
Penyanyi lelaki pop kelahiran Malaysia, Eison Chai ditemui mati semalam di sebuah bangunan stesen MRT dekat daerah Luzhou, New Taipei di Taiwan.
Kata wakil polis di precint Luzhou, New Taiepei kira-kira lapan jam yang lalu, Eison, 40 dipercayai mati setelah terjun dari bangunan stesen itu sekitar jam 10 pagi semalam.
Lapor Focus Taiwan pula, masih belum ada sebarang makluman lanjut yang dapat diperolehi dan didedahkan buat masa ini. Pihak polis masih dalam fasa siasatan setelah laporan maut mengenai penyanyi dari Kuching, Sarawak ini.


Bagi yang tidak begitu mengenali Eison Chai, beliau telah meninggalkan Kuching pada usia 19 tahun dan ke Taiwan untuk mengejar impian bergelar seorang penyanyi.
Eison kemudian mula mengecapi populariti di sana setelah memenangi pertandingan nyanyian Super Idol musim kedua yang berlangsung dari tahun 2008 hingga 2009. Dia dan rakan-rakannya kemudian menubuhkan sebuah kumpulan rock, 87 sebelum meluncurkan album debut berjudul Dream Together.


Eison turut mengahwini pelakon Taiwan, Hitomi Wu aka Wang Tong di samping menubuhkan sebuah perniagaan makanan serta restoran laksa di Ximending, Taiwan.

SUMBER : (1)
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tudung DC Comics Super Heroes Pula Dilancarkan, Apa Macam?

Dua bulan lalu, netizen dikejutkan dengan kemunculan tudung dan selendang yang memaparkan logo parti politik yang bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14.
Kali ini, tiba pula giliran DC Comics Super Heroes untuk berkolaborasi dengan jenama tudung tempatan, Fareeda bagi koleksi terbaru mereka.
Telahpun dilancarkan bermula 17 Mei yang lalu, koleksi tudung adiwira ini memaparkan tiga logo berbeza yang diadaptasi daripada DC Comic iaitu logo Wonder Woman, Batman dan Superman. Masing-masing terletak khas di bahagian tengah, hadapan kepala dan pastinya mata sesiapa tidak akan terlepas pandang daripada kelibat logo tersebut.

Koleksi tersebut diumumkan sendiri oleh pengasas Fareeda, Mawar Karim menerusi laman Instagram beliau serta di Instagram rasmi Fareeda sendiri.
Buat masa ini, korang boleh mendapatkannya di Johor Bahru City Square, Johor sehingga 13 Jun akan datang. Ada juga peminat tudung Fareeda yang tidak sabar untuk mendapatkannya, malah bertanya jika Fareeda ada menyediakan perkhidmatan pembelian secara online dan penghantaran ke rumah.
Apa pendapat korang? Onz tak onz koleksi Superheroes ini?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Saya Menangis Tiada Siapa Tahu…” Aliff Syukri Jawab Tuduhan Pondan & Lelaki Lembut

Bersuara kepit, lagak penuh selamba ketika mempromosikan produknya serta menampilkan gaya yang jarang lelaki sejati lakukan antara punca netizen menuduh Dato’ Seri Aliff Syukri Kamarzaman berkelakuan seperti seorang pondan dan lelaki lembut.
Kalau dilihat pada keluarga dan anak-anak yang lahir dari zuriatnya hasil perkahwinan bersama isteri, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid. mustahil dia pondan atau lelaki lembut kerana kebanyakan lelaki lembut atau pondan, mereka tidak menyukai wanita kerana golongan ini merasakan mereka jauh lebih cantik dari golongan wanita sendiri.
Habis, dah semua tohmahan dilemparkan kepadanya, REMAJA tanyakan sendiri kepada Dato’ Sri Aliff Syukri, betulkah dia pondan atau lelaki lembut seperti yang netizen selalu kutuk kepadanya.

“Kalau nak tahu saya pondan atau lelaki lembut, tanyalah pada keluarga saya. Mereka lebih tahu segalanya,” katanya dalam satu rakaman video.
Biar menyedari tohmahan itu wujud, namun Dato’ Sri Aliff Syukri sama sekali tak mahu melayan isu berkenaan kerana dia sudah kebalkan dirinya untuk menerima semua tohmahan orang.
“Saya tak kisah apa orang nak cakap, asal saya tak menyusahkan hidup orang lain, itu antara prinsip saya amalkan,” katanya ketika ditemui di majlis pelancaran Romah Makan Terlajak Laris yang dibuka pada hari ini.
Dalam pada itu lelaki jutawan ini mengakui sebagai seorang insan yang punya hati dan perasaan, dia adakalanya menangis sendirian bila membaca kutukan netizen terhadap setiap perlakuan dilakukannya.
“Saya menangis orang tak tahu sebab saya tak tunjuk di hadapan orang lain. Mereka selalu fikir Aliff Syukri kaya raya, Aliff Syukri hebat, Aliff itu, Aliff ini tapi saya adakalanya menangis sendirian bila membaca komen netizen,” katanya yang kelihatan tenang menjawab dakwaaan ini.

Apa kutukan netizen yang buat Aliff Syukri mampu menangis ya?
“Orang kata saya riak, saya suka menunjuk kekayaan, saya suka menunjuk-nunjuk. Hal kereta Rolls Royce saya, mereka kata saya sudah bankrap dan macam-macam lagi tuduhan. Kalau saya fikirkan semua tuduhan orang ini, saya boleh jadi gila. Bisnes pun tah ke mana dan saya boleh tumbang jadinya. Jadi saya ambil pendekatan, tak nak baca komen-komen negetif begini.
“Dia orang tak tahu, saya berjaya kerana saya berusaha keras mencapainya. Saya buat macam-macam. Bukan semua bisnes saya buat laku dan duit juta-juta. Kalau 10 bisnes saya rancang, mungkin tiga saja berjaya.Paling penting kejayaan saya adalah kerana doa dan restu dari mak ayah saya serta isteri dan anak-anak selain usaha keras saya sendiri,” katanya lagi.
Disebabkan baik dengan semua orang dan saling menyokong serta tak suka mencari permusuhan dengan sesiapa, Dato’ Sri Aliff Syukri meminta agar kawan baiknya, Sajat tidak dihakimi.
“Setiap orang ada kehidupan masing-masing. Kita seharusnya berdoa agar kita semua menjadi lebih baik,” katanya mengukir senyuman.
Harga Makanan Murah Jer Di Romah Makan Terlajak Laris
Selepas tampil dengan pelbagai bisnes termasuk jualan tudung atas jenama AliffbySha, Dato’ Sri Aliff Syukri petang tadi sudah membuka kedai makannya sendiri iaitu Romah Makan Terlajak Laris yang terletak di Pusat Perdagangan Kota Damansara, Jalan PJU 5/20 E, Petaling Jaya, Selangor.
“Ada pelbagai jenis makanan, Sunda, Jawa, masakan Kelantan, masakan Melayu dan macam-macam lagi di sini. Ada lebih 101 menu yang boleh didapati di sini dengan harga murah-murah.
“Kebanyakan makanan di restoran ini saya yang masak kerana saya memang suka memasak. Ini impian saya, harga pula sangat berpatutan, bermula dari RM8 saja. Buat masa ini, saya ingin umumkan, air free, segala jenis bubur RM1 sahaja,” katanya yang mengakui memulakan bisnes Romah Makan ini dengan modal sebanyak RM10,000 sahaja berkat menjual Sambal Hitam resipi sedapnya yang sudah menjadi viral.
Dalam masa yang sama, sempena pembukaan restorannya itu, Dato’ Sri Aliff Syukri turut melancarkan tudung bawal satin atas koleksi AliffbySha V Five Inspired Woman dan menjalin kerjasama dengan lima wanita hebat dalam bidang masing-masing.



Lima wanita hebat ini ialah Nadia Annuar, Uyaina Arshad, Nabila Razali, Joy Revfa dan Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid. Apa yang menariknya tudung bawal satinnya yang anti pekak, anti keronyok ini mendapat permintaan yang amat tinggi dari pengemarnya dan dijual pada harga RM99 sahaja.
“Bagi saya kelima-lima wanita hebat ini ada aura mereka yang tersendiri selain ada pengikut masing-masing. Masa yang sama, mereka ada cerita masing-masing sama ada kontroversi dan tidak dan bagi saya, itulah yang menjadikan mereka wanita sangat hebat,” katanya mengukir senyuman.
INI KOMEN ALIFF SYUKRI ISU PONDAN & LELAKI LEMBUT
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi Legenda Lagu ‘Pretty Little Baby’ Meninggal Dunia

Penyanyi legenda Amerika Syarikat, Connie Francis, yang cukup dikenali menerusi lagu viral TikTok, Pretty Little Baby, disahkan meninggal dunia pada usia 87 tahun. Pemergian beliau pada malam Rabu (waktu Los Angeles) disahkan sahabatnya, Ron Roberts, yang juga Presiden syarikat rakaman Concetta Records.
“Dengan hati yang amat berat dan kesedihan yang mendalam, saya ingin memaklumkan tentang pemergian sahabat tersayang saya, Connie Francis, malam tadi,” tulis Ron dalam satu hantaran di Facebook.
Kesihatan Semakin Merosot Sebelum Meninggal
Connie Francis sebelum ini dimasukkan ke hospital akibat kesakitan pelvis yang berpunca daripada patah tulang. Ketika menerima rawatan, beliau turut didiagnos menghidap jangkitan kuman dalam paru-paru (pneumonia), yang semakin merumitkan keadaannya.

Walaupun sempat memberikan kemas kini positif sempena Hari Kemerdekaan AS pada 4 Julai lalu menyatakan dirinya semakin sihat selepas berehat namun dua hari kemudian, beliau dimasukkan semula ke hospital. Mendiang sempat berkongsi kepada peminat bahawa dirinya sedang menjalani beberapa pemeriksaan lanjut untuk mengenal pasti punca kesakitan.
Ikon Lagu Cinta Sepanjang Zaman
Connie Francis bukan sekadar penyanyi biasa. Namanya cukup gah sekitar era 60-an dengan lagu-lagu cinta yang malar segar dan menyentuh jiwa. Antara karya yang melonjakkan namanya termasuk:
Pretty Little Baby
Stupid Cupid
Who’s Sorry Now
Namun, menariknya, lagu Pretty Little Baby yang dirakam pada tahun 1962 kini kembali menjadi siulan generasi baharu selepas ia tular di TikTok, 63 tahun selepas diterbitkan. Ia membuktikan bahawa muzik yang jujur dan penuh emosi sentiasa mampu menyentuh hati walau zaman berganti.

Peminat Muda Tak Ketinggalan Rasai Kehilangan
Ramai pengguna TikTok dan media sosial meluahkan rasa sedih mereka terhadap pemergian Connie Francis. Meskipun ramai yang hanya mengenali beliau melalui audio yang digunakan dalam video viral, namun aura suara dan gaya nyanyiannya yang unik berjaya mencuri perhatian dan hati generasi Gen Z.
“Selamat tinggal, Connie. Suaramu akan terus mengalun di hati kami.” 💐🕊️
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

