Kami percaya mesti ramai yang ‘bergantung’ kepada data internet setiap hari, lagi-lagi musim Covid-19 dan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat ini. Betul tak?
Namun, ini bukan bermakna korang boleh mengunakan alat untuk memaksimumkan isyarat “line” di dalam rumah.
Terbaru, SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) kini memaklumkan yang mana mereka mengesan peningkatan kes gangguan spektrum yang melibatkan penggunaan Booster atau Repeater Selular (CBR) yang tidak mematuhi piawaian.
Ads
Kadang-kadang line dekat rumah kita slow bukan sebab pencawang semata tapi disebabkan ada jiran disekeliling sengaja gunakan cara haram ni untuk kepentingan sendiri.
Gambar Hiasan
SKMM mengingatkan orang ramai supaya tidak membeli sebarang alatan CBR daripada sumber tidak berdaftar, dan hanya mendapatkannya daripada syarikat penyedia perkhidmatan selular yang sah sahaja.
Ads
Ads
Kegagalan mematuhi garis panduan ini adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 239 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 atau Peraturan 16 di bawah Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknikal) 2000 yang boleh dikenakan denda tidak lebih RM500,000 atau penjara tidak melebihi lima (5) tahun atau kedua-duanya sekali.
Berita baik buat pengguna iPhone, Apple kini telah menawarkan iOS 15.4 yang mampu untuk nyahkunci peranti walaupun memakai pelitup muka. Ciri ini sedang diuji pada iOS 15.4 Beta yang akan diberikan minggu ini.
Walau bagaimanapun, ciri ini dilaporkan tidak dapat digunakan oleh pengguna yang memakai kaca mata hitam dan ia hanya disokong pada peranti iPhone 12 ke atas sahaja. Bagi pengguna iPhone 11 ke bawah, malangnya peranti korang tidak menyokong ciri ini.
Untuk pengguna iPhone 12 dan ke atas, selepas ini korang bolehlah mencuba menukar Face ID dengan memakai pelitup muka dan pastinya ia lebih menyenangkan kan?
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Barangan daripada jenama-jenama terkemuka memang sering di cetak rompak dan lebih mengelirukan lagi, barangan yang diciplak itu mempunyai persamaan yang sukar untuk dibezakan oleh pengguna.
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa tip yang boleh anda jadikan rujukan sebelum membuat keputusan untuk membeli, khasnya khusus bagi barangan gajet.
1. Semak packaging produk
Pengilang produk tiruan tidak begitu peka kepada bentuk rekaan packaging produk. Namun, ia sangat dititikberatkan oleh pengeluar rasmi yang akan sentiasa menjaga setiap perincian reka bentuk dan packaging produk mereka.
Semak font pada info yang tertera di kotak barangan yang dijual. Pastikan tulisannya jelas dan kualiti cetakan dalam keadaan yang baik. Pengeluar rasmi akan memastikan produk-produk mereka dihantar dalam keadaan yang baik supaya tiada kerosakan yang berlaku sepanjang tempoh penghantaran.
2. Lihat manual pengguna
Semua maklumat penting tentang peranti ini mestilah menggunakan dalam bahasa asal negara pembelian. Jika tertera beberapa bahasa lain yang anda tidak faham, maka ia mungkin adalah peranti yang di seludup atau pun dicetak rompak.
3. Lihat material yang digunakan
Bahan-bahan seperti plastik, getah atau pun aluminium yang digunakan boleh dilihat sama ada daripada jenis material berkualiti tinggi atau tidak.
Pengeluar berjenama terkenal tidak menggunakan bahan yang murah. Plastik bungkusan produk original mestilah kemas, tanpa mengandungi sebarang kecacatan atau ketidaksempurnaan pada packaging.
Produk tiruan dapat dikesan dengan mudah. Lihat sahaja pada jenis plastik murah dengan penggunaan warna mate yang digunakan, serta reka bentuk produk yang tidak sempurna.
4. Lihat font ini
Logo merupakan perkara utama bagi mana-mana jenama dan anda perlu menelitinya dengan baik. Walaupun sudah bertahun-tahun, logo bagi produk asli tidak akan nampak kusam.
Setiap font dan simbol pada peranti mestilah tertera dengan jelas, mudah dibaca dan tahan lama. Bagi kes cetak rompak pula, produknya tidak mempunyai nama pengeluar atau mempunyai perbezaan daripada segi reka bentuk produk.
5. Semak alat pengecas
Pengecas yang original akan disesuaikan mengikut kemudahan sesebuah negara itu. Misalnya, jika kita di Malaysia, perlu ada satu tetapan soket yang sesuai untuk negara Malaysia. Begitu juga dengan negara-negara lain seperti Eropah.
Jika anda perlu membeli adopter atau pengecas secara berasingan, ini adalah salah satu tanda bahawa produk yang dibeli itu tidak asli.
Setiap pengeluar bertanggungjawab untuk menjamin keselamatan pengguna dan kerana itu, produk yang asli menggunakan penebat kualiti dengan kemasan yang sempurna.
6. Lihat pada wayar dan plug
Kualiti wayar adalah salah satu tanda yang jelas boleh anda lihat sama ada produk tersebut adalah barangan tiruan. Jika produk yang asli, kabel wayar akan kelihatan lebih kukuh berbanding produk tiruan yang mempunyai bahagian-bahagian yang longgar.
Kadangkala, saiz ukuran plug juga tidak bertepatan dengan kedalaman soket dan mempunyai wayar yang lebih panjang.
Selain itu, lihat pada kualiti penebat dan simbol di atasnya. Barangan asli dan tiruan dapat dikesan melalui cara-cara ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pendrive merupakan antara benda paling penting untuk seorang pelajar kerana biasanya digunakan untuk menyimpan dokumen kerja, gambar dan sebagainya.
Lebih ringan berbanding hard disk dan mudah dibawa ke mana-mana, maka tak hairanlah kenapa pelajar atau orang bekerja sekali pun suka guna pendrive.
Namun begitu, korang tahu tak sebenarnya selain transfer data dan menyimpan dokumen-dokumen penting, pendrive mempunyai pelbagai fungsi lain.
1. Jadikan sebagai RAM
Lihat tutorial ini:
2. Letak password dalam pendrive
3. Simpan OS linux
4. Run software dari pendrive
5. Kunci laptop guna pendrive
Untuk menggunakan fitur ni, korang perlu menggunakan software berbayar seperti predator.
6. Sambungkan ke telefon Android
Peralatan yang korang perlukan adalah cable otg dan juga aplikasi Stickmount yang perlu di download dalam handphone.
7. Selamatkan laptop daripada masalah windows corrupted
Jika korang ada simpan data os (rescue disk) dalam pendrive tersebut, rescue adalah software bootable yang membolehkan korang boot computer daripada pendrive. Korang boleh download rescue daripada kaspersky atau avg.
Cara ini berkesan jika windows corrupted disebabkan oleh virus.
Hubungan istimewa yang sekian lama menjadi teka-teki akhirnya terjawab! Pelakon popular, Bella Astillahdan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq kini selangkah lagi ke fasa baharu...