Penyanyi dan bekas peserta Akademi Fantasia musim keenam (AF6), Ahmad Nubhan Ahamad atau lebih dikenali sebagai Nubhan, dijangka hadir ke Mahkamah Syariah Sepang pada Khamis esok bagi prosiding pengesahan lafaz cerai terhadap isterinya, Dr. Afifah Hidayah Ahmad Tawfek.
Menurut laporan media tempatan, sumber terdekat pasangan tersebut memaklumkan bahawa permohonan pengesahan lafaz cerai telah difailkan oleh Nubhan pada awal bulan lalu selepas 10 tahun mendirikan rumah tangga. Prosiding esok merupakan sesi pertama bagi pengesahan lafaz talak berkenaan.
Prosiding Pengesahan Lafaz Cerai Nubhan dan Isteri
“Setakat yang saya dimaklumkan, esok merupakan prosiding bagi pengesahan lafaz talak yang difailkan Nubhan di Mahkamah Syariah Sepang. Bila lafaz cerai itu dibuat kena tanya kepadanya. Mereka berdua akan hadir bersama peguam masing-masing,” kata sumber berkenaan yang enggan dikenali.
Apabila ditanya mengenai punca permohonan cerai tersebut, sumber berkenaan enggan mengulas lanjut namun memaklumkan bahawa pasangan itu kini sudah tidak lagi tinggal sebumbung sejak Ogos lalu.
Ads
Tidak Tinggal Sebumbung
“Mereka sudah tinggal berasingan. Tiga anak mereka yang kesemuanya masih kecil kini berada di bawah jagaan isterinya,” jelasnya lagi.
Sementara itu, peguam yang mewakili Dr. Afifah, Datuk Akberdin Abdul Kader, turut mengesahkan bahawa anak guamnya akan hadir ke mahkamah esok bagi prosiding sebutan pertama kes berkenaan.
Kenyataan Peguam
“Saya difahamkan suami kepada anak guam saya melafazkan talak ketika mereka berdua berada di dalam kereta sekitar akhir Ogos tahun ini,” katanya.
Ads
Walaupun begitu, Datuk Akberdin menjelaskan bahawa keputusan pengesahan cerai mungkin tidak akan dibuat serta-merta kerana biasanya mahkamah akan menjalankan siasatan terlebih dahulu sebelum mengesahkan perceraian.
“Saya tak pasti sama ada hakim akan beri keputusan atau mengesahkan perceraian mereka esok kerana biasanya perlu ada siasatan dulu. Punca diceraikan, kita tunggu sahaja esok,” ujarnya lagi.
Ads
Sebelum ini, Datuk Akberdin, yang juga peguam syarie terkenal, pernah mewakili beberapa selebriti tanah air termasuk Puteri Sarah Liana, Diana Danielle, Hafidz Roshdi, Sharnaaz Ahmad serta Harith Islander dan bekas isterinya, Dr. Jezamine Lim.
Latar Belakang Perkahwinan Nubhan dan Dr. Afifah
Untuk makluman, Nubhan dan Afifah Hidayah yang juga seorang doktor gigi telah mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015 selepas hampir setahun bertunang. Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Aafiya (8), Ahmad Aaffan (6) dan Afzan Nayille (3).
Perkembangan kes pengesahan lafaz cerai Nubhan ini pastinya akan menjadi tumpuan ramai memandangkan pasangan ini pernah menjadi antara pasangan selebriti yang mendapat perhatian peminat dunia hiburan tanah air.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kalau ada pembaca yang membesar dengan komik Ujang, pasti anda akan kenal dengan watak Sahak dalam siri ‘Blues Untuk Aku’ dan ‘Aku Hidup Dalam Blues’ hasil karya kartunis Aie atau nama sebenarnya Shaari Sulong. Kartun bersiri ini mula diterbitkan padapertengahan tahun 90-an lantas menjadi satu karya yang sangat popular biarpun ia tidak bertunjangkan genre komedi seperi kebiasaan siri-siri kartun yang lain.
Dalam satu hantaran di laman facebook kartunis terkenal, Ujang, allahyarham Aie meninggal kira-kira jam 4 pagi di rumahnya yang terletak di Kampung Sungai Manggis, Banting, Selangor. Allahyarham dikatakan menderita sakit buah pinggang sejak sekian lama dan meninggal dunia kerana komplikasi penyakit tersebut.’
.
Mengimbau kembali populariti karya ‘Blues’ ini, karakter Sahak direka kerana ketika itu budaya grunge sangat menebal dalam kalangan remaja di Malaysia. Bermula dengan karya dengan nama ‘Aku Hidup Dalam Blues’. Karya ini merupakan hasil kolaborasi Aie dengan penulis Toyon. Namun, siri tersebut tergantung dan tidak memiliki kesudahan. Menurut sumber, allahyarham Aie tidak dapat meneruskan ‘Aku Hidup Dalam Blues’ kerana isu hakcipta yang mana penerbit merupakan pemegang hak cipta kartun terbabit.
Selain siri ‘Blues’ ini, allahyarham juga terkenal dengan karakter Abe yang menjadi watak ikonik dunia kartun ketika itu kerana menggambarkan watak kanak-kanak lelaki terencat akal yang menghadapi liku-liku hidup suka dan duka semasa tinggal di sebuah kampung
Kerjaya awal allahyarham sebagai kartunis bermula di majalah Jenakarama, diikuti majalah Kartun Disney ‘Mickey” (edisi bahasa Melayu),Ujang, Starz, Utopia, G3, Jom, Boboi dan Gila-Gila. Allahyarham juga pernah berkhidmat sebagai animator bagi animasi Usop Sontorian terbitan Kharisma Picture pada tahun 1993 selain turut terlibat dalam voice-over untuk animasi Usop Sontorian bagi watak Singh dan Arba.
Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah untuk allahyarham.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bagaikan ribut yang berlalu pantas, begitulah hubungan antara bintang pop sensasi Justin Bieber dan buah hatinya yang kini bergelar tunangannya, Hailey Baldwin.
Hubungan mereka berdua kini menjadi antara tajuk utama berita hiburan di Amerika Syarikat sama ada di media cetak dan juga elektronik.
Selepas mengejutkan ramai pihak dengan berita Jsutin melamar Hailey, kini semua orang seakan-akan berteka-teki bilakah majlis perkahwinan Justin dan Hailey akan berlangsung.
Well, nampak gayanya perkahwinan mereka berdua yang bakal menjadi salah satu wedding of the year akan berlaku lebih cepat daripada ramai orang sangka.
Bercakap dengan TMZ, Justin yang kini dalam rangka promosi single barunya bersama DJ Khaled bertajuk ‘No Brainer’ berkongsi satu statement yang menarik.
Bila ditanya tentang Hailey dia tersenyum dan berkata, “What next? Getting married”. Perkongsian itu ringkas sahaja namun ia memberikan implikasi besar terhadap hala tuju hubungan mereka berdua dan juga kerjaya Justin sebagai penyanyi amnya.
Apakah ertinya di sebalik perkongsian Justin itu? Pertama sekali, mereka berdua sememangnya sangat cocok (sorry Selena fans) dan kedua, their wedding is around the corner! Mungkin sudah sangat dekat dan akan berlaku bila-bila masa sahaja.
Malah, Justin dan Hailey dilihat bertemu dengan seorang pastor pada 29 Julai lalu. Yang menariknya Hailey turut membawa buku nota bersama. Buku perancangan persiapan majlis kahwin mungkin?
Justin dan Hailey dilihat bertemu dengan seorang pastor.
Buat masa sekarang masih belum ada pengumuman bilakah mereka berdua akan melangsungkan perkahwinan. Tetapi apa yang pasti ia pasti akan berlaku.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jika di Malaysia, kita sudah melakukan persediaan rapi untuk minggu-minggu yang sudah dikenal pasti sebagai ‘long holiday’.
Cuti pada hari Isnin dan Selasa sebagai contoh dipanjangkan hingga ke Ahad seterusnya. Itulah kita masyarakat di Malaysia, begitu pakar untuk mengatur perjalanan bercuti.
Namun, situasinya nyata berbeza di Jepun.
Bermula 28 April lalu, rakyat di sana menyambut cuti panjang atau lebih dikenali sebagai Golden Week. Cuti selama 10 hari ini juga berkaitan denganacara peralihan takhta Maharaha Akihito yang diserahkan kepada Putera Mahkota Naruhito.
Acara peralihan pada asalnya hanya mengambil tempoh 2 hari (pada 30 April dan 1 Mei). Namun cuti tersebut berlarutan sehingga 8 Mei kelak apabila beberapa hari cuti lain bertembung berturut-turut.
Maharaja Akihito dan Maharani Michiko kelihatan ceria selepas upacara peralihan takhta berakhir kelmarin.
Ia bermula 29 April lalu ketika rakyat Jepun menyambut Hari Showa untuk memperingati hari kelahiran Maharaja Showa (Hirohito). Ia diikuti dengan cuti 2 hari untuk acara peralihan sebelum disambung cuti sempena Hari Peringatan Konstitusi (3 Mei), Greenery Day (4 Mei) dan Hari Kanak-Kanak (5 Mei).
Kedua-dua cuti terakhir itu kemudiannya dibawa ke hari Isnin dan Selasa which means, lebih banyak lagi hari percutian!
Sempena Golden Week ini, rakyat Jepun selalunya akan menaikkan bendera ikan seperti ini.
Jika sesuatu seperti ini berlaku di Malaysia, kita sudah pasti merancang percutian panjang untuk ke luar negara, balik kampung atau melakukan program-program tertentu.
Namun di Jepun, rakyat mereka sudah terbiasa dengan rutin bekerja keras sehinggakan mereka tidak boleh duduk diam walaupun dalam mood bercuti.
Menurut laporan media di Daily Mail, 45% rakyat Jepun tidak berasa gembira apabila cuti 10 hari ini diumumkan secara rasmi oleh kerajaan mereka. Ini membuatkan mereka lebih bingung untuk memikirkan bagaimana untuk merancang percutian dan apa yang akan terjadi kepada kerja yang tertangguh di pejabat.
Mirip Jalan TAR semasa bulan Ramadan dah di Shibuya, Tokyo.
Mereka juga khabarnya merungut mengenai kos percutian seperti kos pengangkutan dan kos penginapan yang semakin tinggi baru-baru ini.
Hanya 35% yang ceria dengan Golden Week manakala selebihnya adalah golongan yang belum atau tidak bekerja.
Hhm, mungkin rakyat Jepun boleh pelajari manfaat bercuti dan itenerari terbaik daripada rakyat Malaysia. Hehe..
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kisah menyentuh hati Leong Kun Xuan yang berusia 10 tahun sanggup menderma sel stem demi menyelamatkan bapanya yang menghidap leukemia, sehingga meraih perhatian dan sokongan masyarakat.