Pemuda Berusia 17 Tahun, Aqil Arazi Sertai Kelab Bola Sepak Perancis

Share

Seorang lagi pemain muda negara, Aqil Arazi yang berusia 17 tahun dilaporkan menyertai kelab divisyen lima Perancis iaitu Cannes yang terkenal kerana berjaya melahirkan pemain bola sepak terkenal seperti Zinedine Zidane dan Patrick Vieira.

Selepas menjalani tempoh pemilihan selama dua bulan, Aqil akhirnya diterima masuk ke kelab tersebut dan berazam mahu merebut tempat dalam kesebelasan utama.

“Ini langkah pertama selepas dua bulan menjalani latihan dan pemilihan, saya diterima dan didaftarkan untuk bermain di kelab AS Cannes di Perancis. Langkah seterusnya adalah untuk bersaing merebut tempat dalam kesebelasan utama,” jelas Aqil dalam laman Instagramnya.

Aqil turut berkongsi perkembangan semasa dirinya dan menjelaskan bahawa kelab itu mempunyai sejarah dalam melahirkan pemain terbaik dan dia berasa bertuah kerana terpilih.

“Tak dapat nak bandingkan dengan pemain ini semua. Tak mengapa saya akan cuba lakukan yang terbaik.

Nampaknya Aqil bakal mengikut jejak langkah pemain negara Luqman Hakim Shamsudin dan Safawi Rasid yang masing-masing telah berpangkalan di luar negara.

Syabas kami ucapkan diharap Aqil akan terus sukses dan dapat mengharumkan nama Malaysia di mata dunia.

Sumber: Instagram Aqil Arazi

IKLAN