Sebuah lagi khabar duka yang berlaku dalam dunia hiburan Korea Selatan apabila pelakon veteran Lee Eol dikhabarkan telah meninggal dunia kerana kanser.
Agensi Lee Eol, Starit Entertainment berkongsi khabar duka itu pada 26 Mei 2022, “Selepas bertarung dengan kanser tekak, Lee Eol meninggal dunia pagi ini.” Pelakon lelaki ini telah melawan penyakit kansernya itu sejak tahun 2021 selepas tamat drama Voice 4.
Bintang itu juga pernah muncul dalam banyak k-drama popular, antaranya dia memainkan watak Ko Dae Hwan, bapa Ko Moon Young dalam drama It’s Okay To Not Be Okay, serta watak bapak kepada Choi II Kwon dalam siri 18 Again.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Milan; kota yang kaya dengan peninggalan bersejarah, kota fesyen, lubuk makanan dan mempunyai pemandangan indah.
But most of all, Milan ialah destinasi yang akan membuatkan korang jatuh cinta sekali lagi seperti yang berlaku kepada Athisha Khan!
Okay, okay here is a disclaimer. Athisha tidak jatuh cinta dengan jejaka Itali kacak di sana tetapi ‘jatuh cinta’ terhadap kota tersebut.
Sempena Minggu Fesyen Milan Spring Summer 2019 baru-baru ini, Athisha sempat mengunjungi Milan bagi merasakan vibe kota fesyen kepada jenama terkenal seperti Gucci, Prada, Fendi dan Marni itu.
Ini adalah 5 tip penting yang sempat dikongsikan oleh adik kepada Noor Neelofa ini sekiranya korang merancang untuk ke Milan kelak.
01
Tak mudah untuk mencari tempat penginapan di Milan yang selari dengan bajet kita.
Jadi apa kata korang skip those fancy hotels dan beralih kepada penginapan Airbnb seperti yang dilakukan Athisha.
”Rumah penthouse 3-bilik saya teramatlah besar dan saya tidak tahu hendak tidur di bilik yang mana satu.
“Nasib baik saya memilih penginapan Airbnb, saya amat menyukai keselesaan dan lokasinya. Malah saya dapat bayangkan seluruh keluarga saya di sini kerana ia luas.”
02
Semasa menghadiri pertunjukan fesyen FILA di Milan, Athisha amat tertarik dengan bagaimana fesyenista di sana gemar memakai aksesori badan.
Pendek kata, more is definitely more! Ia membuatkan Athisha yang sudah terbiasa berpakaian minimal ingin mencuba aksesori seperti topi dan rantai baru.
03
Athisha tahu sukar untuk kita mencari makanan Halal di negara Eropah. Tetapi ini adalah 3 makanan yang wajib korang cuba!
Ia termasuklah 2 pencuci mulut enak iaitu Pistachio Cream dan Gelato. Akhir sekali adalah Gnocchi iaitu sejenis pasta yang korang tak selalu jumpa di Malaysia. Lagipun, Itali kan merupakan ‘rumah’ kepada semua jenis pasta. Mesti korang tak menyesal punya.
04
Dua barangan yang WAJIB dibawa semasa ke Milan adalah 2 (atau lebih) universal adaptor dan pengecas telefon portable (power bank).
Iyalah..buatnya bateri habis, macam manalah korang nak berhubung dengan pemandu teksi yang tidak tahu berbahasa Inggeris?
05
Tak sah melancong jika tidak mengambil sebanyak mungkin foto OOTD dan kenangan.
Antara lokasi wajib bagi Athisha ialah di Duomo di Milano, di kafe-kafe Itali menarik yang menghidangkan pasti, gelato dan keju serta di jalan pesisir di sekitar Milan.
Patutlah foto fesyenista di sana cantik-cantik belaka!
*
Macam menarik je! Ni yang nak kumpul duit untuk ke Milan ni.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon wanita drama Business Proposal telah disahkan positif COVID-19 dan pihak pengurusannya, Jellyfish Entertainment telah pun membuat kenyataan rasmi bahawa Kim Sejeong akan menghentikan sementara semua aktivitinya.
Kim Sejeong kini sedang menjalani kuarantin kendiri dan terpaksa menangguhkan pertemuan bersama peminat yang akan datang “Sejeong’s Sesang Diary” yang dijadualkan berlangsung pada 26 Mac 2022. Walau bagaimanapun, pelakon itu telah pun menyelesaikan penggambaran drama Business Proposal dan hal ini tidak akan menjejaskan waktu siaran rancangan tersebut.
Dalam satu kenyataan rasmi yang telah dibuat, pihak pengurusannya menjelaskan bahawa pelakon itu disahkan positif selepas melakukan ujian PCR. Kim Sejeong turut dinyatakan telah menerima dua dos vaksin dan kini sedang dalam proses pemulihan.
Segala urusan kerja dan sesi bertemu peminat dibatalkan, pihak mereka turut meminta maaf dan akan membuat susulan dengan lebih terperinci berhubung perkara tersebut melalui satu kenyataan lain.
Get well soon Kim Sejeong!
**Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Juara Big Stage musim pertama dan penyanyi, Sarah Suhairi hari ini selamat bergelar isteri kepada seorang pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bernama Aswad Anuar.
Dengan sekali lafaz, pasangan yang dipisahkan dengan jarak usia 15 tahun sah bergelar suami isteri pada pukul 8:30 pagi bertempat di Barern Hill, Hulu Langat, Selangor.
Pasangan itu dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan, Suhairi Hamdan dengan disaksikan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan, Ahmad Khaliq Md Rasid.
Pengantin lelaki menyerahkan seutas gelang emas berharga RM2,486 sebagai mas kahwin berserta lima dulang hantaran. Begitupun, jumlah wang hantarannya dirahsiakan. Sementara itu, Sarah, 24 turut menyerahkan tujuh dulang hantaran kepada pihak lelaki.
Kredit: Instagram Sarah Suhairi
Bercakap kepada rakan media sewaktu ditemui, Sarah memaklumkan dirinya menerima Aswad dengan hati terbuka dan status Aswad sebagai duda kepada tiga anak perempuan bukanlah satu penghalang buatnya terus berkenalan sehingga ke jenjang pelamin.
Sarah juga mendedahkan bibit pengenalan mereka hanya bermula setelah Aswad sudah bergelar bapa tunggal selama setahun. Sepanjang empat tahun pengenalan sejak detik itu, mereka tidak pernah meletakkan sebarang status tertentu terhadap perhubungan mereka.
Kredit: Instagram Sarah Suhairi
Kongsi Sarah lagi, ketiga-tiga puteri dalam hidup suaminya itu boleh menerima baik kehadirannya sebagai ibu baharu. Status ‘ibu segera’ yang digembar-gemburkan juga tidak menjadi masalah buatnya dan apa yang lebihh utama adalah bagaimana mereka akan melayari kehidupan berumah tangga dengan tiga orang anak selepas ini.
“Sepanjang empat tahun kami berkawan, hubungan kami bukan satu rahsia kerana Aswad sering menemani saya ke majlis-majlis tertentu.
“Cuma dia tidak menonjolkan diri sangat kerana selagi belum ada ikatan sah, lebih baik simpan sendiri sahaja,” ulasnya.
Majlis bertemakan rona putih pada sebelah pagi tadi telah disaksikan oleh ahli keluarga kedua-dua belah pihak, sahabat handai dan rakan media yang membuat liputan majlis akad nikah mereka.
Antara rakan-rakan artis yang hadir meraikan pasangan mempelai termasuklah Naim Daniel, Afieq Shazwan, Wani Kayrie, Sissy Iman dan Shaffiq Erwin.
Sekadar info, pasangan ini telah mengikat tali pertunangan pada 27 Januari lalu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!