
Berita baik untuk korang yang malas sangat nak menaip text di handphone, ada cara lain yang boleh digunakan untuk memberi pesanan kepada rakan melalui aplikasi whatsapp.
Memang senang gila. Khas untuk pengguna iPhone, boleh ikut saja step yang kami nak kongsi kan ini.
1. Pilih general

2. Kemudian, pilih keyboard

3. Seterusnya, enable dictation

4. Aplikasi whatsapp

Pilih simbol microphone di bahagian bawah
Mudah saja kan? Oh ya, pastikan handphone korang kepada bahasa yang ingin digunakan. Selamat mencuba!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
WhatsApp Pay Diperkenalkan Dengan Ciri Hantar & Terima Wang Melalui Chat

Semalam, pengasas Facebook Mark Zuckerberg telah pun mengeluarkan kenyataan bahawa pihak mereka sudah mula melancarkan pembayaran melalui sistem WhatsApp di Brazil.
Ha, maksudnya selepas ini nak bayar apa-apa boleh pakai WhatsApp saja?
Walau bagaimanapun, ciri ini diperkenalkan di Brazil dan mungkin diperluaskan ke negara lain pada masa akan datang. Selain daripada dapat menghantar dan menerima wang, ciri ini juga turut boleh digunakan dalam membuat bayaran di kedai-kedai tempatan yang menerimanya.

Ciri ini dikuasakan oleh Facebook Pay, sekali gus memudahkan pengguna dan peniaga menggunakan maklumat pembayaran sama di semua platform lain dibawah Facebook dengan kerjasama bank tempatan, termasuklah Banco do Brasil, Nubank, Sicredi dan juga Cielo, iaitu pusat proses pembayaran terkemuka untuk pedagang di Brazil.

Buat masa ini, WhatsApp menyokong pautan kad kredit dan debit daripada beberapa penyedia di Brazil dibawah rangkaian Visa dan Mastercard. WhatsApp mengatakan penghantaran dan penerimaan wang antara pengguna adalah percuma. Tetapi, peniaga akan dikenakan caj pemprosesan apabila menerima pembayaran daripada pengguna.
Namun begitu, ciri ini masih lagi tidak diketahui bila masanya akan dilancarkan ke negara-negara yang lain.
Hm, rasa-rasanya ciri ini memudahkan pengguna di Malaysia ke?
Sumber: Mark Zuckerberg & Amanz
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Syarikat Telco Celcom & Digi BERGABUNG, Pengguna Tak Perlu Bergaduh Lagi

Siapa yang tidak kenal dengan dua syarikat telekomunikasi gergasi di Malaysia iaitu Celcom dan Digi.
Kedua-duanya merupakan jenama telco yang sering menjadi pilihan pelanggan Malaysia untuk melanggan pakej menarik yang ditawarkan.

Jika sebelum ini, pengguna Celcom dan Digi sering bertelagah mengenai siapakah yang menawarkan perkhidmatan internet yang lebih bagus. Sekarang, mereka tidak perlu dah bergaduh kot, hehe..
Digi dan Celcom menerusi Telenor dan Axiata disahkan bakal bergabung secara rasmi setelah satu persetujuan termeterai. Syarikat baharu tersebut akan dinamakan sebagai Celcom Digi Berhad dan transaksi perubahan akan dilakukan pada suku kedua 2021.
Menurut laporan, Telenor dan Axiata masing-masing akan memegang saham sebanyak 33.1% dalam Celcom Digi Berhad dan ia bakal dipengerusikan oleh Dato’ Izzaddin Idris. Manakala, Idhan Nawawi pula dilantik sebagai CEO.

Penubuhan Celcom Digi Berhad ini secara tidak langsung menjadikan Celcom dan Digi sebagai penawar perkhidmatan telekomunikasi terbesar di Malaysia.
Pastinya, jenama-jenama telco lain akan merasa tidak senang duduk dengan berita ini kerana gabungan Axiata dan Telenor ini dianggarkan bernilai hampir RM50 bilion.
Wah…mesti pengguna Celcom dan Digi bangga kan…
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Apple Bakal Perkenalkan iPhone SE Dengan Sokongan 5G Pada Tahun Depan

Tidak dinafikan iPhone SE antara yang menjadi pilihan ramai kerana harganya yang agak rendah dan mampu milik. Tidak seperti iPhone yang lain, keluaran SE ini boleh didapati dengan harga bawah RM2,000.
Terdahulu, iPhone SE 2020 antara yang paling terkini keluaran Apple namun tidak mempunyai rangkaian 5G. Kemudahan 5G hanya bermula dengan model iPhone 12 mini dan iPhone 12.

Namun begitu, Nikkei melaporkan Apple hanya akan menawarkan iPhone dengan sokongan rangkaian 5G sahaja bermula tahun 2022. Perkara ini akan dilakukan dengan kemaskini kepada iPhone SE yang bakal hadir dengan sokongan rangkaian 5G pada tahun hadapan.
Menurut laporan Amanz, Apple akan memperkenalkan iPhone SE 5G pada pertengahan tahun 2022 dan hadir dijana berasaskan cip Apple A15. iPhone SE 5G tersebut akan menggunakan cip Qualcomm X60 untuk modem 5G pada peranti berkenaan.

iPhone SE 5G ini juga dijangka menawarkan rekaan lebih kurang seperti iPhone 8, dilengkapi dengan panel 4.7 inci LCD.
Wah, kalau macam tu besar jugalah saiz model terbaru iPhone SE itu nanti. Cuma harganya masih belum diketahui lagi. Adakah masih boleh didapati dengan harga bawah RM2,000? Sama-sama kita nantikan.
Sumber: (1)
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

