Pelakon Korea Oh In Hye Meninggal Dunia Setelah Ditemukan Tidak Sedarkan Diri

Share

Seorang lagi pelakon Korea, Oh In Hye dilaporkan meninggal dunia pada usia 36 tahun. Dia menunjukkan tanda-tanda pulih, namun akhirnya tidak sedarkan diri.
Oh In Hye didakwa cuba membunuh diri dirumahnya di Song Do, tetapi rakan rapatnya menemui pelakon wanita itu dan terus membuat panggilan kecemasan.

Pelakon tersebut dibawa ke hospital dengan segera untuk mendapatkan rawatan kecemasan dan CPR. Pada awalnya, pernafasan Oh In Hye seakan pulih tetapi tidak pulih sepenuhnya dan akhirnya dia disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung.

Oh In Hye

Kematiannya dipercayai sebagai bunuh diri dan pengebumian pelakon itu dilakukan secara tertutup pada 16 September 2020.

Kematian Oh In Hye ini juga menyedarkan masyarakat akan pentingnya kesedaran tentang masalah mental dan depresi. Rata-rata netizen meninggalkan komen simpati terhadap mangsa yang mempunyai tekanan hidup.

Mungkin masih ramai yang memandang ringan akan isu ini namun percayalah jika korang mengambil tindakan cepat, kebarangkalian kes bunuh diri ini dapat dikurangkan. Jika ada kenalan atau ahli keluarga yang mengalami masalah atau pun tekanan hidup, jadilah tempat untuk mereka meluahkan agar mereka merasakan masih ramai yang sayang dan peduli pada mereka.

Sumber: Allkpop

IKLAN