Anastasiya Knyazeva pernah dinobat kanak-kanak paling cantik didunia ketika berusia 6 tahun.
Memiliki rupa paras cantik dengan mata biru yang memukau seperti anak patung. Anastasia jadi bualan kerana itu. Malah, dia juga dilantik menjadi model untuk beberapa jenama terkemuka dunia dan mempunyai jumlah pengikut yang ramai Instagram ketika itu.
Kini sudah berusia 13 tahun dan menginjak remaja, ini wajah terbarunya:
Ads
Ads
Ads
Fakta Menarik Anastasiya
Anastasiya Knyazeva, merupakan seorang model kanak-kanak dari Rusia, menjadi viral di laman sosial, dek kerana mempunyai senyuman dan mata yang mempesonakan ketika berusia 6 tahun.
Sehingga kini, Anastasiya mempunyai lebih dari 1.1M pengikut di laman Instagram nya.
Dia juga merupakan seorang model kanak-kanak yang berjaya dan pernah membintangi beberapa kempen termasuk jenama Rusia Chobi Kids.
Anastasia menjadi rebutan dari pelbagai syarikat periklanan untuk menjadikannya sebagai model malah duta yang berasaskan produk berprofil tinggi..
Anak mata berwarna biru, rambut lurus yang tersisir rapi saling tak tumpah seperti patung barbie yang digilai oleh ramai kanak-kanak di luar sana.
Ibunya, Anna, telah membuka akaun media sosial untuk anaknya itu sejak Anastasi berusia empat tahun
Anastasiya Knyazeva lahir pada June 30, 2011, di Moscow, Rusia.
Mempunyai seorang kakak yang juga kadang-kadang muncul dalam gambar di Instagramnya
Dianggap sebagai ikon fesyen kanak-kanak oleh peminat di seluruh dunia
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER : Instagram Князева Анастасия (@knyazeva_anastasiya_official)
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hari raya bakal menjelang kurang dari dua minggu lagi. Pastinya kita excited untuk pulang ke kampung masing-masing. Bagi orang bujang, tak berapa nak fikir sangat soal packing baju, asal boleh saja.
Tapi bagi yang berkahwin dan punya anak boleh tahan ramai selain ada anak kecil, kita tentu fikirkan macam-macam. Bukan saja dari soal beg baju, kuih kuih sebaliknya kita juga fikirkan keselesaan untuk anak-anak dapat berehat tambah-tambah jika masa perjalanan terlalu lama akibat kesesakan jalanraya.
Tidak dinafikan, sebagai ibu bapa yang prihatin kita mahu beri keselesaan pada anak-anak seperti mahu mereka tidur dalam perjalanan hingga timbul idea meletakkan tilam untuk anak-anak berbaring bagi yang mempunyai kereta MPV.
Tapi sebenarnya bukan semua idea itu boleh diikut. Safety first kerana tanpa seat belt, anak terdedah kepada risiko jika berlaku kemalangan dalam perjalanan.
Idea yang tular di media sosial tentang meletakkan tilam untuk anak-anak berehat dalam perjalanan pulang ke kampung
Baca pengalaman individu ini, Nadia Abdul Kadir mengenai pengalamannya pernah berhadapan saat seorang bayi meninggal dunia selepas kereta yang dipandu oleh bapanya terlibat dalam kemalangan akibat memandu dalam keletihan.
Semoga ada pengajaran buat kita. Sebaiknya rancanglah perjalanan baik-baik dan utamakan keselamatan anak-anak kerana mereka bergantung sepenuhnya kepada ibu bapa.
Baca kisahnya.
Ada viral beberapa hari lepas pasal idea balik kampung yang selesa. Rujuk gambar. Selesa ke? Jangan duk buat wahai netizen semua. Biarpun kita rasa selesa. Tapi bahaya tau! Kak Ya sampai hari ni, masuk je bulan puasa mesti teringat-ingat kes-kes eksiden yang berlaku ketika nak balik raya.
Hospital daerah tempat Kak Ya kerja dulu, lokasinya dekat dengan LPT2.
So, bila hujung-hujung Ramadhan, memang meriah lah dengan eksiden.
Motor skidded, kereta langgar divider, kereta langgar lori, lori langgar kereta.
Allahuakhbar.
Ada 1 kes ni yang paling Kak Ya ingat sampai hari ni. Kak Ya onkol masa tu. Kami tengah duk bersiap nak bukak puasa. Dapat ambulance call, ada eksiden dekat LPT2.
MA Kak Ya masa tu bukak puasa minum air sat, terus pergi. Tak lama lepas ambulance keluar, sampai satu kereta orang awam stop depan ED, dukung seorang baby. Kak Ya anggar masa tu baby dalam umur 8-9 bulan gitu.
Kami terus resus. Baby memang tak ada response langsung. Anak mata pun tak reaktif. Tapi badan masih panas. Kak Ya and team KakYa masa tu, cuba sedaya upaya kami untuk selamatkan baby tu. Cpr punya cpr, tapi tak mampu jugak mengembalikan denyutan jantung baby.
Susu meleleh keluar ketika CPR dilakukan
Allahuakhbar!
Paling sedih, masa Kak Ya cpr tu, susu meleleh keluar dari mulut baby. Allah. Terbayang kot wajah baby tu. Sampai saat ni masih terbayang. Montel tapi pucat sangat. Allah. Masa taip ni pun bergenang air mata.
Allah sayangkan baby. Kami tak mampu nak selamatkan baby. Maafkan kami baby. Tengah kami bertungkus lumus selamatkan baby, ambulance sampai.
Bawak ibu kepada baby yang patah tulang peha. Alhamdulillah, ibu stabil.
Paling luluh hati Kak Ya, bila ibu start tanya.Mana baby. Mana baby. Mana baby…
‘Abang..Mana anak kita bang..’ Tanya si ibu dekat suami beliau (suami alhamdulillah tak cedera). Kak Ya di sebalik langsir rasa macam nak pecah dada. Duk pikir macamana nak susun ayat bagitau si ibu yang baby dah tak ada.
Hmm..
At the end, Kak Ya bagitau jugak. And masa tu memang banjir lah. Si ibu mintak kebenaran nak peluk baby. Kami tolak katil baby rapat dengan katil si ibu. Ibu baby ni tak kisah dah peha dia yang patah tu. Bangun amik baby dia korang.
Sedih kot masa ni. Macam drama. Dicium pipi baby muka baby tangan baby. Sambil duk kata.
“Adik baru je duk minum susu mama tadi. Adik bangun la. Adik bangun laa..’
‘Abang.. anak kita bang! Anak kita! Baru je tadi duk nyusu bang, Allah…’
Ibu meratap kehilangan anak
Jeda…
Scene masa tu memang macam drama. Kak Ya memang tak mampu nak tengok dah. Lari sat ke pantry buat-buat minum air. Padahal Kak Ya banjir kat sinki. Esoknya post kol Kak Ya sampai rumah, Kak Ya peluk Hanina & Nabila. Sedih
So korang. Safety first ok?
Kes di atas, dia orang tak letak tilam pun dalam kereta. Ibu pangku baby sambil menyusu. Ayah mengantuk, terbabas langgar besi penghadang jalan. Baby yang dipangku erat oleh si ibu terpelanting ke luar melalui cermin depan.
Cuba bayangkan!
Anak-anak yang enak tidur di atas tilam yang kita letak kat belakang kereta tu.
Konon untuk keselesaan. Tanpa seat belt. Tanpa apa-apa halangan. Dia orang boleh terpelanting ke arah mana pun semasa kemalangan.
Allahu.. Mintak jauh.. Nauzubillah
So Kak Ya mintak.
Jangan kita membabi buta ikut je cadangan tanpa pikir keselamatan kita & family. Kak Ya doakan semoga Allah pelihara perjalanan kita & kita semua sampai di kampung halaman dengan selamat.
Aaminn…
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Rayakan sebulan! Ini mungkin istilah yang biasa kita dengar sejak berpuluh tahun lalu malah mengambil kira senario tahun-tahun sebelum ini di penghujung Syawal masih ramai yang membuat rumah terbuka.
Namun untuk raya tahun ini, nampaknya rakyat harus membiasakan diri dengan konsep norma baru apabila konsep ziarah menziarahi ini hanya boleh dilakukan pada hari raya pertama sahaja demi untuk mengelak penularan wabak corona virus yang masih belum berakhir.
Memetik laporan Sinar Harian dalam sidang akhbar hari ini, kerajaan sekali lagi mengingatkan rakyat di negara ini bahawa sambutan atau ziarah-menziarahi pada Aidilfitri kali ini hanya dibenarkan pada hari pertama sahaja.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, jika lebih daripada tempoh tersebut, bermakna ia telah melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
"SOP perayaan itu jelas bahawa sambutan hanya pada hari raya pertama. Kalau kata seseorang itu tidur di rumah yang dilawati pada hari pertama dan masih berada pada di rumah tersebut pada jam 12.01 pagi, ia telah lebih daripada 24 jam.
"Andai kata dia masih nak beraya pada hari kedua, ia salah daripada segi SOP yang dikeluarkan," katanya pada sidang media (Non-Health) selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di sini hari ini.
Ditanya mengenai pergerakan rentas daerah dalam negeri sama yang dibenarkan pada musim perayaan dan saranan kerajaan Johor agar rakyatnya tidak melakukan perkara tersebut, beliau berkata, perkara tersebut selaras dengan keputusan kerajaan, Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
"Ia tidak menyekat tetapi tidak menggalakkan. Kalau kita perhatikan setiap hari Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menyatakan bahawa walaupun ada kebenaran atau kelonggaran rentas daerah tetapi ia tidak digalakkan.
"Walaupun dibenarkan pergerakan rentas daerah tetapi tidak digalakkan untuk melakukannya. Kalau boleh bukan hanya pergerakan antara daerah tetapi pergerakan di luar rumah," katanya.
Sumber gambar : BERNAMA / Google (gambar raya sebagai hiasan)
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Filem Men In Black yang pertama dilancarkan pada tahun 1997, dibintangi oleh Will Smith dan Tommy Lee Jones sebagai Ejen J dan Ejen K mendapat kutipan box office sebanyak USD 589.4 juta, sekali gus membuktikan kehebatan filem tersebut.
Kemudian, muncul pula Men In Black 3 pada 2012 dan selepas lebih kurang 7 tahun menunggu naskhah terbaru daripada filem perisik nombor satu ini, Men In Black: International kini bakal menemui peminat di Malaysia.
Menampilkan wajah baru sebagai peranan utama dalam filem tersebut, gandingan Chris Hemsworth dan Tessa Thompson dilihat mempunyai kekuatan yang tersendiri.
Bukan hanya memperkenalkan ejen-ejen terbaru mereka, Men In Black: International juga memperlihatkan kesan khas dan senjata lebih canggih dalam aktiviti risikan mereka, serta makhluk asing yang lebih ganas.
Bermula agak perlahan
Di awal permulaan cerita, filem ini dirasakan agak perlahan sedikit dan menimbulkan rasa kurang senang sebagai penonton. Namun begitu, setelah bermulanya perjalanan mereka untuk merungkai siapakah ‘musuh dalam selimut’ di MIB, penonton diasak dengan rasa tanda tanya siapakah sebenarnya dalang dalam kes tersebut.
Sebab utama ramai yang meminati filem MIB adalah kerana watak aliennya. Walaupun ganas, mereka agak comel dan menghiburkan. Hiks!
Kehadiran karakter ‘pawny’ juga sedikit sebanyak dapat menghidupkan elemen jenaka dan sepertinya membantu filem ini untuk menjadi lebih menarik ditonton.
Walaupun jalan ceritanya agak longgar, namun yang boleh kami katakan adalah Men In Black: International tidak kurang hebatnya. Lihat saja pelakon kacak Chris Hermsworth beraksi, pasti perempuan semua cair. Haha!
Lagak Tessa Thompson menjadi perisik juga menampilkan karakter berkaliber dan menyakinkan. Sungguh pun baru pertama kali beraksi dalam siri MIB, gandingan mantap mereka nampak serasi dan harus dipuji.
Apa-apa pun ini hanya pandangan peribadi kami. Kalau korang nak tahu, kenalah tonton sendiri kan?
Men In Black: International bakal ditayangkan di seluruh pawagam tanah air bermula 13 Jun 2019.
Selamat menonton!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!