Peminat Risau & Harap Taeyeon, IU, Krystal, Heechul, Minho Tabah Dengan ‘Kehilangan’ Sulli

Share

Cyber bullying kini seakan sudah menjadi satu epidemik baru yang muncul tanpa henti di kalangan pengguna Internet di seluruh dunia.

Terbaru gempar satu dunia semalam apabila penyanyi dan juga pelakon kelahiran Korea, Sulli atau nama sebenarnya Choi Jin-ri iaitu bekas ahli f(x) telah ditemui meninggal dunia keseorangan di dalam rumahnya dengan punca kematian dikenalpasti seperti membunuh diri.

Terdahulu, Sulli pernah menyepikan seketika dirinya dari dunia hiburan kerana tekanan mental dan fizikal akibat komen-komen negatif netizen.

Namun heboh di platform Twitter apabila ada seorang peminat Sulli memuat naik video terakhir beliau dengan ayat “that’s why don’t misunderstand me, im not a bad person” mungkin kata-kata terakhirnya ini ditujukan kepada semua pembuli cyber?

Sebelum ini Sulli seringkali menjadi mangsa kecaman netizen kerana perkara-perkara kecil yang tak mendatangkan persetujuan daripada mereka, contohnya perbuatannya tidak memakai sarung dalam sehingga dengan kadang-kadang secara tak sengaja mendedahkan bahagian payu daranya, lihat lebih memedamkan perasaannya walaupun kadang-kadang beliau ada menyuarakan kejadian buli siber di laman sosialnya.

Menjelang hari-hari kematiannya, fizikal Sulli yang tampak semakin mengurusdaripada kebiasaan dan beliau juga pernah memuatnaik video di laman instagram sebelum dipadamkan kemudiannya, mengaku sedang menderitai sakit panik dan ketakutan sosial sejak kecil lagi.

Peminat turut berharap rakan-rakan rapat seperti Taeyeon, IU, Krystal, Heechul, Minho dan yang  ‘Closed’ dengan Sulli tabah menerima dugaan dan kehilangan Sulli.

drama lakonan Sulli termasuklah SBS To The Beautiful You yang merupakan adaptasi drama Jepun, Hana Kimi.

 

IKLAN