Peminat Tak Keruan Taemin SHINee Buat Badan, Siapa 7 Lagi Artis K-Pop Comel Berbadan ‘Sado’?

Share

 

Selalunya peminat K-Pop akan didedahkan dengan kecomelan idol lelaki mereka.

 

Namun dalam diam dan di sebalik rupa paras comel mereka, ada di kalangan penyanyi K-Pop ini yang giat membuat badan. Sampai tak keruan lah peminat melihat setiap kali ‘dibelanja’!

Semalam, anggota SHINee termuda iaitu Taemin memuat naik satu klip video di Instagram-nya semasa di gimnasium. Hhm, berotot ya..

 

01

Taemin SHINee

Taemin nampaknya sedang membentuk otot belakang badannya. Korang cuba tengok sendiri, terliur tak? Hiks

! Agak-agak, Taemin ingin mengikut jejak langkah hyung-nya, Minho yang dikenali dengan badan berotot.

02

Baek Ho NU’EST

 

Bukan saja badan atletik Baek Ho menjadi idaman wanita, tetapi ramai peminat yang menyukai personaliti bad boy apabila badannya juga bercacah tatu.

 

03

Jungkook BTS

Nampak saja mata bundar Jungkook ini kelihatan innocent seperti budak lelaki, tetapi apabila sisi seksi penyanyi ini terlihat di atas pentas, ramai yang terkejut melihat bahagian abs yang lengkap dengan 6-packs!

 

04

Chanyeol EXO

Dia merupakan salah seorang artis K-Pop lelaki yang sering dipuji kerana memiliki fizikal yang hampir sempurna. Pada ketinggian 185sm, Chanyeol mempunyai bentuk badan yang slim tetapi berotot pada bahagian lengan, bahunya yang bidang dan – hhm – abs!

 

05

Kai EXO

Seorang lagi anggota kumpulan EXO yang mempunyai fizikal menawan. Tak hairanlah Kai selalu digelar dancing machine bagi kumpulan EXO. Bagaikan tiada lemak langsung pada badannya.

 

06

Minhyuk BTOB

Ada beberapa orang bintang K-Pop yang telah menghiasai halaman cover majalah Men’s Health Korea Selatan. Minhyuk dikenali sebagai salah seorang artis yang atletik yang selalu work out dan mempunyai skil akrobatik.

 

07

Wonho MONSTA X

Kalau nak ikutkan, Wonho ialah antara selebriti lelaki yang selalu ‘belanja’ badannya yang berotot kepada peminat. Walaupun bermuka comel, namun korang jangan tertipu dengan dengan kemampuannya untuk ‘membuat’ badan.

 

 

IKLAN