
Pelakon Korea yang semakin meningkat naik, Kim Young Dae telah pun menarik diri dalam pembabitan drama terbaru School 2021 kerana terdapat percanggahan watak.
Menurut laporan daripada JTBC, Kim Young Dae menarik diri kerana wataknya dalam drama tersebut yang pada awalnya dipersetujui telah berubah. Dengan perubahan yang berlaku, Kim Young Dae tidak lagi memegang peranan sebagai watak utama, calon watak itu diberikan pada pelakon lain.

Pelakon berusia 25 tahun ini menerima peranan itu pada bulan Mei lalu dengan pengesahan sebagai watak utama yang akan diumumkan pada bulan Jun.
Namun, agensinya Outer Korea telah mengesahkan bahawa pelakon itu tidak lagi terbabit dalam drama School 2021 akan datang.
Walau bagaimanapun, Kim Young Dae dilaporkan telah pun menerima tawaran dalam k-drama lain sebagai watak utama. Menurut Sports Chosun, Kim Young Dae akan memainkan peranan utaman dalam drama Shooting Star yang akan ditayangkan di tvN.
Dah namanya rezeki kan. Satu hilang, datang pula lagi satu tawaran baru. Tak sabar nak tonton drama terbaru lakonan ‘Joo Seok Hoon’ nanti. Hiks!
Sumber: (1)
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Masih Ingat Kematian Pelakon GLEE, Naya Rivera? Anak Kecilnya Kini Selalu Bertanyakan Memori Tentang Mendiang

Korang mesti masih mengingati kematian tragis yang berlaku kepada pelakon drama popular GLEE, Naya Rivera sekitar tahun 2020 setelah dia ditemui lemas di sebuah tasik.
Tambah mendukacitakan adalah apabila Naya pada ketika itu sedang menaiki sebuah sampan bersama putera sulungnya yang baru berusia 4 tahun, Josey.
ARTIKEL BERKAITAN: Satu-Persatu Pelakon GLEE Ditimpa Musibah, Semua Doakan Naya Rivera Ditemui Semula – REMAJA
Kini setelahh tiga tahun berlalu, Josey dan ayahnya, Ryan Dorsey yang juga merupakan seorang pelakon akhirnya terbuka hati untuk bercerita dengan lebih lanjut mengenai kehidupan mereka anak-beranak susulan pemergian Naya Rivera.

Bercakap kepada media dalam rangka promosi episod drama Magnum P.A, Ryan berkata pengalaman membesarkan Josey sebagai seorang bapa tunggal mempunyai cabaran tersendiri terutamanya apabila topik mengenai Naya Rivera timbul dalam perbualan mereka.
“Ramai kanak-kanak akan mendapat tahu apa yang ayahnya lakukan sebagai pekerjaan. Mereka juga akan mengetahui pekerjaan ibu, di mana ia adalah perbualan yang sukar untuk saya elakkan. (Setiap kali itu berlaku), ia mengingatkan kami kepadanya (tragedi dan pemergiaan Naya Rivera).”
BACA LAGI: Kevin McHale Luah Rasa Sedih, Mayat Bintang ‘Glee’ Naya Rivera Ditemui – REMAJA
“Dia tidak akan sesekali melupakan ibunya. Dia kini berminat menonton naskah-naskah ibunya. Semua itu akan menjelaskan (siapakah Naya) dan dia akan benar-benar dapat menghargai impak ibunya ke atas orang ramai (dan) betapa berbakatnya ibunya dan siapakah ibunya di dunia luar, bukan sahaja dalam kehidupan di rumah,” ulasnya kepada E!.

Buat Ryan pula, kadangkala dirinya masih dibelengu rasa sedih apabila mengenangkan mendiang dan adakala dia perlu menaikkan semangat dirinya sendiri.
Setiap kali Josey bertanyakan kepada Ryan mengenai Naya, dia hanya boleh menjawab, ‘I know buddy and I love you’, sebelum memberikan anaknya itu pelukan memandangkan Ryan sendiri tidak mempunyai apa-apa jawapan kepada pertanyaan Josey.
Dalam pada itu, jejaka berusia 39 tahun itu juga berkongsi bahawa Josey tertarik untuk membuka saluran YouTube-nya sendiri dan video pertama yang ingin dirakam olehnya adalah – you guess it – babak-babak daripada filem Batman!

“Dia ingin saya menjadi Joker dan dia sebagai Batman. Tempoh hari, saya belikannya kain layah Batman dan tali pinggangnya. Dia berterima kasih kepada saya dan berkata, ‘Saya betul-betul sudah bersedia melakukan perkara Batman ini di peringkat seterusnya.'”
Minat Josey terhadap watak Batman sudah mula berputik sejak Naya masih hidup lagi. Malah mereka pernah bergambar dalam persalinan Batman dan Batgirl.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Menangi Hadiah Eksklusif Harry Potter x Remaja Sempena Ulang Tahun Ke-20

Diam tak diam filem box-office yang diadaptasi daripada sebuah novel nukilan J.K Rowling, Harry Potter sudah pun berusia 20 tahun sejak filem pertamanya ditayangkan pada 2001. Bukan hanya ditonton oleh kanak-kanak, malah siri ini juga menjadi ikutan kepada golongan orang dewasa.
Sempena meraikan ulang tahun ke-20 Harry Potter, Cartoon Network (Astro Ch 615) dan Astro Go menyajikan penonton dengan empat filem pertama daripada lapan siri Harry Potter setiap dua minggu, pada Sabtu.

Baru-baru ini juga, Harry Potter 20th Anniversary: Return to Hogwarts telah ditayangkan secara eksklusif di HBO GO, dimana mereka menjemput peminat merasai pengalaman bersama pelakon Harry Potter Daniel Radcliffe, Rupert Grint, Emma Watson dan pelakon-pelakon yang lain bagi meraikan ulang tahun filem pertama, Harry Potter and the Sorcerer’s Stone.

Dan buat pembaca Remaja, kami mempunyai berita baik untuk dikongsikan bersama korang semua. Remaja bersama Harry Potter akan memberi peluang kepada korang untuk memenangi hadiah menarik edisi filem ini dengan menyertai peraduan di Instagram @majalahremaja yang akan dimuat naik mulai esok.


Turner Broadcasting System Asia Pacific, Inc. Dan/atau syarikat induknya, anak syarikat, syarikat gabungan, syarikat bersekutu dan berkaitan (secara kolektif,”WM”) telah bersetuju untuk menaja hadiah berkaitan dengan peraduan “Harry Potter 20 Years of Movie Magic” bersama Remaja. WM bukanlah penganjur peraduan ini tetapi berkolaborasi bersama Remaja bagi menjayakannya.
Penggunaan nama Cartoon Network dan/atau tawaran hadiah tidak mempunyai hubung kait atau sokongan antara WM atau Cartoon Network. Kami juga tidak bertanggung jawab ke atas sebarang kerosakan dan kerugian hadiah yang diberi kepada pemenang.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
‘Nujum Neelofa’ Muncul Semula, Harap Peserta AJL37 Ini Akhirnya Diiktiraf! TokTi Pula Ramalkan..

Tidak keterlaluan jika kami rasakan tidak sah sekiranya acara Anugerah Juara Lagu (AJL) tidak disertakan dengan ramalan pemenang oleh selebriti dan usahawanita terkenal, Noor Neelofa.
Saban tahun, Neelofa tampil menghiburkan pengikutnya di media sosial dengan para penyanyi atau lagu-lagu yang dirasakannya mampu menggondol trofi paling berprestij dalam industri nyanyian tanah air. Dan setiap kali itu juga, ramalannya pasti mengena!
Jangan main-main dengan ‘Nujum Neelofa’ tau. Hehe..
ARTIKEL BERKAITAN: ‘Nujum Neelofa’ Masih Relevan! Ramalan Pelukan Angkasa Juara AJL-36 Tepat – REMAJA
BACA LAGI: Empat Tahun Ramalan AJL Neelofa ‘Mengena’, Pilihannya Kali Ini Ialah.. – REMAJA

Memasuki tahun keenam ramalannya, Neelofa kembali dengan beberapa nama sempena AJL37 pada malam ini.
Menerusi akaun Twitter beliau, Neelofa merasakan tahun ini sewajarnya memberi pengiktirafan kepada penyanyi, pelakon dan pengacara versatil, Alif Satar.
“Satu lagi tahun, satu lagi ramalan. Jadi saya menyokong dan berharap agar Alif Satar berada dalam kedudukan Top 3 di AJL 37. Bakat dan versatiliti beliau adalah chef’s kiss,” ciap beliau.

Sambil itu, beliau juga meramalkan pelantun lagu Terus Hidup, Aina Abdul untuk membawa pulang salah satu trofi yang dipertandingkan pada malam ini.
“Not forgetting the amazing Aina Abdul, she has it in the bag!”
Another year, another prediction! So I’m rooting and hoping Alif Satar will be in the top 3 of #AJL37. His talent and versatility is chef’s kissss. Not forgetting the amazing Aina Abdul, she has it in the bag!
— Neelofa (@Neelofa) February 11, 2023
Dalam pada itu, bukan hanya Neelofa yang membuat ramalan peribadi bagi AJL 37 tetapi juga penyanyi nombor satu negara serta pemilik beberapa trofi kejuaraan AJL sendiri, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Siti yang mesra dengan panggilan TokTi turut merasakan tuah boleh berpihak kepada Aina, bagaimanapun dia perlu membuktikan bahawa vokalnya adalah yang terbaik di antara yang terbaik memandangkan Ernie Zakri dan Marsha Milan juga bertanding.
Maklumlah, ketiga-tiga penyanyi itu pernah bergelar pemenang kategori Vokal Terbaik pada edisi-edisi sebelum ini.

“Lagu mereka saya tak dengar selalu, jadi tidak boleh hendak bagi ramalan. Saya juga tidak dengar keseluruhan lagu dipertandingkan, susah untuk buat ramalan.
“Tetapi vokal saya tahu…,” katanya sewaktu sesi Instagram Live beliau pada malam Jumaat lalu.
Haa, adakah ramalan kedua-dua selebriti tempatan ini akan menjadi realiti? Sama-sama kita saksikan.
BACA LAGI: Adakah Peserta Muda Akan Menangi AJL34? Ramalan Peminat (& Neelofa) Mungkin Tepat – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

