Siapa yang tidak kenal dengan nama Dr. Hairul Anuar Harun, penulis lirik berpengalaman yang telah melakar lebih 300 karya seni, termasuklah lagu-lagu malar segar Cindai, Balqis dan Hati Kama nyanyian Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Terbaharu, figura seni berusia 50 tahun ini mencipta satu lagi pencapaian membanggakan apabila berjaya menggenggam Doktor Falsafah (PhD) Peradaban Melayu sempena Istiadat Konvokesyen ke-27 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
Namun, perjalanan menuju kejayaan ini bukanlah semudah bait-bait indah yang pernah beliau hasilkan. Dr. Hairul jujur mengakui bahawa dirinya hampir berputus asa ketika melalui proses penyelidikan dan penulisan tesis yang memakan masa tiga tahun, sebelum menunggu setahun lagi untuk kelulusan penyelia.
“Sebenarnya, saya hampir putus asa menunggu proses kelulusan tetapi atas beberapa faktor terpaksa berkeras kepada diri sendiri untuk menamatkan apa yang telah dimulakan. Alhamdulillah, tahun ini saya berjaya menyelesaikan kesemuanya,” katanya.
Ads
Lebih mengagumkan, inspirasi utama di sebalik tesis beliau datang daripada minat mendalam terhadap pembacaan dan penghayatan karya seni sejak usia muda.
Ads
“Saya mula menulis pada umur 22 tahun. Sebagai seniman, kita perlu banyak membaca dan menelaah supaya dapat memberi sesuatu yang baru kepada masyarakat dan industri.
“Begitu juga dengan tesis saya yang mengkaji karya M. Nasir, sangat mencabar kerana ini adalah kajian pertama seumpamanya di dunia,” jelasnya.
Menurut Dr. Hairul, proses menghasilkan lirik dan menyiapkan kajian akademik mempunyai persamaan tersendiri, kedua-duanya menuntut penguasaan ilmu, proses analisis serta kehalusan dalam menyampaikan makna.
Beliau turut meluahkan rasa penghargaan buat penyelia tesisnya, Prof. Madya Dr. Mohd. Azam Sulong, atau lebih dikenali dalam dunia muzik sebagai Azam Dungun yang sentiasa membimbingnya hingga tamat pengajian.
Menjelang penganjuran konsert solo berskala mega tidak lama lagi, Ratu Rock Negara, Ella menegaskan dirinya tidak berasa tertekan walaupun konsert Majlis Tertinggi Rockqueen yang bakal berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) sering menjadi bahan perbandingan dengan artis lain.
Penyanyi berusia 60 tahun itu, sebaliknya memilih untuk kekal berfikiran positif dan menganggap segala bentuk perbandingan sebagai satu pembakar semangat buat dirinya untuk memberikan persembahan terbaik kepada para peminat.
“Tak ada tekanan, sebenarnya lebih memberi kita semangat untuk pergi lebih jauh.
“Jadi saya fikir benda itu kita ambil positif dan rasa macam lagi seronok dan semangat. Semua kawan-kawan pun bagi semangat,” katanya kepada Remaja ketika ditemui pada majlis makan tengah hari bersama Ella di Cili Kampung, Sunway Pyramid.
Mengulas mengenai persediaan mental berdepan kritikan serta perbandingan daripada netizen, pelantun lagu popular Retak itu enggan membuang tenaga dengan perkara yang tidak memberi manfaat.
“Tapi kita semua tahu yang netizen memang suka buat macam itu (bandingkan). Biar sajalah.
“Jadi, saya rasa mereka dapat nilaikan. Kalau nak kena komen dan sebagainya, dia tetap akan berterusan sampai bila-bila, yang baik kita ambil, yang tak baik kita tak perlu tengok pun.
“Setakat ini pun saya tak ada apa-apa respons. Kalau rasa benda itu tak beri semangat, bagi manfaat jadi kita biarkan saja,” jelasnya.
Untuk rekod, konsert Majlis Tertinggi Rockqueen dijadualkan berlangsung pada 14 Februari ini dan bakal menampilkan beberapa penyanyi sebagai tetamu jemputan, antaranya Amir Masdi, Sam Bunkface, Tam Spider serta kumpulan The Boys (Ella & The Boys).
Lebih mengujakan, Ella turut memberi bayangan bakal ada kejutan dengan kemunculan beberapa lagi penyanyi dalam konsert solo berskala mega tersebut.
Dianjurkan oleh Hitman Solutions dan Rockqueen, tiket konsert berkenaan dilaporkan telah terjual sehingga 90 peratus sejak mula dibuka kepada umum pada 8 Disember lalu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jumaat lalu menjadi tarikh istimewa buat penyanyi dan ikon fesyen kegemaran kami, Yunalis Zarai apabila dia selamat diijabkabulkan dengan kekasih hati, Adam Sinclair yang juga merupakan adik kepada selebriti, Ashraf Sinclair dan Aishah Sinclair.
Di sebalik berita yang mengejutkan pihak peminat itu, ahli keluarga, rakan terdekat serta rakan media sebenarnya sudahpun dimaklumkan terlebih dulu tentang majlis itu.
Ramai yang tak putus-putus mengucapkan tahniah kepada mereka berdua.
Namun, tak kurang ramai yang merasa kagum kepada rekaan pelamin dan baju yang disarung oleh Yuna pada majlis tersebut. #pelamingoals !
HANYA Yuna yang boleh mencetuskan trend pelamin di atas gunung apabila dia dan Adam memilih venue Puncak Rimba di Bentong sebagai lokasi akad nikah dan majlis resepsi.
Tapi korang tahu tak, tiga orang penting di sebalik majlis ini semuanya berasal daripada graduan Universiti Teknologi MARA (UiTM)?
FIRDEE OTHMAN
Seperti yang dikongsikan oleh Khairul Ikram di Twitter miliknya, Firdee Othman adalah merupakan graduan Diploma Rekaan Dalaman dari UiTM Seri Iskandar, dari batch ke-54 ‘Bulan Studio’.
Semasa menyambung pengajian pada peringkat ijazah Sarjana Muda pula, Firdee memilih jurusan Seni Bina Dalaman di UiTM Shah Alam bersama batch Amadeus Studio. Tak hairanlah rekaan Firdee untuk pelamin dan gubahan bunga perkahwinan Yuna cantik sangat!
Dalam perkongsian di Instagram, Firdee mengakui proses menyiapkan pelamin untuk Yuna dan Adam sedikit memenatkan. Barangkali kerana majlis diadakan di kawasan pergunungan di luar kawasan Kuala Lumpur.
Namun, setelah membaca reviu dan komen yang memuji rekaan ala Tropikal itu, dia sendiri berasa terharu dengan feedback yang diterima.
Kini, Firdee memiliki syarikat perkhidmatan perancang perkahwinan dan acara sendiri bernama TheCalla. Flores.KL yang menyediakan khidmat gubahan bunga dan hantaran untuk acara Jumaat lalu juga merupakan pecahan anak syarikat milik Firdee.
Pereka Hatta Dolmat tak perlukan pengenalan lagi memandangkan ramai serba tahu kebolehan dan kredibiliti yang selalu diletakkan oleh beliau pada rekaan baju pengantin mahupun koleksi siap pakai (Ready To Wear).
Hatta juga merupakan go-to-designer Yuna sekiranya dia menghadiri sebarang acara hiburan, persembahan, anugerah atau – in this case – perkahwinannya sendiri.
Walaupun ura-ura Hatta bakal menjadi pereka pilihan Yuna untuk perkahwinannya bertebaran, namun baik Hatta mahupun Yuna tidak memberikan hint di media sosial.
Hatta Dolmat merupakan alumni jurusan Seni Reka Fesyen di UiTM Seri Iskandar. Dalam perkongsian di Instagram sekitar November tahun lalu, Hatta pernah berkongsi bahawa projek tahun terakhir diploma beliau mendapat keputusan 4 flat dan sehingga kini, gambar rekaan baju itu dibingkaikan di UiTM.
Untuk persalinan Yuna semasa majlis akad nikah, Hatta menggunakan fabrik lace dan lace bunga dari stor Moods di Los Angelas, stor sama yang selalu ditunjukkan dalam siri Project Runway USA. Hatta juga merupakan pereka untuk pakaian gadis pengiring (bridesmaids) Yuna.
Apalah erti hari perkahwinan if you do not look your best.
Yuna memilih jurumekap self-taught, Noriana yang cukup familiar dengan dandanan selebriti Malaysia. Kongsinya kepada penulis secara peribadi, dia merupakan pelajar junior kepada Yuna di UiTM Kedah dan Shah Alam. Yuna turut selalu meminta khidmat Noriana ketika menghadiri sebarang acara.
Jangan lupa untuk follow Instagram miliknya jika korang nak lihat hasil sentuhan mekapnya pada wajah selebriti. Mana tahu, esok boleh nampak macam Yuna jugak!
Setelah menamatkan zaman sekolah menengah di SMK USJ 4, Subang Jaya, Yuna telah memilih jurusan Undang-Undang di UiTM Shah Alam.
Semasa belajar di UiTM lah, Yuna mula berjinak-jinak mempelajari gitar dan lagu pertama yang dimainkannya ialah single Peterpan bertajuk ‘Ku Katakan Dengan Indah’.
Pada tahun 2009, Yuna menamatkan pengajian dengan ijazah sarjana muda Pengajian Undang-Undang (Hons) (!) Penulis masih ingat lagi antara temu ramah pertama Yuna bersama rancangan 8TV Quickie di saluran 8TV.
Masih malu, awkward berhadapan dengan lensa kamera namun mempunyai personaliti ceria dan yakin dengan bakat yang dimilikinya.
Cepatnya masa berlalu. Kini Yuna sah menjadi isteri kepada Adam dan tiada apa yang diharapkan oleh penulis melainkan kesejahteraan, kesihatan yang baik dan perkahwinan yang berkekalan sehingga akhir hayat.
Bak kata Yuna sendiri dalam trek ‘Best Love’ :
I guess it’s not too much to ask If you feel the same We can build something that will last No more playing games
You’re the best kind of love
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Yes, the wait is almost over. Esok, filem superhero yang paling dinantikan tahun ini, ‘Avengers: Infinity War’ akan mula ditayangkan di seluruh negara.
Siapa sangka filem pertama Marvel Cinematic Universe (MCU) menerusi ‘Iron Man’ telah ditayangkan pada 10 tahun lepas. Dan pada edisi filem Avengers ketiga yang menghimpunkan hampir semua superhero seperti Captain America, Iron Man, Black Panther, Hulk, Spider-Man, Thor dan ramai lagi bakal berdepan ancaman terhebat untuk bumi serta alam semesta dalam sebuah bentuk villain bernama Thanos!
Tidak salah untuk Remaja katakan bahawa Marvel telah membikin sebuah evolusi perfileman berkesinambungan yang paling epik dalam sejarah. Walaupun setiap filem superhero-nya membawa haluan cerita berbeza namun segala kisah mereka masih berlegar dalam ‘dunia’ yang sama. Malah mereka jugalah yang mempopularkan post credit scene yang membuatkan peminat sanggup tunggu credit roll sampai habis.
Tapi Remaja yakin mungkin ada antara kamu yang terlepas dan ketinggalan mengikuti kesemua filem yang berlegar dalam dunia MCU. Bagi korang yang ketinggalan, Remaja nasihatkan untuk catch up semula dan jangan tonton filem-filem MCU mengikut giliran ia dikeluarkan tetapi tontonlah mengikut kronologi kejadian yang berlaku.
‘Iron Man’ merupakan filem pertama MCU dan telah mengubah lanskap kejayaan Marvel Studio untuk membina empayar perfileman mereka sendiri. Namun bagi newbie seperti korang, mulakan dengan menonton ‘Captain America: First Avengers’. Ikuti susunan kronologi filem MCU yang patut kamu tonton sebelum menonton ‘Avengers: Infinity War’.
Psst, kalau korang nak binge watch jangan sampai jatuh sakit ya. Do it properly and healthy. Hiks
Phase One
Captain America: The First Avenger
Iron Man
Iron Man 2
The Incredible Hulk
Thor
Avengers
Phase Two
Iron Man 3
Thor: The Dark World
Captain America: The Winter Soldier
Guardians of the Galaxy
Guardians of the Galaxy Vol. 2
Avengers: Age of Ultron
Ant-Man
Phase Three
Captain America: Civil War
Doctor Strange
Spider-Man: Homecoming
Black Panther
Thor: Ragnarok
Avengers Infinity War
Nak tahu fun fact menarik? Jika korang menonton semua filem, siri TV dan webseries yang ada kena mengena dengan MCU, korang akan ambil masa selama 9 hari jika ditonton tanpa henti. 9 hari! Dan masih banyak yang akan menyusul nanti seperti ‘Ant Man and The Wasp’, ‘Captain Marvel’, ‘Spider-Man: Homecoming 2’ dan banyak lagi. Good luck guys!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Profesor Adjung UPSI menjadi pengiktirafan baharu buat Datuk Syafinaz Selamat dalam usaha memperkukuhkan pendidikan muzik, vokal dan pembangunan bakat generasi muda.