Bosan dengan keadaan pandemik yang menyerang dunia ketika ini dan menyebabkan korang terkurung di rumah? Pernah bermimpi duduk di planet Marikh?
Ini lah peluang korang…hiks
Baru-baru ini, NASA mahu mengupah individu yang sanggup untuk hidup dalam simulasi kehidupan di Mars selama setahun.
Foto Kredit : NASA
Rata-rata kita mesti pernah terlintas berharap untuk berada di angkasa lepas kerana ingin melihat sendiri ciptaan dan kekuasaan Maha Pencipta. Tapi bukan senang untuk ke sana kerana tiada kelayakan yang mengizinkan. Nak ke angkasa lepas bukan boleh main suka-suka, ilmu kena cukup di dada barulah boleh digelar sebagai seorang angkasawan.
Kini Pentadbiran Aeronautif & Angkasa Kebangsaan ataupun NASA sedang merangka perancangan dan misi simulasi, yang disebut Crew Health and Performance Exploration Analog (CHAPEA).
Ia dirancang sebagai ujian bagi menghadapi cabaran, rintangan dan kesukaran ketika berada di planet Marikh. “Analogi ini sangat penting untuk mencari penyelesaian bagi memenuhi keperluan hidup yang kompleks di permukaan Marikh,” kata saintis teknologi makanan utama Grace Douglas dari Pusat Angkasa Johnson NASA di Houston.
Ads
Calling all Martians! @NASA is recruiting four crew members for a year-long mission that will simulate life on a distant world, living in “Mars Dune Alpha,” a 3D-printed habitat. Want to take part in research for the first human Mars mission?
Walaupun kedengaran seperti tidak logik ia terbuka kepada semua untuk menjadi angkasawan di planet Marikh, dan mereka mencari individu yang sanggup untuk hidup dalam simulasi kehidupan di Mars selama setahun. Mereka yang lulus akan mendapat latihan mendalam mengenai bagaimana rasanya menjadi angkasawan yang ditempatkan di planet Marikh untuk misi jarak jauh.
Ads
NASA kini mahu mengupah individu yang sanggup untuk hidup dalam simulasi kehidupan di Mars selama setahun.
Untuk misi ke bulan kali ini, program terbaru NASA iaitu CHAPEA merangkumi tiga misi analog, yang pertama dalam fasa pemilihan, kemudian misinya akan bermula pada musim gugur 2022 dan lanjutan daripada projek ini akan berlangsung pada tahun 2024 dan 2025.
Foto Kredit : NASA
Ads
Dalam simulasi yang dijalankan sepanjang tahun ini, empat anak kapal akan tinggal dan bekerja di Mars Dune Alpha. Ini kawasan habitat seluas 160 meter yang diasingkan di Johnson Space Center. Kawasan yang dirancang oleh firma seni bina BIG-Bjarke Ingels Group ini akan menempatkan kru untuk mereka menangani pelbagai tugas dan masalah.
Tapi malangnya tiada peluang untuk rakyat Malaysia kerana salah satu syarat untuk menjadi sukarelawan ini, NASA mengharuskan menjadi warganegara Amerika Syarikat. Mempunyai tubuh badan yang sihat serta bermotivasi tinggi, berusia 30 hingga 55 tahun dengan keinginan yang kuat untuk berjuang. Keperluan lain adalah tidak merokok, mahir berbahasa Inggeris, dan mempunyai pengalaman luas dalam bidang yang relevan – termasuk ijazah sarjana atau setaraf, selain dua tahun pengalaman profesional – atau mempunyai sekurang-kurangnya 1,000 jam penerbangan sebagai juruterbang.
Di Mars Dune Alpha, setiap anak kapal akan mendapat ruang mereka sendiri. Di tempat lain, susun atur merangkumi kawasan kerja, stesen tumbuh-tumbuhan, bilik perubatan, dapur, ruang kecergasan, dan ruang tamu bersama. Sistem pencahayaan, suhu dan bunyi semuanya boleh disesuaikan. Manakala kebanyakan perabot mampu dipindahkan bagi membantu kru menyesuaikan diri dengan keperluan mereka.
Kalau rasa korang memenuhi kriteria ini, boleh la mohon disini.
Tiada apa lebih memilukan apabila diuji dengan kehilangan orang tersayang. Apatah lagi ia melibatkan kematian.
Semalam seorang bapa diuji oleh Allah taala apabila tiga anak lelakinya berusia di antara 21-16 tahun dipercayai lemas di Muara Sungai Telemong, Hulu Terengganu pada jam 6.30 petang dan sehingga laporan ini ditulis pencarian mayat mangsa masih diteruskan lagi.
Laporan Sinar Harian menyebut, tiga beradik berusia antara 16 hingga 21 tahun dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus di muara sungai Kuala Telemong, di sini, petang tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang, ketiga-tiga remaja berkenaan, Khalif Naim Mohd, 16, Khairil Firdaus, 17 dan Umar Iskandar, 21, dipercayai mandi di lokasi berkenaan.
Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, menurut maklumat awal daripada empat saksi, mereka ada melihat ketiga-tiga mangsa sedang mandi di kawasan itu.
"Keempat-empat saksi yang ketika itu sedang memancing di tebing sungai Kampung Mesah iaitu terletak di seberang sungai kejadian memaklumkan ada ternampak mangsa mandi.
"Tidak lama kemudian, mereka memberitahu ada terdengar suara orang meminta tolong sebelum keempat-empat saksi ini bergegas ke lokasi dengan menaiki motosikal.
"Mereka tiba di lokasi 10 minit kemudian, tetapi mendapati ketiga-tiga mangsa sudah hilang sebelum menghubungi pihak berkuasa bagi mendapatkan bantuan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini dan beliau turut memaklumkan seramai 41 anggota terdiri dari 18 anggota polis, 15 anggota bomba dan penyelamat serta 8 anggota Pertahanan Awam dikerahkan ke lokasi kejadian untuk operasi menyelamat sejak malam tadi.
Dalam pada itu, dimaklumkan, seorang darinya Khalif Naim, 16 tahun telah berjaya menamatkan hafazan 30 juzuk pada 10 Mac lalu.
Sementara itu bapa kepada tiga mangsa lemas ini, Mohamad Ismail, 64 tahun yang ke lokasi kejadian mengesahkan kesemua mangsa adalah anaknya berdasarkan pakaian dan telefon bimbit yang ditinggakan di tebing sungai.
Sumber gambar : Combat Zuraidi / Kuala Telemong
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selepas insiden ‘peha melimpah kiri dan kanan’ semalam,
hari ini Zaihani M Zain melahirkan permohonan maaf melalui media sosial.
Nowadays, semua perkara pun berlaku di media sosial. Di situlah gelanggang bergaduh dan bertikam mulut. Di situ jugalah tempat untuk menghulurkan tangan kemaafan.
Untuk tidak memanjangkan cerita kontroversi semalam membabitkan status berbaur body shaming yang dimuat naik oleh pengkritik fesyen ‘3 dekad’, Zaihani M Zain atau lebih dikenali sebagai Kak Zai di kalangan penggiat industri fesyen akhirnya bersuara dengan memohon maaf atas status tersebut.
“Bukan niat saya untuk menghina sesiapa tetapi status FB saya tempoh hari adalah luahan hati mengenai situasi manspreading (mengangkang dengan terlalu luas) yang saya alami baru-baru ini.
“Sepanjang kerjaya saya sebagai ketua stylist selama hampir 3 dekad, saya tidak akan dapat melaksanakan tanggungjawab saya jika saya bersikap judgemental.
“Oleh itu, sekiranya status saya telah menyinggung perasaan mana-mana ahli keluarga, kawan dan followers, saya menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf,” pinta Kak Zai lewat petang tadi.
Status terbaru Zaihani M Zain di Instagram.
Isu bentuk, saiz dan rupa fizikal adalah satu isu yang penulis kira cukup serius walaupun nampak remeh. Dari rupa luaran, kita akan merasa yakin, bertenaga dan positif. Jika tidak, mengapa kita bersungguh-sungguh nak beli pakaian tertentu, tudung tertentu kan?
Untuk kelihatan cantik dan presentable.
Jadi, untuk mengkritik rupa fizikal seseorang bukanlah sesuatu langkah yang bijak terutamanya dalam industri fesyen Malaysia yang masih meminggirkan diversiti. Pernah korang selalu tengok gambar model berbadan lebih besar daripada standard saiz model biasa di runway, majalah, televisyen dan sebagainya?
Jarang bukan?
Oleh sebab itu, industri fesyen sendiri perlu membuka minda agar memberi lebih peluang kepada semua orang tanpa mengira saiz badan.
Sentimen itu dirasai oleh netizen yang menyatakan, “yang lepas tu lepaslah”.
@ladymephis menyebut, “I am a big girl but Kak Zai treats me no less than any skinny models!
@amh_2309 pula berpendapat, “I am sure you (Kak Zai) did not mean it that way. By just apologizing, that is the best although you can choose not too. Semua ada hikmah, buang yang keruh ambil yang jernih.
@azurayahya pula sempat berseloroh, “Saya yang berat melebihi 100kg ni menerima permohonan maaf ini seikhlas hati! Cuma jangan buat lagi, kecik hati kami ni.”
Ya betul, tidak semua orang mudah untuk memaafkan terutamanya dalam dunia media sosial sekarang ini. Kalau boleh nak membawang tu, memang sampai lumat lah dia tumbuk.
Namun, industri fesyen kita ini kecil saja. Jangan berangan ia segah industri di Milan, New York dan lain-lain bandar fesyen terkemuka dunia. Kalau bukan hari ini, esok masih bertembung juga.
Diharap semua dapat mengambil pengajaran bahawa isu body shaming bukan untuk dibawa main-main.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Minggu lalu, REMAJA ada melaporkan mengenai jumlah kes postif COVID-19 yang mencanak naik di Melaka dek kluster melibatkan pelajar di dua buah Kolej Vokasional.
Kali ini, giliran negeri Kedah pula yang berdepan dengan situasi kluster pendidikan ini apabila sebanyak 15 buah sekolah dilaporkan terpaksa ditutup berikutan kes positif COVID-19 melibatkan 525 orang pelajar dan 25 orang guru sekolah; sejak 18 Januari lalu,
Kata Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pendidik dan Sumber Manusia Kedah iaitu Datuk Najmi Ahmad, 13 buah sekolah terbabit merupakan sekolah asrama manakala dua lagi adalah sekolah harian biasa.
Berikutan kluster pendidikan yang berlaku secara besar-besaran ini, kerajaan negeri Kedah telah meminta Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah untuk memantau dan memastikan agar pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dikawal ketat bagi mengelakkan lebih banyak kes positif di kawasan persekolahan.
Tentunya ramai yang risau apabila kes tercetus di sekolah jenis asrama memandangkan pelajar tinggal dalam kawasan yang sama. Kata Najmi Ahmad, keadaan masih terkawal dan tindakan lanjut telah diambil dengan segera. Para pelajar yang dikesan positif kini ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) untuk rawatan sewajarnya.
Terdahulu, JKN Kedah memaklumkan terdapat 10 kluster pendidikan dikesan melibatkan sekolah di daerah Pendang, Kulim, Kubang Pasu, Yan dan Kuala Muda. Kesemua sekolah terbabit telah diarahkan tutup selama seminggu dan tempoh penutupan pula bergantung kepada hasil penilaian risiko di kawasan masing-masing.
Agak menggusarkan apabila terdapat kira-kira 162 orang guru di sekolah rendah dan sekolah menengah di Kedah yang dikenal pasti masih belum menerima sebarang suntikan dos vaksin COVID-19 hingga ke hari ini.
Justeru, demi keselamatan semua pihak, para guru terbabit tidak dibenarkan untuk bersemuka secara menerus dengan pelajar dan ditempatkan di kawasan berasingan.
JPN Kedah dalam hal ini tidak menyisihkan guru-guru itu malah membimbing serta memujuk guru yang enggan mengambil suntikan vaksin untuk mempertimbangkan semula keputusan mereka. Ini kerana ia hanya akan membahayakan diri mereka serta membantutkan sesi pembelajaran para pelajar yang sudah mula kembali ke sekolah.