Pengeluaran i-Citra Dicepatkan, Pemohonan Dibuka Bermula Esok

Share

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini telah mengumumkan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih) bagi membantu rakyat dan ekonomi yang terjejas ketika ini.

Pelaksanaan i-Citra  diperkenalkan bagi memberi Bantuan Khas COVID-19 kepada isi rumah dan bujang miskin tegar, B40 dan M40, turut diumumkan kemudahana pengeluaran KWSP dibawah nama baharu iaitu i-Citra.

Terbaru, KWSP mempercepatkan permohonan pengeluaran i-Citra iaitu boleh dibuat mulai esok (12 Julai).

 

Tambah KWSP menerusi laman web, permohonan boleh dibuat mulai 12 Julai 2021 hingga 30 September.

Menurut badan itu, permohonan boleh dilakukan di icitra.kwsp.gov.my dengan jumlah maksimum pengeluaran RM5,000 bergantung kepada baki akaun pemohon.

Sebelum memohon i-Citra

1. Pastikan nombor telefon bimbit yang telah dikemas kini untuk menerima Transaction Authorisation Code (TAC).

2. Pastikan akaun bank yang diberikan kepada KWSP semasa pendaftaran masih aktif, milik sendiri dan bukan akaun bersama.

Selamat mencuba!

Sumber: KWSP

IKLAN