
Jika sebelum ini nampak negara seperti mahu menang melawan pandemic COVID-19 dengan tiada kes tempatan dicatatkan kecuali kluster orang luar, tapi nampaknya hari demi hari semakin banyak kes positif dicatatkan.
Dalam situasi terkini, iaitu bersamaan 25 Julai 2020 #COVID19 di Malaysia, sebanyak 23 kes baru menjadikan jumlah keseluruhan 8,884 kes.
Daripada 23 kes baru, 10 kes penularan tempatan bagi warganegara dan 7 kes bagi bukan warganegara, manakala 6 kes adalah kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.
Sebanyak 17 kes telah pulih menjadikan 8,594 pesakit telah pulih dan discaj.
Tiada pertambahan kes kematian dicatatkan menjadikan jumlah keseluruhan kematian sebanyak 123 kes.

Dalam situasi terkini mengenai COVID-19 yang dikongsikan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), kerajaan memutuskan untuk mengetatkan semula SOP yang dilonggarkan sebelum ini susulan peningkatan kes COVID-19 – Menteri Kanan (Kluster Keselamatan)
2. PKPP: SOP mengenai sambutan Aidiladha dan kru kapal diputuskan dalam mesyuarat khas menteri-menteri Isnin ini
3. PKPP: Kerajaan beri tempoh dua hari bermula hari ini kepada 2,897 individu untuk jalani saringan COVID-19 kedua, jika gagal terus ditahan dan dihadap ke mahkamah
4. PKPP: PDRM akan pantau pematuhan SOP ketika Aidiladha.
Agak-agak dapat ke kita semua balik raya Aidiladha. Dah la raya puasa kena duduk rumah saja. Harap kita jaga penjarakan sosial selain sentiasa memastikan pakai mask di tempat awam dan sesak. Kalau tiada keperluan penting, lebih baik duduk di rumah sahaja.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
UiTM Beri RM100 Kepada Pelajar Susulan Penangguhan Pendaftaran Kemasukan Secara Fizikal

Ekoran daripada penangguhan pendaftaran fizikal kepada pelajar IPT baru-baru ini, Universiti Teknologi MARA (UiTM) akan memberikan RM100 melalui inisiatif UiTM Prihatin kepada penuntut yang terpaksa berpatah balik ke kampung selepas mendaftar di institusi tersebut.
Bantuan yang sama turut diberikan kepada penuntut yang sudah mendaftar dan terus tinggal di kolej kediaman serta di luar kolej kediaman UiTM Shah Alam dan kampus cawangan ketika ini. Pengurusan tertinggi universiti juga bersetuju memberi pengecualian bayaran kolej bagi bulan ini kepada semua penuntut yang memilih untuk terus tinggal di kolej kediaman UiTM Shah Alam dan kampus cawangan.

Terdapat 3,252 penuntut yang direkodkan datang mendaftar secara fizikal pada Khamis hingga Sabtu lalu dengan 940 memilih untuk terus kekal di kolej kediaman UiTM.
Naib Canselornya, Prof Emeritus Datuk Dr Mohd Azraai Kassim turut berkata inisiatif dan insentif yang dilaksanakan itu selari dengan saranan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Noraini Ahmad supaya IPT memahami kesulitan dan kekangan yang dihadapi penuntut.
Selain itu juga, pihak UiTM memberi jaminan kebajikan dan keselamatan penuntut akan sentiasa dipantau dan diberikan keutamaan. Diharap dengan inisiatif yang dilakukan ini dapat memberikan semangat untuk pelajar lebih tenang dan tabah dalam meneruskan pengajian mereka.
Sumber: Berita Harian
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pokok Legend UPM Akhirnya Tumbang, Ramai Luah Rasa Sedih

Kalau korang pelajar atau alumni Universiti Putra Malaysia (UPM), mesti dah familiar dengan pokok besar yang ada di atas bukit tu kan?
Baru-baru ini, kecoh tentang pokok tunggal yang berusia puluhan tahun itu tumbang menyembah bumi.
Ada yang mengatakan bahawa pokok itu sudah terlalu tua dan daunnya juga dah tak serimbun dulu.
Pelbagai reaksi daripada orang ramai turut dikongsi di laman media sosial.



Bukan saja menjadi ikonik untuk pelajar UPM, pokok besar tersebut juga kerap kali muncul di kaca TV dan layar perak.
Paling diingati penonton adalah apabila pokok ikonik ini menjadi latar belakang bagi filem Lagenda Budak Setan lakonan Datuk Farid Kamil dan Lisa Surihani.

Selain itu, pokok ini juga pernah menjadi lokasi untuk klip video Di Penjara Janji nyanyian penyanyi terkenal negara, Awie.

Air Asia tidak ketinggalan untuk mengabdikan lakaran gambar pokok lagenda tersebut pada sebuah badan pesawat atas kerjasama mereka dengan UPM pada 12 September 2017.

Tak dinafikan lokasi pokok besar tu memang sangat menarik. Ramai juga pelajar yang menjadikan tempat itu sebagai port ambil gambar time konvo.
Pastinya ia menjadi menyimpan seribu kenangan buat mereka..
Kredit: Ahmad alMeseiry
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Perlukah Qada Solat Jika Salah Kiblat Selama Ini? Semak Arah Kiblat Tepat Jam 5.16 Petang Ini

Petang ini, umat Islam berpeluang untuk menyemak arah kiblat yang tepat bila mana matahari akan berada tepat di atas Kaabah pada jam 5.16 petang ini.Penentuan arah kiblat melalui fenomena Istiwa Adzam ini adalah peluang terbaik untuk kita menyemak adakah arah kiblat kita selama ini tepat khususnya di kediaman kita duduki kini.
Dalam pada menantikan masa Istiwa Adzam, tentu ramai di antara kita tertanya-tanya adakah sah solat kita selama ini kita tidak mengikut arah kibat yang betul atau tepat?
REMAJA kongsikan penulisan bekas Mufti Wilayah Persekutuan yang kini Menteri Agama, Dato Zulkifli Mohamad Al Bakri yang pernah disiarkan di page Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan pada 2017 mengenai sesetengah aplikasi dalam telefon yang dikatakan tidak tepat menentukan arah kiblat. Adakah sah solat kita atau perlukah di qada jika tersalah arah kiblat?
Dari sudut bahasa, qiblat bermaksud arah (al-jihah) yang kita solat ke arahnya, dan menurut istilah syara’ ia difahami sebagai Kaabah secara mutlaq tanpa mengandungi maksud yang lain.
Tiada khilaf dalam kalangan fuqaha’ bahawa menghadap ke arah Kaabah merupakan syarat sah solat bagi yang berkemampuan.
Allah SWT telah berfirman dalam Al-Qur’an al-Kareem:
{فَوَل وَجْهَكَ شَطْرَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ وَحَيْثُ مَا كُنْتُمْ فَوَلُّوا وُجُوهَكُمْ شَطْرَهُ}
Maksudnya: Maka hadapkanlah wajahmu ke arah Masjid al-Haram, dan di mana dan dimana saja kamu (sekalian) berada, maka palingkanlah wajahmu ke arahnya. (Al-Baqarah ayat 150)
Tafsir Ibnu Kathir juga ada menyebut bahawa ayat tersebut itulah arahan Allah kepada Rasulullah s.a.w. supaya beliau menghalakan mukanya kearah Masjidil-Haram kemana sahaja beliau keluar, juga arahan kepada kaum Muslimin supaya menghalakan muka mereka kearahnya dimana sahaja mereka berada.
Nabi Muhammad SAW pula telah bersabda:
إِذَا قُمْتَ إِلَى الصَّلَاةِ فَأَسْبِغِ الْوُضُوءَ، ثُمَّ اسْتَقْبِلِ الْقِبْلَةَ فَكَبِّرْ
Maksudnya: Jika kamu hendak solat maka sempurnakanlah wudhu, kemudian menghadaplah ke kiblat kemudian bertakbirlah” (HR Bukhari : 1/145)

Adakah Perlu Qadha Solat Jika Didapati Salah Qiblat?
Para ulama’ berbeza pandangan dan pendapat dalam soal ini. Terdapat dua qaul (pendapat):
- Qaul pertama menurut Mazhab Syafi’e berpendapat solat yang telah dilakukan menghadap kearah kiblat yang salah, wajib qadha semula solat yang telah dilakukan. Ianya dipetik daripada Minhaj at-Thalibin, dimana sesiapa solat (ke arah kiblat) berdasarkan ijtihad, kemudian dia mendapat tahu bahawa kiblat itu salah, maka dia wajib qadha solatnya, menurut pendapat yang lebih kuat. Dan ketika dia tahu kesalahannya ketika sedang solat, dia wajib mengulangi semula solatnya.
- Qaul kedua pula berpendapat tidak perlu qadha solat yang telah dilakukan jika ternyata salah kiblat yang dituju. Ianya menurut salah satu qaul mazhab Syafi’iyyah, pendapat mazhab Hanafiyyah dan mazhab Malikiyyah.
Salah satu qaul dalam mazhab Syafi’iyyah menyebut bahawa tidak perlu qadha solat kerana adalah harus untuk berijtihad untuk menentukan arah kiblat solat dan solat apabila yakin arah yang dituju itu tidak salah. Manakala arah kiblat juga tidak diketahui ketepatannya secara hakiki, maka ia berbalik kepada kaedah ‘ijtihad tidak boleh membatalkan ijtihad yang lain.
Menurut pendapat Mazhab Hanafiyyah pula daripada Al-Ikhtiyar li Ta’lil al-Mukhtar:
Jika ada orang tidak tahu arah kiblat dan tidak ada seorang pun yang boleh ditanya tentang kiblat, maka dia boleh berijtihad (dalam menentukan kiblat), dan solatnya tidak perlu diulang, meskipun arah kiblatnya salah. Jika dia tahu kesalahan arah kiblat ketika solat, maka dia terus menukarkan arah kiblat ke arah kiblat yang betul dan meneruskan solatnya. Dan jika dia solat tanpa berusaha mencari arah kiblat yang betul, kemudian ternyata ianya salah, maka wajib keatasnya mengulangi shalat yang telah dilakukan.
Dalam Durur al-Hukkam pula dinyatakan bahawa seseorang itu tidak perlu mengulangi solat jika didapati kiblatnya salah setelah dia berijtihad untuk menentukan kiblat tersebut. Hal ini kerana Allah SWT tidak mentaklifkan seseorang untuk menentukan arah kiblat yang tepat secara hakiki.
Secara kesimpulannya, isu penentuan arah kiblat adalah merupakan perkara ijtihadiyyah dan bersifat zhanniy sahaja. Arah kiblat yang ditentukan oleh pasukan falak syar’ie adalah berdasarkan kaedah-kaedah teknologi moden menggunakan peralatan.
Untuk memudahkan umat Islam, beberapa pihak yang pastinya berniat baik telah mengambil inisiatif mencipta beberapa aplikasi untuk telefon bimbit bagi memudahkan mereka menentukan arah kiblat solat. Namun apabila diselidik, ternyata banyak aplikasi yang didapati tidak menunjukkan arah kiblat yang tepat, bahkan jauh berbeza daripada arah kiblat yang sebenar.
Maka persoalan samada solat yang dilakukan berdasarkan arah kiblat yang dientukan aplikasi tersebut sah ataupun tidak, dan adakah perlu qadha solat tersebut. Kami memilih untuk mentarjihkan pendapat yang mengatakan solat itu sah dan tidak perlu qadha solat tersebut berdasarkan dalil-dalil dan rujukan yang dikemukakan. Ini bersesuaian dengan prinsip yang disebut dalam al-Qur’an al-Kareem:
يريد اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ
Maksudnya: Allah SWT ingin memudahkan kamu, dan tidak mahu menyusahkan kamu.
Firman Allah SWT yang lain:
فَاتَّقُوا اللَّهَ مَا اسْتَطَعْتُمْ
Maksudnya: Bertaqwalah kalian kepada Allah SWT semampu mungkin. (At-Taghabun: 16)
Walaupun begitu jika hanya satu atau dua waktu yang tersilap, kami syorkan untuk diqadha. Tetapi, jika sudah begitu lama dan bertahun, maka kami berpendapat ianya dimaafkan dan tidak perlu qadha.

Peristiwa Istiwa A’dzam
Peluang Menyemak Ketepatan Arah Kiblat Menggunakan Kaedah Tradisional.
Bahan² diperlukan:
1. Kayu lurus (sebaiknya yg ada tapak@boleh berdiri tegak).
2. Masking Tape.
3. Pen Marker.
Cara-cara:
1. Pada 27 Mei
2. Pacakkan/letakkan kayu lurus tersebut di kawasan yg ada sinaran matahari (ada bayang²).
3. Pastikan hari tidak mendung/hujan.
4. Tepat jam 5:16 petang.
5. Lekatkan masking tape lurus mengikut bayang² kayu tersebut.
6. Gunakan pen marker untuk tulis/tandakan arah kiblat.
7. Bayang² adalah ke arah timur, maka kiblat adalah yg di arah bertentangan.
8. Selesai tanda arah kiblat yang tepat.
Penerangan:
Fenomena Istiwa A'dzam ialah kedudukan Matahari tepat berada di atas Kaabah pada 27 Mei* (2020 adalah Tahun Lompat) pada jam 5:16 petang (waktu Malaysia) *Pada tahun biasa, berlaku pada tarikh 28 Mei.
Pada waktu yang sama, di Mekah, iaitu di Kaabah (jam 12:16 tengah hari waktu Mekah) berlaku fenomena 'Hari Tanpa Bayang' kerana matahari tepat berada di atas Kaabah.
Istiwa A'dzam berlaku 2 kali dalam setahun iaitu pada 28 Mei jam 5:16 petang dan 16 Julai jam 5:28 petang. (Leap Year: 27 Mei & 15 Julai).
p/s: Setelah siap tanda arah kiblat, bolehlah kita semak ketepatan Apps Arah Kiblat di smartphone yang sering kita ragu² tu (tertakluk juga keadaan fungsi GPS di peranti dan gangguan magnet).
#SemakArahKiblat
Sumber : JAKIM / Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

