Peminat Tak Sabar Nantikan Reunion ‘FRIENDS’, Kamu Pasti Terkejut Bayaran Pelakonnya

Share

 

Enam orang rakan karib korang akhirnya kembali bersama!

 

Ya, FRIENDS bakal melakukan reunion setelah memulakan siri ikonik tersebut sejak 25 tahun yang lalu.

Ini disahkan oleh setiap pelakonnya yang memuat naik foto terbaru mereka berenam dengan caption, “It is happening...”

*squels*

Permintaan peminat yang fanatik dengan siri tersebut nyata membuahkan hasil. Walaupun sudah banyak kali pelakon FRIENDS menidakkan siri tersebut untuk kembali semula atau dijadikan dalam bentuk filem, reunion

ini bakal menjadi kenyataan.

Para pelakonnya; Jennifer Anniston, Lisa Kudrow, Courtney Cox, Matt LeBlack, Matthew Perry dan David Shwimmer sedang bersiap sedia untuk menandatangani kontrak mereka bersama HBO Max.

Menurut laporan Wall Street Journal, kesemua pelakon tayangan istimewa FRIENDS ini pada awalnya ditawarkan bayaran $1 juta setiap seorang. Dan mereka semua mengatakan TIDAK kepada tawaran itu.

Jelas, mereka tahu berapa nilai sebenar untuk memberi kejutan pada peminat Friends.

Kesudahannya, mereka semua dijangka akan menerima bayaran setinggi $3 ke $4 juta, bersamaan dengan $20 juta yang dibayar oleh platform atas talian, Netflix untuk menayangkan FRIENDS selama setahun.

Selepas tamat tempoh setahun itu tak lama lagi, Warner Brothers bakal mengambil semula hak penyiaran dan menyerahkannya krpada HBO Max. Nampaknya, tak dapatlah kita menonton semula FRIENDS di Netflix selepas ini.

Bukan Format Siri Komedi

Sebelum korang excited untuk menonton ‘musim terbaru’ FRIENDS tak lama lagi, well hold your excitement guys!

Episod istimewa ini khabarnya akan mengimbas kembali perjalanan siri popular yang bermula 25 tahun lalu. Ia akan disertakan dengan temuramah bersama pelakonnya dan akan mempunyai hos.

Ura-ura mengatakan Ellen Degeneres bakal menjadi hos tersebut memandangkan beliau selalu menjemput pelakon FRIENDS terutamanya rakan baiknya, Jennifer Anniston ke set rancangan tembual, ELLEN.

*

Siapa lagi tak sabar seperti REMAJA? Korang rasa Cole Sprouse akan terlibat sama?

IKLAN