Bila menyebut soal kematian, kehilangan orang tersayang akan membuatkan kita berasa amat sedih. Bayangkan jika yang meninggal itu, kedua ibu bapa, adik beradik, suami atau isteri dan juga anak-anak atau orang yang dekat dan kita sayang.
Namun di sebalik kematian yang akan dirasai oleh setiap makhluk yang bernyawa seperti mana janji Allah taala, mereka yang masih hidup ini perlu meneruskan kehidupan selagi mana hayat tersisa.
Baru-baru ini, tular video seorang pemuda dilaman sosial dikenali Detective Wan dengan membacakan talkin buat arwah neneknya, Maimunah Abdul Hamid, mengundang sebak dan meruntun hati netizen yang menyaksikannya.
Menerusi video itu, pemuda yang memakai baju berwarna putih itu sedaya upaya menahan daripada menitiskan air mata dan terus membacakan talkin sambil disaksikan oleh ahli keluarga lain yang hadir.
Bacaan talkin yang dilakukan tanpa melihat sebarang teks dan secara terus itu juga secara tidak langsung menimbulkan keinsafan dikalangan warganet yang menontonnya.
Tuan-tuan yang dirahmati Allah, sesungguhnya talkin pada hari ini bukanlah talkin kepada si mati, jenazah, sedangkan talkin pada hari ini, talkin kepada kita semua.
“Mengingatkan kita kepada mati, mengingatkan kita kepada alam akhirat. Berapa ramai orang yang tak sangka dia akan mati esok.
Ads
“Anak-anak muda mahu pun orang tua yang sedang bersuka ria yang sedang gelak ketawa di kedai kopi, sedangkan mereka tidak tahu bahawasanya kain kapan mereka sudah pun dipotong,” katanya dalam talkin itu.
Video dengan jumlah tontonan seramai 4.2 juta netizen itu turut menerima maklum balas positif dan memuji tindakannya yang dianggap sebagai contoh terbaik anak muda.
Alfatihah dan syabas buat pemuda ini, semoga talkin yang dibaca ini sampai kepada semua umat manusia .
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Seperti yang kita sedia maklum Ukraine ketika ini berada di dalam kancah peperangan dengan Rusia. Disebabkan konflik yang berlaku, ramai rakyat kehilangan tempat tinggal dan tidak kurang juga kehilangan nyawa.
Menghadapi serangan daripada Rusia, pihak pemerintahan Ukraine mengerahkan tenteranya untuk sedaya-upaya mempertahankan negara. Di sebalik kegagahan dan semangat yang ditonjolkan tentera terdapat seekor anjing kecil yang turut sama berbakti.
Anjing jenis Jack Russel Terrier tersebut merupakan anjing pengesan bom yang ketika ini sudah berjaya mengesan lebih 90 bom yang tidak meletup bagi memastikan orang awam tidak tercedera. Dikenali dengan nama Patron, anjing tersebut menjalankan ‘tugasnya’ dengan bersungguh-sungguh.
Bagi menghargai jasa si comel ini. Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy telah menganugerahkan medal “Untuk Perkhidmatan Berdedikasi” sebagai tanda terima kasih. Dalam majlis yang diadakan di Kiev itu, Perdana Menteri Kanada, Justine Trudeau turut serta untuk menyaksikan majlis penganugerahan.
“Hari ini akan terukir dalam ingatan saya seumur hidup, kerana pada hari ini Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky di hadapan Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau menganugerahkan tuan saya anugerah negara Ukraine – Darjah Ijazah Keberanian III, dan saya dengan pingat Untuk Perkhidmatan Berdedikasi,” tulis pemilik Patron di laman Instagram yang didedikasikan pepada anjing itu.
Membuatkan suasana lebih comel, Patron dilihat ceria sambil menggoyangkan ekornya tanda dia gembira dan selesa dengan apa yang berlaku di sekeliling.
“Saya mahu menganugerahkan wira Ukraine yang sudah membersihkan bom bawah tanah, dan bersama-sama dengan wira kita, seekor si kecil yang hebat, Patron, yang membantu bukan sahaja untuk meneutralkan bahan letupan, tetapi juga untuk mengajar anak-anak kita peraturan keselamatan yang diperlukan di kawasan yang terdapat ancaman lombong,” kata Zelenskyy mengenai penganugerahan yang diberikan kepada Patron.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kalau korang perasan sebelum ni Plus Malaysia Berhad (PLUS) pernah menyediakan kemudahan hotel di R&R tetapi disebabkan tidak mendapat sambutan, hotel tersebut telah pun ditutup.
Namun begitu, kini pihak PLUS sekali lagi bercadang untuk membina kapsul tidur bagi pengguna Lebuhraya Utara-Selatan berehat dan melepaskan penat. Sesuai sangatlah kalau tiba musim perayaan, mesti jalan penuh sesak yang bakal membuatkan kita letih serta mengantuk.
“Dahulu PLUS pernah membuka hotel di sepanjang lebuh raya tetapi terpaksa menutupnya kerana tidak mendapat sambutan dan kita dapati pemandu mahukan tempat tidur hanya untuk ‘quick nap’ dan tidak memerlukan hotel seharian,” jelas Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail.
Kami sangat bersetuju dengan inisiatif yang ingin dibuat kerana dengan menyediakan kapsul seperti ini mungkin juga memudahkan untuk mereka yang bergerak seorang. Harganya tentu sekali jauh lebih mudah dan berpatutan.
Walau bagaimanapun, perkongsian yang telah di buat oleh Amirul Ahmad di page Backpackers Buddies Malaysia (BBM) mendapat perhatian netizen dan mereka menyarankan sekiranya projek ini benar-benar terjadi, harga kapsul yang ditawarkan biarlah yang berpatutan.
Ubah dulu mentaliti
Semoga inisiatif ini memberi manfaat kepada seluruh pengguna jalan raya PLUS. Setiap kemudahan yang diberikan haruslah diguna dengan sebaik mungkin. Apa-apa pun pilihan tetap di tangan korang.
Berita baik untuk korang yang sedang mencari pekerjaan
Menteri Wilayah Perseketuan, Tan Sri Annuar Musa menjelaskan bahawa khidmat golongan belia diperlukan untuk mengisi kekosongan 1,000 lot perniagaan baharu seperti kios dan trak makanan kepada golongan muda dan mereka yang hilang pekerjaan akibat wabak COVID-19 bermula 1 Julai ini.
Menurut beliau lagi, Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) akan menempatkan kesemua lot perniagaan itu di lokasi strategik (hotspot) yang menjadi tumpuan di Kuala Lumpur serta Putrajaya dengan kadar sewa yang berpatutan.
Permohonan secara dalam talian akan dibuka kepada pemohon mulai 1 Julai dan berharap golongan muda dan mereka yang hilang pekerjaan supaya membuat permohonan, dan kementerian akan bertindak tegas memastikan tiada pihak mengambil kesempatan termasuk menyewakannya kepada warga asing, kata beliau.
“Buat permulaan ini, 400 kios kecil dan besar akan ditempatkan di kawasan strategik seperti tempat pejalan kaki dan tumpuan pelancong di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Bintang Walk, Little India dan sekitar Bangunan MARA dan termasuk perhentian bas di ibu negara dan Putrajaya.
Selain itu, 400 lot lagi adalah untuk trak makanan di lokasi yang kita rasakan sesuai manakala 200 lagi adalah lot di dalam pusat membeli belah seperti di Berjaya Times Square dan sebagainya,” katanya.
Menurut Annuar, sebahagian kios berkenaan telah siap disediakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, selain peniaga boleh membina kios sendiri mengikut saiz dan reka bentuk yang telah dipersetujui.
“Pembinaan kios kali ini mesti cantik sebagai tarikan kepada pelancong dan kita mahu ia tidak menghalang lalu lintas, tidak menimbulkan masalah kepada peniaga lain dan paling penting adalah aspek kebersihan yang mesti diutamakan,” katanya.
Annuar berkata kementeriannya akan bekerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan dan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dalam mendapatkan modal perniagaan dan latihan-latihan berkaitan yang diperlukan.
Diharap inisiatif yang diambil oleh kerajaan ini direbut oleh mereka yang mahu mulakan perniagaan tetapi tidak menjumpai platform yang sesuai terutamanya golongan remaja. Yelah sekarang ni memang struggle untuk mendapatkan pendapatan.
Sumber: Bernama
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!