Seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebentar tadi, tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan dilanjutkan selama 4 minggu lagi (WHOA!) sehingga 9 Jun kelak.
Walaupun kelonggaran telah diberikan kepada rakyat, namun PKPB masih diutamakan bagi membendung sebarang kemungkinan berkaitan penularan wabak Covid-19.
Menerusi PKPB, kebanyakan perniagaan dapat beroperasi semula mengikut SOP yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia.
Cumanya, satu perkara yang membuatkan ramai terkilan adalah larangan balik ke kampung sempena musim perayaan utama yang ditetapkan oleh kerajaan.
Ini termasuuklah perayaan Hari Raya Aidilfitri, Pesta Kaamatan dan Hari Gawai.
“Minta maaf banyak-banyak. Saya mohon ampun, demi menjaga keselamatan dan kesihatan kita semua. Perjalanan balik kampung merentas sempadan negeri untuk beraya tidak dibenarkan.
Ads
“Walaupun negara kita sudah mencatatkan perkembangan positif dalam memerangi wabak Covid-19, kita masih belum berjaya sepenuhnya.
“Stesen TV dan radio bolehlah mainkan lagu Dendang Perantau sekali-sekala. Kalau dimainkan selalu, saya pun berasa sayu juga. Saya tahu ramai yang sedih tak dapat balik berhari raya di kampung. Bersabarlah, bila keadaan kembali pulih sedikit masa lagi, saudari-saudara bolehlah balik ke kampung halaman.
Ads
“Saya percaya, rakyat akan memahami keputusan ini dan berharap kerajaan terus mengambil langkah yang wajar untuk memerangi wabak ini,” jelasnya lagi.
Bersabarlah gaiss, ada rezeki kita akan bertemu juga dengan ahli keluarga masing-masing okay.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bila ditimpa ujian, ramai yang gagal mengawal emosi terutama apabila melibatkan kehilangan orang tersayang. Ramai bertanya-tanya di dalam hati, mengapa aku, kenapa keluargaku dan lain-lain. Ada ujian lebih kecil iaitu putus cinta di kalangan remaja namun mereka merasakan bebannya sangat berat.
Tahukah, ujian yang berlaku adalah tanda Allah sayang.
Rasulullah SAW bersabda, “Apabila Allah menyayangi seseorang hamba-Nya, Allah menguji dengan kesusahan sama ada pada diri, keluarga, anak mahupun pada harta supaya dibersihkan daripada dosanya. Sekiranya dosa masih ada, Allah akan membuatkan matinya menjadi susah supaya apabila bertemu Allah dalam keadaan tidak berdosa.”
Di sebalik kita sering berasa susah hati dengan setiap ujian yang menimpa hingga alami depresi (kemurungan) tahukah bahawa kekasih Allah, Rasulullah SAW tidak lari diuji biarpun diri Baginda adalah kekasih Allah dan pemberi syafaat kepada kita di hari akhirat kelak.
Jika Rasulullah yang dijanjikan syurga oleh Allah taala pun ditimpa ujian dengan kehilangan enam orang anak semasa hayatnya (kecuali Fatimah RA) yang meninggal selepas baginda wafat, adakah kita harus berputus asa dengan setiap ujian yang mendatang terutama bab kehilangan?
Bacalah kisah dikongsikan dalam fb Ustaz Azhar Idrus (original) tentang kisah Putera dan Puteri Baginda Rasulullah SAW. Semoga kita diberi kekuatan untuk menerima setiap ujian dengan rasa redha.
KENALI PUTERA & PUTERI RASULULLAH SAW
1. Al-Qasim bin Muhammad SAW. Ibunya adalah Khadijah. Rasulullah saw menggunakan nama Al-Qasim sebagi kunyah (gelaran) yaitu Abul Qasim. Usianya hanya 2 tahun dan merupakan anak Rasulullah saw yang paling awal meninggal dunia dan dikebumikan di Mekah.
2. Abdullah bin Muhammad SAW. Ibunya adalah Khadijah dan dilahirkan kemudian daripada diturunkan wahyu atas baginda. Meninggal dunia ketika masih menyusu.
3. Ibrahim bin Muhammad SAW. Ibunya adalah Mariah Al-Qibtiyah. Usianya hanya lebih kurang setahun setengah sahaja dan meninggal dunia pada tahun yang ke sepuluh hijrah dan dikebumikan di tanah perkuburan Baqi’.
Tersbut di dalam Sahih Bukhari ketika meninggal putera yang bernama Ibrahim ini Rasululllah saw bersabda : إنَّ له مُرْضِعًا في الجنَّة artinya : Sungguhnya bagi Ibrahim ibu yang menysusukannya di dalam syurga.
4. Zainab binti Muhammad SAW. Dialah anak Rasulullah yang paling sulung juga merupakan anak bagi Khadijah. Dan meninggal dunia ketika berusia dua puluh Sembilan tahun pada tahun ke lapan hijrah di mana Rasulullah SAW sendiri turun ke dalam kuburnya.
5. Ummu Kalthum binti Muhammad SAW yang ibunya juga adalah Khadijah. Ketika Ummu Kalthum dilahirkan usia Rasulullah saw ialah tiga puluh empat tahun. Beliau meninggal dunia pada tahun ke sembilan hijrah pada bulan Ramadhan.
6. Ruqayyah binti Muhammad SAW. Ibunya adalah Khadijah. Meninggal dunia pada awal tahun ke dua hijrah pada hari perang Badar ketika berusia dua puluh satu tahun dan dikebumikan di Madinah Al-Munawwarah.
7. Fatimah bin Muhammad SAW yang juga dilhairkan olih Khadijah. Ialah anak Rasulullah saw yang paling bungsu. Gelarannya ialah Fatimah Al-Zahra’. Digelar demikian kerana wajahnya sangat cantik dan berseri-seri kerana ada iras wajah Rasulullah saw. Meninggal dunia selepas enam bulan baginda saw wafat yaitu pada tahun ke sebelas hijrah. Ketika meninggal dunia Fatimah berusia dua puluh sembilan tahun dan Abu Bakkar As-Siddiq r.a. menyembahyangkang jenazahnya dan kuburnya di tanah perkuburan Baqi’.
Dalam kesemua putera dan puteri Rasulullah SAW hanya Fatimah seorang sahaja yang meninggal dunia ketika Rasulullah SAW telah wafat. Solatullah Wasalamuhu Ala Rasulillah saw wa alihi washabihi ajam'in.
Wallahua’lam.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sebelum wujudnya Army, EXOL, VIP dan segala jenis fandom kpop yang menguasai dunia hari ini, kdrama menjadi fenomena di Malaysia. (Hari ini pun masih onz!). Cuba tanya kakak abang malah ibu anda yang gemar menonton drama Korea, pasti mereka masih ingat sekitar tahun 2000, dimana setiap jam 6 petang, semua dah ready duduk depan tv dan tonton drama siri Korea.
Ingat lagi tak dengan drama Winter Sonata yang menyebabkan semua orang adore dengan pelakon utamanya Bae Yong Joon dan Choi Ji Woo? Dengar cerita, drama ini bakal kembali ke kaca tv anda! Biar betik?!
Drama yang mempunyai 20 episod ini dibawa masuk ke dalam Malaysia sekitar tahun 2002-2003 dan kdrama terus mendapat perhatian remaja di Malaysia ketika itu. Sehinggakan, ramai membeli siri tersebut yang telah dijadikan VCD dan dijual sebelum drama itu habis di kaca tv. Hebat penangan Winter Sonata ni!
Malah, jika anda bercuti di Korea Selatan, Pulau Nami telah meletakkan simbol drama ini yang menjadi salah satu lokasi pengambaran untuk sektor perlancongan. Menurut Korean Times, sambungan kepada drama ini akan menemui penonton tidak lama lagi!
Kim Yong Soo merupakan pengarah yang akan bekerjasama dengan penulis asal drama Winter Sonata Yoon Eun Kyung dan Kim Eun Hee yang sedang bertungkus-lumus menyiapkan kesinambungan kisah Kang Joon-sang dan Jeong Yoo-jin.
Namun, pengarah asal Yoon Suk Ho menolak untuk mengarah drama ini ekoran dari kes kematian salah seorang pelakon utama Park Yong Ha yang mati bunuh diri pada tahun 2010. Walaubagaimanapun barisan pelakon, masih belum diketahui.
Korang ada pelakon kdrama yang best-best tak untuk pegang watak utama? Atau, korang masih nak pelakon original berlakon?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Semua orang sedang bercakap mengenai pelakon berusia 18 tahun ini!
Mungkin sekali, fenomena yang pernah dicetuskan oleh pelakon baru drama sebelum ini seperti Alvin Chong dan Fikri Ibrahim sedang berlaku kepada diri Raja Muhammad Atiqullah atau lebih mesra dipanggil Atiq ini.
Sempena episod terakhir drama popular, Nur lebih kurang sejam saja dari sekarang, jom kenali Atiq dengan lebih dekat lagi. Siapa dia ni sebenarnya?
01
Mula Dari Usia 16 Tahun
Ya, lakonannya memang mendapat perhatian ramai melalui drama Nur sekarang ini. Watak Amirul yang dibawakan oleh Atiq bersebelahan dengan Syafiq Kyle, Amyra Rosli dan Nur Khiriah memang berkesan dan ‘punch’ di hati penonton.
Tetapi, Atiq sebenarnya mula berlakon sebagaipada usia 16 tahun. Pada waktu itu, Atiq sedang berniaga sotong goreng tepung di Cheras Kuala Lumpur. Bila ke sebuah set penggambaran berdekatan, barulah Atiq terasa untuk mencuba nasib ke sesi uji bakat dan diterima pula!
Antara telemovie lakonan Atiq terdahulu termasuklah Isteri Ku Cikgu Ku (TV3, bersama Syafiq Kyle), Petua Nenek (TV9) dan Sumpah Ibu (TV9).
Ya, sejak tular episod ‘sup bunjut’ dalam drama Nur, ramai yang mula tahu bahawa Atiq pernah memasuki Maahad Tahfiz Nurul Huda, Kuala Lumpur, Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman, Terengganu dan Maahad Tahfiz Mustaqim. Semuanya gara-gara suara merdu Atiq mengalunkan ayat al-Quran dalam sebuah episod drama tersebut.
Teringat pula kami akan kisah seorang lagi pelakon baru, Ikmal Amry yang juga mempunyai background pelajaran mirip dengan Atiq.
Selepas Tingkatan 3, Atiq ambil keputusan untuk memasuki Sekolah Menengah Perimbun Cheras. Mungkin untuk memberi lebih perhatian kepada peperiksaan SPM.
03
Nyanyi Pun Sedap Juga
Selain bacaan ayat suci, Atiq pun gemar untuk memuat naik video cover lagu-lagu favourite korang seperti Di Matamu dan Pesan. Nak dengar sedap ke tak, cuba follow Atiq dan kawan band-nya Triover di Instagram.
Sebelum bergelar pelakon semua tu, Atiq terlebih dahulu aktif dengan video Vine. Aktif sampai berepisod tau video-video lakonannya, seperti drama ‘Dah Susah Baru Ingat Kawan’. Amboi tajuk! Boleh guna lagu Haqiem Rusli dah untuk soundtrack hehe. Atiq pun rajin untuk memuat naik video Musically.
Kalau korang rindu nak lihat muka Atiq selepas ini, bolehlah nantikan drama terbarunya, Maryam Eliana di TV1 selepas ini. Walaupun drama ini terlebih dahulu habis dilakonkan sebelum drama Nur, tapi ia keluar kemudian.
Sekarang pun korang boleh menonton Atiq di TV2 melalui drama Air Mata Di Bumi Matador lakonan Ben Amir, Nazrief Nazri dan Puteri Aishah.
Kami rasakan Raja Atiqullah memang mempunyai potensi untuk pergi jauh, bukan disebabkan oleh fenomena drama Nur sahaja. Tetapi disebabkan bakat dan personaliti yang ada padanya.
Tak sabar nak tengok projek Atiq seterusnya! Bagi korang di rumah itu, jangan lupa untuk menonton episod terakhir drama Nur 10 malam ini, di TV3.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Aslam Marissa Mahkamah Syariah jadi tumpuan apabila pasangan ini hadir ke mahkamah bagi pengesahan lafaz cerai dan rujuk. Status hubungan mereka masih belum diputuskan.