Bulan Ramadan Al-Mubarak masih berbaki kira-kira 20 hari lagi sebelum umat Islam di Malaysia melangkah ke bulan Syawal yang bakal menjelang. Namun, mood dan perasaan teruja bagi menyiapkan persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri kelak sudah dapat dirasai terutamanya di pusat membeli-belah seluruh negara.
Secara peribadi, penulis amat menanti-nantikan detik Ramadan untuk menyaksikan ‘perang’ dekorasi dan idea-idea kreatif yang dipertaruhkan oleh pasukan rekaan setiap syarikat yang mengelolakan pusat membeli-belah ini.
Seperti dijangka Pavilion REIT Malls yang merupakan syarikat induk bagi dua lokasi tumpuan pengunjung di Lembah Klang iaitu pusat membeli-belah Pavilion Kuala Lumpur dan Pavilion Bukit Jalil sudah mula mencuri tumpuan orang ramai apabila ia tampil dengan sesuatu yang istimewa.
*
Di Pavilion Kuala Lumpur, sekali lagi dekorasi yang disusun atur tidak mengecewakan. Berkonsepkan Eid In Harmony, tahun 2022 menyaksikan Pavilion KL berkolaborasi dengan Kedutaan iran untuk meraikan warisan, budaya dan tradisi masyarakat Islam serta Asia yang dikongsi di antara Malaysia dan Iran.
Sejak di pintu masuk utamanya lagi, pengunjung sudah merasai tarikan budaya Iran dengan binaan struktur seakan batu. Di Centre Court-nya pula, ia telah berubah wajah dengan campuran budaya Malaysia dan Iran.
Ads
Korang dapat melihat di satu sudut individu yang sedang menenun songket manakala di sudut lain ada pula artis seni Meenakari yang boleh mengajar korang seni penganamelan kraftangan tembaga.
Pada slot waktu tertentu, pengunjung dapat menyaksikan persembahan muzikal dan tarian kedua-dua budaya ini.
Secara tidak langsung, REMAJA merasakan campuran budaya ini meraikan sempadan Malaysia yang kini dibuka semula kepada pengunjung antarabangsa.
*
Ads
Berlainan pula dengan Pavilion Bukit Jalil yang akan meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri pertamanya setelah ia dibuka kepada orang ramai pada akhir tahun lalu.
Dengan tema Raya Bersama, ia dimeriahkan dengan watak kartun popular Malaysia, Upin & Ipin! Penulis sudah dapat membayangkan betapa terujanya adik atau anak buah korang apabila berada di sini.
Upin, Ipin dan seluruh keluarga rancangan terbitan Les Copaque itu mengajak korang untuk ke ‘kampung halaman’ mereka di bahagian utama pusat membeli belah itu.
Ads
Di sini, korang terus dapat merasai mesej keakraban keluaga dengan karakter kartun itu yang berada di segenap ruang. Ada gazebo tradisional, lampu perayaan dan pokok palma. Iyalah, ini kan tahun pertama kita dapat pulang ke kampung halaman setelah dua tahun berdepan pandemik COVID-19.
Bagi yang ingin bertemu watak Upin dan Ipin, korang boleh ke Pavilion Bukit Jalil pada setiap hari Sabtu dari jam 2 petang dan 6 petang bermula sekarang hingga 7 Mei 2022.
Terus rasa tak sabar untuk beraya, kan? Hehe..
Foto : Ihsan Mutant Communications.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Terbaru, Go Pei Kee-Teoh Mei Xing membuatkan peminat badminton tempatan teruja apabila berjaya merangkul kejuaraan selepas menafikan keupayaan pilihan utama beregu wanita Kejohanan Badminton Malaysia Super 100 yang berlangsung dari 15 hingga 20 Oktober lalu.
Beregu kebangsaan itu memerlukan tempoh 42 minit untuk menundukkan wakil Taiwan merangkap pilihan utama, Chan Nicole Gonzales-Wei Ye Hong, dengan ‘straight set’ di Stadium Juara, Bukit Kiara, semalam.
Namun, lima mata yang dikutip Nicole-Yun Yang meletakkan penghujung set pertama dalam keadaan getir 20-20.
Walau bagaimanapun, situasi yang mendebarkan itu tidak dibiarkan berterusan apabila dua mata akhir ditamatkan beregu negara yang berada di kedudukan ke-112 itu untuk menutup permainan 22-20.
Pei Kee-Mei Xing yang hanya satu mata dipisahkan dengan penyingkiran berikutan kecederaan lutut yang menimpa Ng Qi Xuan.
Mereka konsisten untuk menawan set kedua 21-11 bagi mengesahkan kejuaraan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Semua tahu, beliau merupakan seorang pemain bola sepak Muslim paling dikenali di dunia masa kini.
Fenomena Mohamed Salah atau mesra dikenali sebagai Mo Salah bukan sahaja dirasai dalam kalangan peminat setia kelab Liga Perdana Inggeris, Liverpool FC dan negara asalnya, Mesir tatapi oleh pengikut sukan bola sepak di seluruh dunia.
Pada bulan Ramadan tahun ini, tiada apa yang berbeza dalam rutin harian Mo yang kekal meneruskan ibadah Ramadan biarpun perlawanan bola sepak di sana berlangsung pada setiap minggu.
Kapten pasukan kebangsaan Mesir ini merupakan seorang yang sangat patuh pada agama. Malah setiap kali melakukan jaringan dia pasti akan tunduk dan sujud sebagai tanda syukur kepada Allah.
Bercakap mengenai ibadah puasa, Mo tidak cuba menyembunyikan identitinya sebagai seorang pemain Muslim yang melalui bulan penuh barakah ini. Dia akan berkongsi tentang jadual latihannya yang penuh.
Sebagai contoh pada tahun lalu, Salah menunjukkan rutin ‘workout’-nya pada jam 3 pagi di Instagram. Tahun ini tidak jauh berbeza apabila Salah kongsikan foto pada awal Ramadan lalu berserta kapsyen berbunyi, “Saya ingin mengucapkan Ramadan Mubarak kepada semua!”
Penulis juga masih ingat bagaimana Salah tetap menunaikan ibadah puasanya pada hari perlawanan akhir UCL apabila Liverpool FC menentang kelab Real Madrid pada tahun 2018. Ini kerana Salah mempunyai prinsip untuk tidak menjadikan kariernya sebagai alasan untuk tunduk kepada Yang Maha Esa.
Tentunya, Salah selalu mendapat dorongan daripada seorang lagi pemain sensasi Liverpool dari Senegal, Sadio Mane yang juga akan meneruskan ibadah puasa.
Sadio Mane dan Mo Salah
Komitmen tinggi yang ditunjukkan oleh Mo Salah dan Sadio Mane menyeimbangkan kerjaya mereka dan ibadah puasa amatlah mengagumkan. Walaupun ada pendapat yang mengata mereka dibenarkan untuk tidak berpuasa (kerana perjalanan jauh sebagai musafir ketika ke lokasi lain untuk hari perlawanan) namun mereka tetap menunaikan puasa.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Media sosial amat sinonim dengan generasi muda yang gemar memanifestasi diri kepada umum. Kini, media sosial bukan hanya dilihat sebagai satu platform untuk berhubungan dan meraih perhatian sahaja, bahkan ia merupakan satu medium untuk menjana pendapatan yang lumayan.
Berbicara soal media sosial, TikTok merupakan sebuah aplikasi yang sohor kini. Ramai individu termasuk golongan selebriti sehinggalah ahli politik yang memanfaatkan aplikasi yang berasal dari China ini. Untuk berbicara soal penggunaan TikTok, Remaja menemubual pereka fesyen, Rico Rinaldi yang aktif dengan penghasilan kandungan menarik serta lucu bagi menarik perhatian pengikutnya di platform tersebut.
Berkongsi cerita, pada permulaan penglibatannya menggunakan aplikasi tersebut, ada segelintir individu yang mempertikaikan kononnya dia akan hilang eksklusiviti sebagai seorang pereka fesyen yang dikenali ramai.
“Pada mulanya ada yang mempertikaikan, bukan memandang sinis tetapi rakan-rakan terdekat yang meluahkan rasa bahawa mereka tidak lagi melihat saya seperti yang dulu. Luah mereka, saya patut menjaga standard dan mengekalkan eksklusiviti. Namun kini mereka sudah melihat dari sudut berbeza, mereka sudah nampak hasilnya dan mereka sedar yang TikTok merupakan platform yang paling bagus.
“Sebab apa, sebagai contoh dalam industri perkahwinan, pelanggan yang datang adalah one-off customer yang mana mereka tidak akan datang kembali, melainkan mereka membeli koleksi ready-to-wear. Pelanggan-pelanggan eksklusif pula sudah tidak lagi menempah baju kerana sekarang sudah tiada majlis, jadi tiada keperluan. Oleh itu saya perlu mendekati lapisan generasi baru dan muda, jadi TikTok merupakan platform yang sangat bagus.
“Saya tidak kisah apa orang cakap. Kerana ini adalah strategi untuk dikenali, sebab orang selalu ingat pereka fesyen ini sombong, diva ataupun tidak mudah di dekati. Menerusi video-video yang kelakar dengan suntikan kandungan yang melucukan, para pengikut akan rasa kita mudah di dekati sekaligus mereka akan tertarik dan tidak takut untuk melihat apa yang ditawarkan dalam perniagaan,” kongsinya panjang lebar tentang isu ini.
KEPENTINGAN MEDIA SOSIAL
Menganggap media sosial tidak penting adalah satu pemikiran yang mundur sebenarnya. Dunia kini sudah berputar sekitar revolusi internet yang pantas menghubungkan manusia dengan kadar yang sangat cepat. Buktinya, Remaja kini yang dahulunya berpaksi kepada majalah percetakan sudah jauh melebarkan sayap ke laman sesawang dan media sosial seperti Instagram, Twittter dan TikTok.
Bagi Rico Rinaldi sendiri dia bersetuju dengan perkara ini kerana baginya dunia sudah berubah dan cara untuk berbisnes juga sudah berubah. Ujarnya, “Bagi saya, semua pemilik bisnes bukan hanya fesyen perlu memanfaatkan media sosial secara keseluruhan. Ini merupakan langkah pemasaran yang paling murah untuk kekal dalam industri fesyen. Penghasilan video-video yang menarik perhatian merupakan salah satu inisiatif untuk jenama saya dikenali. Kita tidak perlu malu kerana capaian sosial media sangat luas, daripada orang muda ke tua, yang bujang ke yang dah berkahwin semuanya ada di media sosial.”
***P/S- Korang jangan lupa follow TikTok Remaja. Follow this link and show some love!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!