Perlulah Sentiasa Belajar, Dr Soo Wincci Dapat Pengiktirafan Malaysia Book of Records!

Share

Anything is possible if you just believe! 

Nama Dr Soo Wincci sekali lagi membanggakan rakyat Malaysia apabila dia berjaya menamatkan pengajiaan untuk Post Master Fellowship Degree in Live Music Production di Berklee Valencia, Sepanyol.

Dalam pada itu, dia yang juga merupakan bekas Miss World Malaysia

turut berkongsi perjalanan 15 tahunnya untuk mencapai apa yang dikecapinya kini.

“15 tahun perjalanan, tapi ni hanya satu permulaan. Wincci tidak dilahirkan cerdik atau memiliki nasib yang baik jadi perlulah sentiasa belajar,” tulisnya.

Antara pencapaian lain beliau adalah Ijazah Undang-Undang Dari University of Reading, United Kingdom, Ijazah Sarjana Pengurusan Perniagaan dari University of Sunshine Coast, Australia, Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Pengurusan Perniagaan dari Open Universiti Malaysia dan Ijazah Sarjana dalam bidang muzik di Berklee Valencia, Sepanyol.

Selain itu, dia juga turut mendapat pengiktirafan daripada Malaysia Books Of Record (MBR) iaitu Most Number of Academic Degree Obtained by A Beauty Queen dan Most Number of Academic Degrees Obtained by a Recording Artis.

Kali pertama, beliau mendapat pengiktirafan MBR adalah pada tahun 2016 ketika menjadi Miss World pertama yang memperolehi PhD.

Susulan itu, kelihatan ramai netizen turut berbangga dengan pencapaian wanita berusia 34 tahun itu dan mengucapkan tahniah kepada beliau.

Soo Wincci membuktikan bahawa tiada apa yang mustahil untuk dicapai jika kita berusaha bersungguh-sungguh. So inspiring!

 

IKLAN