Ibu mana yang tidak sedih bila anak kesayangan yang dijaga dan dibelai dengan kasih sayang ‘hilang’ sekelip mata.
Selepas dua tahun kehilangan suaminya, Johan Nawawi, penyanyi terkenal, Nora Ariffin sekali lagi diuji dengan dugaan apabila anak keduanya, Aliff pula menghembuskan nafas terakhir pagi tadi.
“Arwah pengsan ketika berada di rumah. Pembantu rumah beritahu Alif tiba-tiba tidak sedarkan diri dan dia segera hubungi ambulans. Saya masih tidak dapat maklumat lanjut mengenai punca sebenar dia meninggal dunia kerana dalam perjalanan hendak ke hospital,” katanya.
Sudah semestinya sebagai rakyat Malaysia pasti kita tahu apa itu roti canai kan?
Roti canai merupakan antara makanan yang paling popular bukan sahaja dalam kalangan kita malah pelancong asing juga. Musim-musim Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) ini mana boleh nak lepak kedai mamak pekena roti canai kan. jadi marilah kita buat roti canai persis di kedai tetapi di rumah sahaja. Barang yang digunakan pun jimat!
Bahan A
1 biji telur
3 sdb susu pekat manis
3 sdb gula
2 sdt garam
2 cawan air + 1/4 cawan lagi kalau bancuhan kering
*Bahan A ni semua bancuh sekali.
Bahan B
1 kg tepung
Sedikit minyak dan marjerin utk menebar dan menggoreng roti.
Sila tonton video tentang cara² mak kami buat roti canai ni
CARA-CARANYA
Day 20- Resepi Roti Canai cara Kak Ani Simpang Pulau Tawar.Bahan²Bahan A1 biji telur3 sdb susu pekat manis3 sdb gula2 sdt garam2 cawan air + 1/4 cawan lagi kalau bancuhan kering*Bahan A ni semua bancuh sekali. Bahan B1 kg tepungSedikit minyak dan marjerin utk menebar dan menggoreng roti. Sila tonton video tentang cara² mak kami buat roti canai ni. 😘😘😘. Love you all. XOXO❤️❤️❤️* Jom kita ramai² upload video menebar roti. Lepas tu letak #roticanaichallengeVisit my instagram @lamlammakan for more recipes.
Berita baik buat masyarakat Malaysia, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan bahawa individu yang sudah menerima dua dos vaksin COVID-19 selepas ini bukan sahaja akan dibenarkan merentas negeri, malah dijangka boleh terbang ke luar negara dengan syarat mereka memiliki sijil pengesahan.
Menurut laporan Harian Metro, kerajaan sudah berbincang dengan beberapa negara bagi membolehkan rakyat Malaysia melakukan perjalanan ke negara terbabit. Sijil akan diberikan bagi membuktikan individu itu sudah menerima dua dos vaksin COVID-19, sekali gus menjadi ‘passport’ untuk mereka ke luar negara.
Perdana Menteri juga memaklumkan kerajaan sudah berbincang dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk membenarkan sesiapa yang sudah mendapat dua dos suntikan untuk merentas daerah, negeri atau ke sana ke sini tanpa halangan pihak berkuasa.
Malah, sijil itu juga membolehkan mereka melakukan perjalanan ke Jepun, Shanghai, Hong Kong atau Jakarta.
Tan Sri Muhyiddin Yassin juga menasihatkan kepada orang ramai agar tidak perlu bimbang untuk menerimas suntikan vaksin itu kerana jelasnya beliau tidak mengalami sebarang kesan terhadap kesihatannya. Tidak ada apa yang perlu dibimbangkan, vaksin itu selamat dan dijamin melindungi kita.
Namun begitu, masyarakat Malaysia masih lagi seakan tidak begitu gembira dengan berita ini kerana memikirkan giliran mereka yang entah bila.
Bersabarlah ya. Kita semua faham yang ramai dah rindu kampung halaman untuk berjumpa dengan keluarga tersayang. Namun, apakan daya masa belum mengizinkan. Sama-samalah kita berdoa agar urusan suntikan vaksin ini dipermudahkan dan tiba pula giliran kita untuk mendapatkan suntikan ini.
Walau bagaimanapun, bila dah terima suntikan vaksin itu tidak bermakna korang sudah ‘bebas’ daripada wabak ini. Amalan berjaga-jaga tetap perlu dilakukan. Stay safe!
Antara asam garam yang terpaksa dilalui oleh pengkarya dan artis di seluruh dunia ialah berdepan dengan sekelompok manusia tidak bertanggungjawab yang merompak hasil seni mereka.
Walaupun dunia muzik kini sudah beralih platform kepada digital, masalah ini masih lagi tidak selesai dan berleluasa. Saban tahun pasti ada sahaja artis yang menjadi mangsa kerakusan dan ketamakan mereka mengaut hasil kerja haram dengan cetak rompak yang kini dilakukan dalam bentuk digital.
Inilah yang dialami oleh penyanyi muda terkenal kesayangan ramai, Zayn Malik apabila single terbarunya terpaksa dikeluarkan lebih awal daripada tarikh sebenar gara-gara ia dibocorkan dengan sengaja oleh individu tidak bertangungjawab,
Dalam satu kenyataan di Twitter yang dikongsi bersama lebih 26.8 juta follower, Zayn berkata single terbarunya yang berjudul ‘Don’t Matter’ yang turut menampilkan kolaborasinya bersama August Alsina.
Pengumuman yang dilakukan oleh Zayn secara tiba-tiba itu mendapat reaksi yang cukup luar biasa daripada peminat sehinggakan laman web Zayn Malik mengalami kesesakan trafik dan turut crash.
Ramai netizen meluahkan rasa kecewa kerana tidak dapat mendengar lagu tersebut selepas sejurus ia diumumkan. Tapi ia kini telah dapat diakses oleh semua orang.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan menerusi Twitter, Zayn berkata lagu tersebut sebenarnya tidak dirancang untuk dikeluarkan pada waktu sekarang namun disebabkan ia telah dibocorkan oleh seseorang maka dia harus melakukannya segera demi peminatnya.
Dan impaknya, ia telah menjadi topik trending nombor 1 di twitter!
Berikut merupakan reaksi daripada peminat Zayn Malik terhadap single terbarunya, ‘Don’t Matter’.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Peter Pan Dad, Jeon Gyeong-cheol meninggal dunia pada usia 64 tahun selepas sempat mendapatkan tempat tinggal dan penjagaan buat anaknya yang menghidap autisme.