Bagi memastikan para pelanggan berpuas hati dan gembira membeli belah atas talian, platform e-dagang popular, Shopee menambah baik perkhidmatan mereka.
Sebaliknya, servis kurier terbabit akan mengunakan pilihan perkhidmatan “Shopee Self Collection”.
Hadir dengan sebuah ciri baharu, pengguna boleh menetapkan supaya barangaan dihantar ke pusat sehenti, dan seterusnya mengambil barangan berkenaan mengikut keselesaan masa pengguna.
Ads
Dengan langkah ini, tidak perlu risau ketiadaan orang apabila barang sampai di rumah.
Malah, Shopee tidak lagi mengenakan sebarang cas penghantaran untuk pengambilan barangan sendiri daripada pusat-sehenti berdekatan.
Dengan langkah ini, anda boleh membuat pembelian dan meminta ia dihantar ke pusat sehenti berhampiran – seterusnya mengambil ia sendiri daripada pusat sehenti berdekatan anda, tanpa sebarang kos penghantaran.
Ads
Bagi anda yang kerap menggunakan Shopee, kini mungkin anda boleh berjimat dengan melakukan kutipan kendiri daripada pusat sehenti, sekaligus mengurangkan bayaran kepada caj penghantaran. Ciri ini hanya disokong di Lembah Klang buat masa ini.
Ads
Menarikkan?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kami pasti hampir seluruh rakyat Malaysia mengikuti aksi cemerlang penerjun remaja negara, Nur Dhabitah Sabri dalam peringkat akhir acara 3m papan anjal individu wanita pada sebelah petang tadi.
Dhabitah berjaya memperbaiki kedudukan keseluruhannya dalam acara tersebut dan menamatkan saingan di Sukan Olimpik Tokyo 2020 pada kedudukan keempat daripada 12 orang penerjun wanita. Ia merupakan satu pencapaian yang cukup memberangsangkan; memandangkan kelima-lima terjunan Dhabitah pada hari ini cukup konsisten dan dilakukan dengan amat kemas.
Sudah tentu kami semua berbangga dengan pencapaian tersebut dan tidak sabar menantikan peningkatan penerjun berusia 22 tahun ini dari semasa ke semasa dalam kejohanan antarabangsa pada masa akan datang!
Dalam pada penulis fokus menantikan giliran Dhabitah pada setiap pusingan (I kept on thinking, “Bitah selepas penerjun Jerman, jangan terlepas!”), tiba-tiba mata penulis terarah kepada kelibat penerjun pingat emas acara 10m platform seirama dari Great Britain (GB) iaitu Tom Daley.
Tom yang berada di tempat duduk penonton bagi memberikan sokongan kepada atlet GB yang beraksi pada hari ini mencuri tumpuan kru kamera disebabkan oleh apa yang sedang dilakukannya semasa menonton.
Siapa sangka, juara dunia berusia 27 tahun sedang mengait fabrik untuk dijadikan baju, skaf atau vest!
Dari jauh, kelihatan Tom memilih benang wool berwarna merah jambu dan krim. Sudah tentu, warganet yang juga sedang menyaksikan siaran langsung acara itu pantas mengambil foto dan video Tom untuk dimuat naik ke Twitter.
Bagi korang yang tidak mengikuti Vlog mingguan/bulanan Tom di saluran YouTube-nya, dia menjadikan aktiviti mengait sebagai hobi sejak beberapa tahun lalu. Kini, Tom semakin kreatif dan pandai menyiapkan pelbagai jenis pakaian serta aksesori!
Baginya, mengait bukan hanya dianggap sebagai hobi masa lapang tetapi juga merupakan cara berkesan mengelakkan rasa tertekan apabila bergelar atlet.
Antara hasil kait yang pernah dikongsikan Tom dalam videonya adalah sweater hitam-putih bagi dia dan anaknya Robbie, topi Robbie, jumper berwarna pelangi, sweater berbutang dan paling menarik (bagi pendapat penulis) adalah dress yang diinspirasikan daripada jenama Gucci. Kata Tom, dia dapat berjimat 1,750 pound hanya dengan menyiapkan dress tersebut.
Sweater hitam-putih bagi dia dan anaknya Robbie. Foto : Tangkap layar Vlog Tom Daley.Topi anaknya, Robbie. Foto : Tangkap layar Vlog Tom Daley.Jumper pelangi. Foto : Tangkap layar Vlog Tom Daley.Sweater berbutang. Foto : Tangkap layar Vlog Tom Daley.Dress yang diinspirasikan daripada jenama Gucci. Foto : Tangkap layar Vlog Tom Daley.
Malah, Tom juga selalu membawa bersama projek mengait terbarunya setiap kali dia menjelajah ke negara baru untuk bertanding.
Lihat sajalah beberapa lagi hasil mengait Tom yang dibawanya ke Kejohanan Fina World Cup di Tokyo, Jepun pada Mei 2021.
Sebagai atlet, tentunya Tom banyak memikirkan soal bertanding dan kemenangan buat GB. Dengan hobi mengait ini, dia dapat melupakan seketika harapan menggunung yang dipikulnya bagi mendapatkan pingat emas.
Bagi korang yang tertarik untuk melihat lebih banyak hasil ciptaan Tom, korang boleh melawati akaun Instagram khas bernama Made With Love By Tom Daley ini. Untuk pengetahuan, Tom masih berada di Tokyo bagi acara terakhirnya, terjun 10m platform individu lelaki pada hari Jumaat hadapan.
*
Sebenarnya, ramai juga atlet negara memilih hobi kreatif seperti ini demi melupakan tekanan. Contohnya, atlet karate Sara Yap yang berbakat melukis.
Jika sebelum ini kami ada menyiarkan informasi tentang Touch n Go eWallet lancar kempen e-tunai rakyat yang membolehkan korang menerima RM30, sudah tiba masanya apabila esok merupakan hari untuk korang menebus jumlah kredit tersebut.
Menteri Kewangan Lim Guang Eng berkata, kerajaan memperuntukkan RM450 juta bagi tujuan itu di bawah pelaksanaan program e-Tunai Rakyat. Tiga pengendali e-dompet terpilih adalah Grab, Boost dan termasuklah Touch n Go.
Korang yang berumur 18 tahun dan ke atas serta berpendapatan kurang daripada RM100,000 setahun layak menerima wang e-tunai tersebut.
Menurut laporan Malaysiakini lagi, pengendali e-dompet juga akan menambahbaik pemberian RM30 wang percuma yang dibiayai oleh kerajaan dengan memberi insentif tersendiri.
Ini bermakna, korang yang layak mungkin akan menerima lebih daripada RM30 melalui inisiatif tersebut dan jumlahnya akan diumumkan sendiri oleh tiga pengendali berkenaan esok.
Inisiatif ini dibentuk bagi meluaskan lagi penggunaan pembayaran digital dalam kalangan pengguna dan peniaga terutamanya dalam sektor runcit.
So apa lagi guys, esok seawal jam 8 pagi korang dah boleh tebus di aplikasi yang dinyatakan tadi.
Cubalah buat, mana tahu ada rezeki.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Senarai barisan Jemaah Kabinet baharu telah pun diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebentar tadi dan apa yang menarik perhatian ramai adalah apabila nama Khairy Jamaluddin disebut sebagai Menteri Kesihatan Malaysia.
Sebelum ini, laman Facebook Public Health Malaysia telah pun membuat tekaan dengan menyuruh warganet meneka siapakah individu yang layak memegang jawatan sebagai Menteri Kesihatan dan hari ini, secara rasminya KJ telah dilantik menjadi orang kuat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Keputusan itu nampaknya menarik perhatian ramai dan masyarakat seperti berpuas hati dengan pelantikan itu.
Warganet tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan tahniah kepada YG KJ.
Apa-apa pun tahniah diucapkan kepada KJ dan semoga mampu menggalas tanggungjawab yang besar ini bagi membendung penularan COVID-19. Seluruh rakyat Malaysia mengharapkan agar KJ dapat melaksanakan tugas dengan baik.