Peminat Terkejut Britney Spears Muat Naik Foto Bogel Di IG

Share

Penyanyi pop popular dunia, Britney Spears membuatkan ramai peminat risau akan kesihatan mentalnya kerana bintang ternama itu baru-baru ini telah memuat naik beberapa gambar bogel di laman instagramnya.

Britney hanya menutup bahagian sulitnya dengan emoji dan berdasarkan kenyataannya di hantaran tersebut, foto berkenaan diambil tidak lama dahulu sebelum dia mendapat tahu dirinya hamil.

Photo dump of the last time I was in Mexico BEFORE there was a baby šŸ‘¶šŸ¼ inside me ā€¦ why the heck do I look 10 years younger on vacation.

Instagram: @britneyspears

Hantaran tersebut mendapat respon berbeza, ada yang menyokongnya dan tidak kurang juga ramai yang meminta agar Britney berhenti bersikap sedemikian dan mengatakan bahawa selebriti ini memerlukan bantuan.

Sebelum ini kisah hidup Britney pernah menjadi bualan ramai, iaitu kemelut yang berlaku diantara dia dan ayahnya yang dikatakan terlalu mengawal pergerakan bintang pop ini termasuklah mengawal kewangan anaknya itu.

BACA: Pada Usia 39 Tahun, Britney Spears Akhirnya Bersuara

Namun semuanya berubah apabila Jamie telah dilucutkan hak penjagaan selepas 13 tahun terhadap Britney. Malah, kisah hidup selebriti ini turut dikongsi di kaca televisyen menerusi dokumentari ā€œBritney vs. Spearsā€ yang ditayangkan di saluran Netflix.

BACA: Bapa Britney, Jamie Spears Akhirnya Dilucut Hak Sebagai Penjaga

BACA: Netflix Lancar Trailer Dokumentari ā€˜Britney vs Spearsā€™, Tak Sabar 28 September Ini

Apa-apa pun diharap agar selebriti ini berada dalam keadaan baik-baik sahaja.

Sumber: (1)

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ā 

IKLAN