“Berani mati ya!”

Begitulah antara respon netizen Malaysia apabila dunia hiburan tempatan digemparkan dengan berita mengenai seorang penyanyi rap tanah air yang ditahan oleh pihak berkuasa Laos selepas disyaki cuba menyeludup 103 bungkusan ganja ke Jerman.

Percubaan yang dibuatnya bersama dua lagi rakan lain kecundang di tangan pihak berkuasa setelah mereka ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Wattay pada 27 Mei lalu.

Buat masa ini, identiti penuh penyanyi rap itu masih belum didedahkan kepada umum oleh pihak berkuasa di sana.

Penyanyi Rap Popular Malaysia Ditahan Di Laos Akibat Dakwaan Seludup 86kg Ganja
Lapangan Terbang Antarabangsa Wattay

Laporan media di Laos berkata, ketiga-tiganya ditahan semasa pemeriksaan rutin dijalankan oleh pegawai kastam, penguatkuasa lapangan terbang dan agensi berkaitan yang lain.

Hasil pemeriksaan, sebanyak enam beg yang mengandungi 103 bungkusan ganja seberat kira-kira 86 kilogram ditemui pihak berkuasa.

Ads

Difahamkan juga, ketiga-tiga suspek termasuk penyanyi rap yang merupakan anggota kumpulan muzik dari Malaysia itu sedang bersiap sedia untuk berlepas ke Jerman iaitu lokasi akhir penghantaran bahan terlarang itu dengan menaiki penerbangan Thai Airways.

Mereka kini ditahan dan akan didakwa mengikut prosedur undang-undang negara Laos sementara siasatan masih diteruskan.

Tambahan pula, rampasan ini berlaku selepas beberapa lagi insiden penyeludupan dadah berlaku di lapangan terbang antarabangsa yang sama, baru-baru ini sekaligus menguatkan lagi teori bahawa Laos kini menjadi pusat transit kegiatan haram ini.

Haihh… ingat gaiss!

Ads

Kegiatan penyeludupan dadah amat dipandang serius terutamanya di negara yang menetapkan undang-undang tegas bagi membenterasnya termasuklah dengan mengenakan hukuman gantung sampai mati kepada pelaku.

Tidak kiralah keuntungan yang korang akan perolehi, adakah korang sanggup berdepan dengan risiko hukuman yang menanti sekiranya kantoi.

Ingat, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua.

Ads

SUMBER: (1)

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?

Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads