
Penyampai berita, Raymond Goh dilaporkan meninggal dunia di sebuah hospital di sini pada pukul 10.40 pagi tadi.
Menerusi laporan Astro Awani, difahamkan solat jenazah akan diadakan di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur selepas solat Asar dan akan dikebumikan Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.

Allahyarham Raymond atau nama Islamnya, Mohd. Zaman Goh dilaporkan berada dalam keadaan kritikal selepas diserang angin ahmar pada 30 Ogos lalu.
Sekadar informasi, penyampai berita bersuara emas itu memulakan kerjaya sebagai penyampai berita di 7 O’clock News dan sebelum beralih kepada Nightline di TV3.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Cecah RM200 Sepokok, Lidah Jin Dicuri Kerana ‘Berharga’ Sekarang!

Snake Plant atau pun lebih dikenali sebagai pokok lidah jin katanya telah diiktiraf oleh NASA sebagai salah satu jenis pokok yang boleh hilangkan toksin dan cuci udara di dalam rumah.
Memang dengar macam tak masuk akal, tapi ia benar-benar berlaku di Terengganu.

Kalau sebelum ini, ramai yang cuba ambil kesempatan untuk menjual tumbuhan tersebut dengan harga yang tinggi. Seorang penggangur nekad mencuri pokok lidah jin gara-gara terperdaya dengan tular yang mendakwa harga pokok hiasan itu dikatakan boleh mencecah sehingga RM200 sepokok.
Menurut sumber, kejadian berlaku di sebuah pusat asuhan kanak-kanak di Kuala Berang kira-kira 6.15 petang pada 24 Jun lalu.
Katanya, kehadiran suspek dalam keadaan mencurigakan di kawasan pusat asuhan berkenaan disedari seorang pengajar.
“Wanita terbabit kemudian mengajak rakannya untuk membuat pemeriksaan dan suspek memaklumkan singgah di kawasan berkenaan untuk mencuci tangan sebelum beredar.
“Hasil pemeriksaan mendapati lima pokok lidah jin yang ditanam dalam pasu hilang dan berada dalam bakul motosikal ditunggang suspek yang ketika itu melarikan diri.
BACA: Tanam Snake Plant Tidak Boleh Hilangkan Habuk Di Rumah, Ini Penjelasan Yang Korang Perlu Tahu
“Susulan laporan dibuat, suspek berusia 37 tahun ditahan di rumahnya di daerah ini kira-kira 5.30 pagi tadi,” katanya.
Sementara itu, Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Sesyen/Majistret Kuala Terengganu, Noradila Ab Latiff membenarkan suspek direman tiga hari sehingga Khamis ini untuk siasatan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.

Untuk info. tular di media sosial baru-baru ini bahawa tanaman lidah jin ini mampu untuk menghilangkan habuk jika diletakkan di dalam ruang kediaman dan menyebabkan masyarakat berpusu-pusu mencari pokok ini.
Walaubagaimana pun, menanam tumbuhan di rumah memang bagus untuk mengurangkan stress dan memberi kesan positif pada mood individu dan tenaga.
Adehhh…so min kena simpan elok-elok lah pokok viral ni dalam rumah. Takut nanti lesap pula…macam-macam la dorang ni pokok pun jadi dicuri.huhuhu
Sumber : Mymetro
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kenapa Tiada Kementerian Belia & Sukan Dalam Barisan Kabinet Malaysia?, Mana Suara Mewakili Anak Muda?

Semalam Pakatan Harapan yang diketuai oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir telah membentuk barisan kabinet. Demi menghormati manifesto yang dipersetujui, Tun Mahathir telah melepaskan jawatan sebagai Menteri Pendidikan dan digantikan oleh YB Dr Maszlee Malik.
Turut dilantik dalam barisan kabinet baru 2018 ialah Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang sebelum ini telah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor. Sudah tentunya kedudukan Menteri Besar Selangor menjadi tanda tanya siapa yang akan menggantikan tempat Datuk Seri Azmin Ali yang dilihat berjaya memampankan ekonomi Selangor sebagai sebuah negeri termaju di Malaysia.
Di sebalik lantikan barisan kabinet Malaysia, di media sosial ramai yang tertanya-tanya akan perlantikan Datuk Zuraida Kamaruddin sebagai Menteri Perumahan & Kerajaan Tempatan. Begitu juga kontroversi yang berlaku kepada Dr Maszlee yang dipertikaikan lantikannya oleh Siti Kassim yang agak lantang dalam isu LGBT tetapi ramai melihat Dr Maszlee adalah orang yang paling layak menjadi Menteri Pendidikan.

Turut menyertai kabinet ialah Rina Harun yang menjadi Menteri Pembangunan Luar Bandar, Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad, Menteri Komunikasi & Multimedia, Gobind Singh Deo yang juga anak kepada mendiang Karpal Singh.
Portfolio Menteri Pengangkutan pula dipegang oleh Anthony Loke Siew Fook, Menteri Pertanian & Industri Asas Tani iaitu Salahudddin Ayub, Menteri Tenaga Manusia, M Kulasegaran dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail memegang dua portfolio iaitu sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Wanita & Pembangunan Keluarga.
Sebelum ini, Tun Mahathir turut melantik Tan Sri Muhiyiddin Yassin sebagai Menteri Dalam Negeri, Mohamad Sabu sebagai Menteri Pertahanan dan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.


Namun di sebalik semua lantikan itu, ramai tertanya-tanya kenapa tiada wakil suara anak muda iaitu Kementerian Belia dan Sukan yang sebelum ini pernah disandang oleh YB Khairy Jamaludin yang cukup popular dengan program-program anjuran KBS seperti Hari Sukan, Malaysia Fit dan banyak lagi.

Ramai menjangkakan ada YB muda dari Pakatan Harapan yang akan mewakili kementerian terbabit kerana anak muda hari ini dilihat dan disarankan untuk bergiat cergas dalam bidang sukan kerana mereka adalah generasi pewaris negara pada masa akan datang. Namun ketiadaan Kementerian Belia & Sukan ini membuatkan anak muda tertanya-tanya kenapa tiada kementerian yang mewakili diri mereka.
Sebelum ini Tun M pernah berkata, barisan kabinet akan dikecilkan namun tentu ramai tidak menyangkan bahawa TIADA KEMENTERIAN BELIA & SUKAN.
Mungkin hal ini perlu difikir-fikirkan kerana ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq dalam debat sebelumnya berkata mahu memperkasakan e-sport iaitu games yang amat popular di kalangan anak muda seperti DOTA dan sebagainya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Terlalu Berang, Abang Bunuh Adik Tukar Jantina

Insiden bunuh-membunuh ahli keluarga nampaknya semakin merisaukan kerana ia telah berlaku di seluruh negara. Baru-baru ini, seorang lelaki di Iraq telah menembak mati adiknya kerana dipercayai menjalani pembedahan menukar jantina.
Doski Azad yang merupakan seorang jurusolek berusia 23 tahun dibunuh oleh abangnya, Chakdar dan polis melaporkan mayat mangsa ditemui berhampiran kampung Babukhkii, Iraq. Mangsa disyaki telah dibunuh tidak lama selepas memuat naik gambar transformasinya di media sosial.

Menurut Daily Mail, tiada tangkapan dibuat dan suspek dipercayai melarikan diri ke luar negara. Sebelum ini, Doski telah meninggalkan rumah lebih lima tahun dan menerima ugutan daripada keluarga. Dia tetap menerima ancaman walaupun sudah membina kehidupan sendiri sebagai seorang jurusolek.

Walau bagaimanapun, keluarga Doski dilaporkan memaklumkan sendiri tentang pembunuhan mangsa dan mereka turut memberi lokasi mayat Doski. Waran tangkap untuk suspek yang didakwa tinggal di Jerman telah pun dikeluarkan.
Para aktivis berkata pembunuhan ini adalah sangat membimbangkan golongan transgender di kawasan itu. Mereka sudah berasa didiskriminasi dalam masyarakat dan serangan seperti ini hanya memburukkan lagi ketakutan itu.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: (1)
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

