Pelajar Tahfiz Maut Dipercayai Dipukul, 3 Remaja 13 Tahun Di Tahan Polis

Share

Kes buli dalam kalangan pelajar merupakan isu serius yang patut diambil perhatian. Kelakuan membuli ini sebenarnya meninggalkan kesan kepada mangsa buli seperti trauma dan paling sadis ia mampu meragut nyawa.

Terbaharu, seorang pelajar lelaki di sebuah maahad tahfiz di Lanchang, Temerloh meninggal dunia dipercayai dipukul rakan.

Kejadian itu berlaku kira-kira jam 1 tengah hari, semalam. Mangsa, Muhammad Aimin Nurul Amin berusia tujuh tahun ditemui dalam keadaan lemah oleh warden wanita sebelum dibawa ke Klinik Kesihatan Lanchang untuk terima rawatan.

Ditemukan dalam keadaan lemah

Menurut Astro Awani, maklumat awal menyatakan mangsa ditemui dalam keadaan lemah oleh warden wanita pusat tahfiz itu, yang kemudiannya membawa mangsa ke klinik kesihatan tersebut.

“Mangsa difahamkan baru belajar di situ sejak pertengahan Oktober lepas, bersama-sama dengan abang tirinya,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang Datuk Othman Nanyan berkata mangsa disahkan meninggal dunia pada 1 tengah hari, semasa menerima rawatan di Klinik Kesihatan Lanchang.

Katanya, polis kini menahan tiga remaja berusia 13 tahun yang juga pelajar di pusat tahfiz itu bagi membantu siasatan kematian mangsa.

Othman berkata siasatan awal mendapati pusat tahfiz yang beroperasi di sebuah rumah batu mula mengambil pelajar sejak awal tahun ini, dan buat masa ini mempunyai empat pelajar termasuk mangsa.

Pusat tahfiz itu dikendalikan oleh pasangan suami isteri, dengan tenaga pengajarnya ialah suami kepada warden tersebut.

Othman berkata bedah siasat ke atas mangsa akan dilakukan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh hari ini, dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Netizen Turut Turut Luah Perasaan

Rata-rasa netizen merasa kesal dan geram dengan apa yang berlaku pada kanak-kanak malang ini.

So apa pendapat korang cara terbaik menangani isu buli dikalangan pelajar ni?

Sumber : Astro Awani, Twitter

 

IKLAN