Pentingnya Keharmonian Kaum Dan Agama, Dr Hussamuddin Buka Mulut & Ingatkan Kerajaan!

Share

Malaysia memang terkenal dengan negara yang berbilang bangsa dan majmuk. Tapi sejak kebelakangan ini terlalu banyak isu sensitif yang melibatkan perkauman berlaku sehingga mampu menebalkan rasa benci dan hilangkan perasaan sayangkan kepelbagaian masyarakat di malaysia.

Memetik laporan dari Astro Awani, penerbit Sinar Harian, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub mula membuka mulut dan mengingatkan kerajaan bahawa jika isu-isu perkauman dan agama tidak ditangani dengan berkesan, ia boleh menghancurkan Malaysia.

Hussamuddin dalam kenyataannya kepada akhbar ini di Shah Alam semalam menyifatkan suasana hubungan kaum dan agama di negara ini semakin parah terutama sejak 20 bulan lalu.

Beliau yang juga Pengarah Urusan Kumpulan Karangkraf menggesa sesuatu yang drastik dilakukan oleh kerajaan termasuk Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan menteri-menteri Kabinet bagi menangani masalah tersebut.

Jika perlu, kata beliau, mana-mana akhbar dan portal yang mengapi-apikan isu-isu perkauman perlu ditutup.

Bagus kata-kata Datuk Dr Hussamuddin Yaacub, yelah semua kita semua sayangkan negara kita. Moga Malaysia terus harmoni dan sejahtera hendaknya!

Sumber : Youtube Sinar Harian

IKLAN