Perkenalkan Barisan Mouseketeers Club Mickey Mouse Pertama Di Malaysia!

Share
Mickey Mouse turut muncul meraikan Mouseketeers Malaysia!

Nama Club Mickey Mouse pada suatu ketika dahulu menjadi nama sebutan setiap penggemar saluran Disney. Malah, artis-artis terkenal seperti Britney Spears, Justin Timberlake dan Christina Aguilera lahir dari program ini.

Kini tiba masa untuk Disney dan Astro memperkenalkan Club Mickey Mouse di Malaysia. Selepas pencarian di seluruh negara seramai 7 orang bakat muda telah dipilih bagi menganggotai kumpulan Mouseketeers pertama di Malaysia. Mereka menjadi hos rancangan Saluran Disney berbilang platform, Club Mickey Mouse. Ia juga bakal disiarkan buat pertama kali di Asia Tenggara.


Mouseketeers yang terpilih terdiri daripada Charis (selaku ketua), Faiz, Natasya, Dheena, Erissa, Wafiy dan Gabriel. Program versi Malaysia ini merupakan francais yang sarat dengan kandungan muzik, komedi, permainan dan turut menampilkan selebriti tempatan seperti Nur Fazura, Fattah Amin dan Joe Flizzow.

Menurut Amit Malhotra, Timbalan Presiden & Pengurus Besar Media Networks The Walt Disney Company Asia Tenggara, pihaknya berbangga dapat Mouseketeers mereka yang sangat berbakat. Bersama-sama rakan niaga, Astro pihaknya gembira dapat membawa rancangan ikonik ini ke Asia Tenggara dan khususnya Malaysia.

Jangan lupa saksikan Club Mickey Mouse bermula pada Jumaat, 15 September 2017, jam 1:30 petang.

IKLAN