Setelah dua tahun drama bersiri popular, Squid Game menemui penonton menerusi platform penstriman Netflix, ramai yang setia menantikan sekuel jalan ceritanya yang nyata telah menarik perhatian penonton seluruh dunia.
Antara yang menjadi persoalan dalam kalangan penonton adalah mengenai kesinambungan plot watak utamanya dan juga siapakah gerangan pelakon yang akan menyambung legasi Squid Game setelah majoriti watak asalnya telah ‘dimatikan’ pada musim pertama.
Selain Lee Jung-jae dan Lee Byung-hun, tiada mana-mana pelakon asalnya yang sudah disahkan akan membuat kemunculan pada musim kedua.
(Dari Kiri) : Lee Jung-jae dan Lee Byung-hun.
Antara nama selebriti yang kini dikaitkan dengan Squid Game musim kedua ialah ahli kumpulan ZE:A, Im Siwan.
Memetik laporan portal News1 dari Korea Selatan semalam, Siwan dipercayai telah dilantik untuk memegang salah satu watak dalam drama bersiri terbitan Netflix itu selepas pernah membintangi sebuah filem terbitan Netflix, Unlocked pada awal tahun ini.
Ads
Begitupun, Netflix dan agensi Plum A&C yang mewakili Siwan masing-masing tidak boleh mengesahkan mengenai berita tersebut buat masa ini.
*
Produksi Squid Game musim kedua dilapor bakal menjalankan sesi bacaan skrip pertamanya pada 23 Jun 2023 dan pada tarikh itulah, senarai penuh pelakonnya akan diketahui umum.
Ads
Kemudian, penggambaran drama itu akan bermula pada awal Julai pula. Manakala, Squid Game musim kedua akan menemui penonton pada tahun 2024.
Khabarnya, kesemua pelakon terpilih ini terdiri daripada pelakon terkenal di Korea yang perlu melalui sesi uji bakat dan mesyuarat secara rahsia.
Ads
Mengimbas kembali kejayaan Squid Game musim pertama yang diluncurkan pada September 2021, ia telah memungut catatan 1.65 bilion jam tontonan sepanjang 28 hari ia ditayangkan di Netflix.
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
ka sebelum ini nama Ayana Moon menjadi viral kerana gadis Korea ini memeluk Islam, tahun lepas adiknya, Aydin pula telah memeluk Islam. Kedua pasangan adik-beradik ini mendapat perhatian kerana selebriti instagram ini berpeluang menyambut Ramadan bersama adiknya.
Aydin Seongwook Moon memeluk Islam pada Mei 2019 di Masjid Central Seoul yang merupakan pusat komuniti Muslim di Korea Selatan. Tahun ini merupakan pengalaman pertama Aydin menyambut Ramadan dan kebetulan, kakaknya turut sama berada di Korea bagi menjalani ibadah puasa.
Ayana juga dikhabarkan sudah berhijrah ke Indonesia dan dia turut berharap agar selepas tamat persekolahan nanti, adiknya berpindah ke negara yang majoritinya Islam seperti di Malaysia atau pun Indonesia untuk banyak belajar tentang Islam dengan lebih mendalam kerana jika di Korea, ianya agak sukar (intepseleb.com).
Alhamdulillah, sama-sama kita doakan agar kedua beradik ini istiqamah dan dapat menjalani ibadah puasa tahun ini dengan penuh makna.
#SyukurBersama
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sering kali mendapat perhatian apabila melakukan IG live bersama ibunya, MK K-Clique sekali lagi mencuri perhatian apabila melayan jurujual sewaktu dia sedang membuat live di dalam kereta.
Tidak langsung memberhentikan sesi IG livenya itu, MK terus melayan tiga orang penjual yang menyapanya di dalam kereta, lalu mempromosi barangan yang dijual mereka.
MK turut dilihat mengalihkan keretanya kerana pada waktu itu hujan turun dia kasihankan jurujual tersebut terpaksa bercakap dengannya di dalam hujan. Sempat juga MK menawarkan tisu kepada jurujual tersebut.
Wah, memang humble MK ni ya.
Tidak hanya membiarkan jurujual tersebut pulang hampa, MK turut membeli produk yang dijual itu dan memberikan wang lebih, sebaliknya menyuruh mereka menyimpan sahaja baki wang itu.
Dia juga sempat melayan permintaan jurujual itu untuk bergambar bersamanya dan meminta maaf kerana hanya dapat bergambar di dalam kereta.
Sebelum ini, MK pernah viral kerana ditegur peminat di kedai makan dan dia langsung tidak sombong malah menegur semula peminatnya itu. Benarlah, selebriti kelahiran Sabah ini seorang yang sporting dan tidak pernah sombong dengan orang sekelilingnya.
Apa yang kami lihat, MK memang sering merasa rendah diri dan mungkin kerana itu MK disenangi oleh para peminatnya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bukan semua perkara boleh dikongsikan kepada umum terutamanya di media sosial, begitulah tindakan yang diambil oleh pelakon cantik jelita , Che’ Puan Juliana Sophie Johari Evans atau lebih dikenali sebagai Juliana Evans.
Jika sebelum ini, Che Puan Juliana Evans didakwa sedang hamil anak kedua selepas perhatian peminat tertumpu pada keadaan perutnya yang kelihatan seperti bentuk ‘baby bump’. Namun, beliau tidak memberikan sebarang kenyataan.
Terbaru, tuan punya badan berkongsi sendiri khabar gembira mengumumkan bahawa dirinya kini sedang hamil anak kedua bersama pasangannya Tengku Sulaiman Shah al-Hajj.
“We Are Happy To Announce Our Second One..”
Khabar gembira itu dikongsi sendiri oleh Juliana menerusi hantaran di Instagram, yang menyatakan bahawa usia kehamilannya kini berada pada trimester kedua, serta meminta orang agar mendoakannya.
“Kami gembira untuk mengumumkan bayi kedua dalam perjalanan dan kami sangat teruja 🥰. Doakan yang baik-baik 💕. #22weekspregnant #secondtrimester. -kongsi Juliana Evans
Dihujani Ucapan Tahniah
Ruangan komen hantaran Juliana Evans turut dihujani dengan iringan doa dan ucapan tahniah dari peminat serta rakan selebriti.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
JALEN Star Chef 2 menyaksikan wakil UiTM Puncak Alam berdepan tekanan besar untuk meneruskan legasi kejayaan universiti sambil memburu tempat ke peringkat akhir menerusi semangat berpasukan dan persediaan rapi.