNIQLO adalah gabungan daripada perkataan UNiQUE dan juga CLOTHING, yang membawa maksud keunikkan pakaian dengan kualiti terbaik, praktikal dan berinovasi mengikut trend terkini.
Bermula dengan pembukaan outlet pertamanya di Hiroshima Jepun pada tahun 1984 dan kini label jenama ini semakin berkembang pesat dengan ribuaan outlet serata dunia.
UNIQLO telah membuka semula kedainya di 1Utama dengan imej yang berbeza dari sebelumnya. Untuk info, stor ini telah dibuka dan bersedia untuk menyambut pelanggan pada 12 Januari dengan pelbagai jenis pakaian LifeWear, yang terkenal dengan kesederhanaan, kualiti dan ketahanannya.
Jika sebelum ini jenama dari Jepun ini mengetengahkan pakaian bagi wanita dan lelaki dewasa. Terkini, ia lebih praktikal dengan 1stop shopping.
Sudut Kanak-Kanak
Sebagai sebahagian daripada usaha UNIQLO untuk memberikan pengalaman yang lebih baik kepada pelanggan, stor Uniqlo @ 1Utama akan menjadi yang pertama di Malaysia yang menampilkan sudut interaktif kanak-kanak yang dilengkapi dengan dinding permainan, sudut membaca dengan buku dan ruang duduk.
Ia adalah ruang yang selesa dan selamat yang direka untuk kanak-kanak bermain, belajar dan meneroka pengalaman yang menyeronokkan secara bebas.
Selain itu, sudut UT khusus di tingkat satu yang mempamerkan koleksi UT terkini secara eksklusif.
Ia juga merupakan kedai kedua di Malaysia selepas Sunway Pyramid yang menggabungkan konsep reka bentuk kedai utama global dengan paparan tatal LED yang tersendiri, rak krom dan baju-T yang dipaparkan dalam kotak kaca berbingkai perak.
Wah, menarik bukan? Jadi tak perlu risau diganggu kanak-kanak semasa shopping lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
AirAsia melakar satu lagi sejarah penting dalam industri penerbangan negara apabila mengumumkan polisi seragam baharu yang lebih inklusif, membenarkan kru kabin wanita memilih untuk...