Waktu makan tengah hari warga kota pada hari ini telah dikejutkan oleh bekalan elektrik yang terganggu untuk sementara waktu di sekitar Lembah Klang.
Menurut kemaskini oleh pihak Tenaga Nasional di akaun Facebook rasminya, mereka telah mengesahkan kejadian dan berkata siasatan masih dijalankan. Di antara lokasi yang dilaporkan mengalami gangguan ini termasuklah KLCC, Ampang Point, Publika, Bangsar South, Bukit Jalil dan di Hospital UKM.
“Pasukan teknikal kami sedang mengenalpasti punca kejadian. Usaha sedang giat dijalankan untuk memulihkan bekalan. Kami memohon maaf di atas segala kesulitan dialami oleh pengguna semasa gangguan bekalan ini,” catatnya.
Dalam pada itu, bukan hanya mereka yang berada di dalam bangunan sahaja yang terkejut dengan kejadian tersebut tetapi juga penumpang tren khususnya yang menggunakan laluan LRT Ampang-Sri Petaling.
Kata pihak Rapid KL, para penumpang dinasihatkan untuk bersabar dan mengikuti arahan yang diberikan. Penumpang juga disarankan untuk menggunakan pengangkutan alternatif sewaktu perkhidmatan tren mengalami kelewatan kerana terpaksa bergerak perlahan serta berhenti lebih lama di stesen.
Hanya sekitar jam 2.15 petang tadi, barulah Rapid KL mengesahkan perkhidmatan tren telah berjaya diselaraskan dan jadual perjalanan telah kembali normal.
Nervous tak bila blackout tadi? Hehe.. mujur sesetengah kawasan di Lembah Klang telah pulih seperti sedia kala.
Ads
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setelah berdepan dengan isu yang tular di media sosial pada minggu ini, usahawan dan ibu kepada Noor Neelofa iaitu Datin Noor Kartini Mohamed serta syarikat kendaliannya telah menarik balik permohonan penjenamaan produk Daging Harimau Menangis daripada Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).
Beliau berkata sedemikian menerusi satu sidang media ringkas yang diadakan secara virtual sebentar tadi.
Ihsan Foto: Aunty Tini Kitchen
“Saya membuat keputusan membatalkan trademark Harimau Menangis secepat mungkin. Tindakan saya (memohon hak penjenamaan) itu sebenarnya untuk melindungi jenama perniagaan dan agen daripada produk-produk tiruan.
“Saya memohon maaf dan sedar kekhilafan yang telah dilakukan. Saya berharap keputusan ini dapat menjelaskan dan meredakan keadaan. Saya juga berharap isu ini telah selesai dan tidak perlu dipanjangkan lagi,” jelas beliau.
Tambahnya, beliau tidak sesekali berniat untuk menutup periuk nasih sesiapa terutamanya peniaga produk daging Harimau Menangis ataupun produk yang seakan dengannya.
Ihsan Foto: Aunty Tini Kitchen
Terdahulu, warganet terutamanya di Facebook dan Twitter bertindak menyelar tindakan Datin Noor Kartini termasuklah ahli keluarganya yang lain selepas video di mana beliau dan anaknya, Ameera Khan berbual mengenai perihal mempatenkan produk Daging Harimau Menangis tular.
Tambah memburukkan keadaan apabila tangkap layar permohonan syarikatnya di MyIPO tersebar lantas mengesahkan perbualan dua beranak itu.
Okaylah guys, tak perlulah lagi kita mencari ‘dosa kering’ dengan melontarkan cercaan. Isu ini telahpun selesai. Jika korang menyokong produk tersebut dan ingin merasainya sendiri, sokonglah dengan membelinya.
Jika tidak, lebih molek jika sebarang bentuk cercaan itu disimpan kepada diri sendiri saja.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tiada apa lebih menyedihkan tatkala kehilangan seorang rakan baik. Inilah perasaan yang dialami oleh Sala Norhazura Zakaria, 34 tahun yang minggu lalu kehilangan sahabat baik yang sudah dikenalinya sejak 13 tahun lalu.
Kisah kemalangan yang menimpa rakan baiknya, allahyarham Nor Shahida Abd Ghani, 32 di Gua Musang ketika menjalankan kerja-kerja dakwah menjadi viral di media sosial kerana beberapa beberapa hari sebelum kemalangan menimpanya, arwah ada menyebut ‘READY TO TERBANG KE LANGIT BIRU! Berada di thariq ini perlukan kekuatan yang kalau tak dicari takkan jumpa. Kalau tak diasak takkan gagah, kalau tak dilanyak takkan tegap, seolah-olah memberi petanda seakan arwah sudah mengetahui ajal akan menjemputnya.
Berbicara bersama rakan serumah dan sahabat baik, menurut Sala, kali terakhir dia bertemu arwah pada hari Rabu.
“Hari Khamis pagi kejadian itu kami tiada kesempatan bertemu dan arwah hanya memaklumkan melalui Whatsapp dia bertolak ke Kuala Lumpur pagi kejadian.
“Saya begitu terperanjat apabila mendapat makluman dari polis yang Shahida kemalangan dan maut di tempat kejaidan. Polis hubungi saya kerana nombor saya adalah individu terakhir arwah hubungi sebelum kemalangan di Gua Musang itu. Seperti tidak percaya namun hakikatnya kenderaan dipandunya bertembung dengan sebuah lori membawa kelapa sawit dan arwah alami kecederaan parah di badan sebelum meninggal di tempat kejadian” katanya memaklumkan yang arwah seorang baik hati, sentiasa tersenyum, mudah membantu orang lain dan cukup bercita-cita tinggi dalam perjuangan dakwah agama.
Kata-kata arwah sentiasa terpahat padu di ingatan setiap rakan2nya
Inilah kemalangan yang meragut nyawa gadis yang cukup gigih dalam kerja-kerja dakwah agamanya
Ditanya maksud arwah ingin terbang di langit biru seperti ditulisnya, kata Sala itulah cita-cita sahabatnya yang sentiasa ingin dekat dengan kerja-kerja dakwah.
“Arwah selalu berpegang kepada prinsip membahagiakan orang lain itu adalah bahagia miliknya juga. Bila kami semua jalankan kerja-kerja dakwah seperti memberi nasihat, aktif dalam kegiatan seperti KONWANIS, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dan lain-lain lagi, semua itu adalah kebahagiaan yang dirasainya. Pemergiannya memang tiada ganti namun usaha-usaha dakwah yang kami sama-sama lakukan ini akan diteruskan kerana selagi bernyawa, dakwah itu merupakan perjuangan setiap insan. Melalui dakwah, mawaddah bukan saja mampu diwujudkan tetapi kekal di hati selamanya,”katanya ketika dihubungi.
Dalam pada itu, menurut Sala, dia mengenali arwah Shahida ketika sama-sama belajar di Politeknik. Sebaik habis belajar dan tak sambung ke ijazah, mereka tinggal serumah.
“Kami sama-sama bekerja sebagai tenaga pengajar di Tadika Cemerlang Nur Mawaddah di Pasir Puteh, Kelantan.
“Setiap kali bertemu sahabat-sahabat dan orang baru dikenalinya, setiap kali bersalaman dan ketika ingin pulang, arwah sering menyebut, DOAKAN SAYA MATI SYAHID.
“Inilah ayat yang sentiasa bermain di bibirnya sejak dulu lagi meminta agar orang ramai mendoakan agar perjalanan akhirnya dipermudahkan untuk dia mati syahid. Alhamdulillah, kematiannya dimuliakan dan arwah meninggal pada hari pagi Khamis,”katanya yang masih lagi bersedih dengan pemergian sahabat dunia akhiratnya ini.
Sala (tudung pink) bersama arwah Shahida (tengah) dan rakan lain
Arwah sering berdoa agar matinya kelak mati syahid. Namun dakwahnya tetap ingin diteruskan selama-lamanya
Ini antara kata2 akhir arwah Shahida sebelum ajal menjemputnya
Menjelaskan bahawa sahabatnya itu seorang anak yatim piatu, berasal dari Jelebu, Negeri Sembilan, namun masih punya adik beradik seramai empat orang.
“Jenazahnya dituntut oleh abangnya. Ada yang duduk di Kuala Lumpur sementara arwah masih bujang,” katanya memaklumkan sahabat baiknya itu berusia 32 tahun. Dalam pada itu, jelas Sala, ramai yang menatapi pemergian arwah Shahida kerana selain petah berkata-kata dan aktif dalam kerja-kerja dakwah khususnya dalam Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), bait kata-kata arwah seperti KEKUATAN, kalau tak dicari takkan jumpa, kalau tak diasak takkan gagah, kalau tak dilanyak, takkan tegap. Melangkah dengan padu, syahid menanti, AMEEN cukup dekat di hati mereka semua.
Al-Fatihah untuk arwah Nor Shahida Abd Gani, semoga rohnya dicucuri rahmat dan syurga tempat arwah.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setiap tahun, kejayaan para pelajar dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menjadi tumpuan utama dalam kalangan masyarakat. Prestasi cemerlang mereka sering kali disambut dengan sorakan kebanggaan dari guru-guru dan keluarga.
Bagi kebanyakan guru, kegembiraan melihat anak murid mereka mencapai kejayaan yang gemilang sering kali diikuti dengan pemberian hadiah sebagai tanda penghargaan.
Terbaru, sebuah video tular memaparkan seorang pelajar cemerlang SPM 2023 telah memberikan hadiah yang tidak disangka kepada gurunya. Hadiah tersebut telah menarik perhatian orang ramai kerana ia bukan sahaja diterbangkan dari Jepun tapi apa yang lagi best ia adalah figura dari animasi popular Jepun, One Piece yang menjadi kegilaan ramai.
Kredit: Tiktok @mkh.riz
“From a One Piece fan to another. Terima kasih untuk A dalam Bio. Enjoy Sir Iqbal Ahyar”
Melalui video yang dimuat naik oleh pelajar yang dikenali sebagai Adam Mukhriz melalui akaun Tiktok @mkh.rizmenunjukkan reaksi teruja gurunya. Wajah guru yang dikenali sebagai Sir Iqbal Ahyar yang terkejut dan penuh rasa syukur mencerminkan betapa berartinya hadiah itu baginya.
Adam memberi hadiah tersebut sebagai tanda penghargaan yang mendalam kepada guru yang telah banyak memberikan sokongan dan bimbingan, sehingga membantunya mencapai kejayaan dalam peperiksaan SPM.
Kredit: Tiktok @mkh.riz
Rata-rata masyarakat turut memberikan komen pujian dan ada di antara mereka juga yang cemburu dengan pemberian figura rare yang diimpikan oleh penggemar animasiitu.
Kredit: Tiktok @mkh.riz
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kisah inspirasi Putri, anak angkat Steven Sim, menunjukkan semangat juang luar biasa walau diuji dengan cabaran hidup dan kesihatan. Ketahui bagaimana beliau terus cemerlang di akademik dengan sokongan Steven Sim.