
Bukan di India ye guys! Ini real kes Covid-19 yang berlaku di negara kita, Malaysia.
Kes baharu Covid-19 mencatat kenaikan yang membimbangkan, hari ini sebanyak 3780 kes positif telah direkod, menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 470,110 setakat Ahad, 16 Mei 2021.

Manakala, hari ini juga mencatat 36 kematian akibat Covid-19, secara tidak langsung menjadikan jumlah kematian Covid-19 di negara ini meningkat kepada 1902 orang.
Menerusi perkongsian Facebook rasmi KKM, Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sungai Buloh terpaksa menyediakan kontena khas sebagai tambahan tempat penyimpanan jenazah/mayat yang meninggal dunia kerana #COVID19.

Hal ini kerana semalam sahaja, enam lagi kematian dilaporkan di hospital itu. Dan akhir-akhir ini, kes-kes BID di Lembah Klang semakin meningkat.
Sumber : KKM
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Lamine Yamal Raih Kopa Trophy 2024, Pemain Muda Terbaik Dunia!

Pada usia yang masih muda, Lamine Yamal telah menunjukkan bakat yang luar biasa dan menjanjikan masa depan yang cerah dalam sukan ini.
Terbaru, remaja berusia 17 tahun ini, dinobatkan sebagai pemain muda terbaik dunia tahun ini setelah memenangkan Kopa Trophy 2024 berkat penampilannya yang gemilang bersama Barcelona dan team Sepanyol.
Penghargaan ini diberikan semalam, selepas Yamal berjaya membuktikan dirinya sebagai pemain utama Barcelona dan memberikan sumbangan besar dalam kejayaan Sepanyol di Euro 2024.

Yamal meraih trofi ini sebagai pemain terbaik di bawah usia 21 tahun, menggantikan pemenang tahun lalu, Jude Bellingham dari Real Madrid.
Dengan pencapaian ini, dia mengikuti jejak rakan sepasukannya di Barcelona, Gavi dan Pedri, yang juga pernah memenangi anugerah serupa, sementara Kylian Mbappe dan Matthijs de Ligt turut berada dalam kalangan pemenang terdahulu.
Yamal Turut Berada di Kedudukan 10 Teratas Ballon d’Or 2024
Selain merangkul anugerah Trofi Kopa 2024, Lamine Yamal juga berjaya mencatatkan namanya dalam 10 teratas Ballon d’Or 2024.
Beliau menamatkan persaingan di kedudukan ke-8 dan menjadi pemain Barcelona yang berada di kedudukan tertinggi dalam senarai 30 teratas Ballon d’Or 2024 kali ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selepas Insiden Remaja Palestin Ditembak, Israel Terus Hina Ramadan Di Masjidil Aqsa

Saban tahun, umat Islam dunia seakan tidak boleh lari daripada dugaan yang perlu dihadapi setibanya bulan Ramadan Al-Mubarak.
2021 tidak terkecuali apabila seorang remaja Palestin berusia 16 tahun maut ditembak pada hari Rabu minggu ini oleh tentera Israel.
Kejadian yang berlaku berhampiran bandar Nablus dekat utara Tebing Barat ini tercetus setelah penunjuk perasaan Palestin bertembung dengan tentera Israel di Kampung Oudla, di selatan Nablus.
Punca di sebalik pertempuran tersebut hadir daripada pihak tentera Israel sendiri yang m menyerang kawasan kediaman penduduk Palestin atas alasan memburu seorang lelaki Palestin yang melepaskan tembakan ke arah kenderaan warga Israel, awal minggu ini sehingga mengakibatkan kecederaan.

Biarpun tiada kaitan dengan insiden terdahulu, kehilangan nyawa remaja yang tidak bersalah ini menjadi petanda awal terhadap bentuk serangan yang menanti penduduk Islam Palestin beberapa hari kemudian.
Semalam, tentera Israel telah merobek kemuliaan bulan Ramadan yang masih berbaki empat hari lagi dengan menceroboh ke dalam Masjidil Aqsa dan menyerang penduduk Palestin yang berada di dalam. Lebih menyedihkan apabila kejadian ini berlaku pada Jumaat terakhir Ramadan, tahun ini.

Selain menceroboh, pihak tentera turut melemparkan bom asap, menyerang dan juga menembak para jemaah dengan peluru getah semasa jemaah sedang beribadah. Tindakan biadap itu sekaligus memaksa penduduk Palestin yang turut terdiri dalam kalangan jemaah wanita dan kanak-kanak untuk berlindung dan terperangkap di dalam masjid.
Israeli forces attack worshippers inside al-Masjid al-Qibli in al-Aqsa Mosque with stun grenades, effectively trapping hundreds of people inside, including many children#Jerusalem #Palestine #AlAqsa #Israel pic.twitter.com/lcv0ZSEtB2
— Middle East Eye (@MiddleEastEye) May 7, 2021
Susulan insiden ini, 178 orang penduduk Palestin dilaporkan cedera manakala 88 orang lagi dikejarkan ke hospital setelah dipercayai terkena peluru getah yang ditembak oleh tentera Israel.

Insiden di tanah suci ketiga umat Islam ini dikatakan berpunca daripada tentangan rakyat Palestin terhadap Israel yang merancang untuk merampas rumah dan tanah kediaman mereka di Timur Baitulmaqdis.
This moment #Israel soldiers entered Bab-al-Rahma Prayer hall in #AlAqsaMosque and fire stun grenades at #Muslim worshippers inside !#IsraeliCrimes #IsraeliAttackonAlAqsa #AlQuds #Palestine #PalestinianLivesMatter #المسجد_الأقصى #القدس_تنتفض #القدس_اقرب #فلسطين_تنتفض pic.twitter.com/ftp8Yr11NT
— Saad ibn Muhammad Sajid (@SaadbinMohamme1) May 8, 2021
Sehingga kini, banyak video serangan tersebut telah tular di internet sehingga mengakibatkan warganet dunia mengecam serangan Israel itu.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selepas Tiga Tahun, Remaja Bakar Dan Bunuh 23 Penghuni Tahfiz Didapati Bersalah!

Korang masih ingat tak kes kebakaran pusat tahfiz kira-kira tiga tahun lalu?
Paling sadis, kebakaran itu didakwa berpunca oleh dua orang remaja yang berusia 16 tahun ketika itu.

Terbaru, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mendapati seorang remaja berusia 19 tahun, suspek utama dalam insiden kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kampung Datuk Keramat, di sini yang mengorbankan 21 pelajar dan dua warden sebagai bersalah.
Menurut laporan Astro Awani, mereka yang kini berumur 19 tahun masing-masing menghadapi 23 pertuduhan membunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Selain itu, memandangkan jenayah itu dilakukan ketika tertuduh berusia 16 tahun, maka Seksyen 97 Akta Kanak-kanak 2001 terpakai, dan remaja berkenaan dikenakan perintah tahanan selama yang diperkenan Yang di-Pertuan Agong.
Peguambela Haijan Omar memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa anak guamnya sangat menyesal atas kejadian yang berlaku dan memohon maaf kepada semua yang terlibat, terutama sekali ahli keluarga mangsa yang terkorban.

Ujarnya lagi, pihaknya akur dengan keputusan mahkamah, dan akan memfailkan rayuan di peringkat seterusnya dalam mangsa yang terdekat.
Untuk info, tragedi menyayat hati ini berlaku pada 14 September 2017 apabila kebakaran di bangunan Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah meragut nyawa 23 penghuninya.
Bagi REMAJA, semua yang berlaku ada hikmahnya, semoga mahkamah buat keputusan yang bijak. Semoga ada keadilan buat keluarga mangsa dan semoga siasatan yang dilakukan oleh pihak berkuasa berjalan dengan lancar. InsyaAllah.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

