
Pemergian insan tersayang bukanlah satu kehilangan yang mudah untuk diterima, apatah lagi buat seorang ibu.
Putera sulung kepada pelakon, Amyza Aznan iaitu Andre Mikhail telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Ukay Perdana kira-kira jam 10.40 pagi tadi, menurut laporan media tempatan.
Terdahulu, jenazah Allahyarham dimandikan dan disolatkan di Masjid Al-Khairiah AU3 sebelum dibawa ke tanah perkuburan untuk pengebumian.
Andre Mikhail menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 10.30 malam semalam di Hospital Kuala Lumpurselepas hampir setahun bertarung melawan kanser paru-paru.
Perjuangan Allahyarham menentang penyakit itu sebelum ini turut mendapat perhatian ramai apabila Amyza, 50, pernah memohon doa orang ramai agar kesihatan anaknya kembali pulih.
Malah, beliau juga tidak putus asa mencari ikhtiar lain termasuk mendapatkan pandangan mengenai kaedah perubatan alternatif demi melihat anak sulungnya sembuh.
Kasih seorang ibu, tiada galang gantinya. Al-Fatihah.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.