Pelajar Muslim Cipta ‘Kasut Pintar’ Khas Untuk OKU Penglihatan

Share

Wow bagusnya, ada teknologi baru untuk OKU penglihatan!

Pakistan dianggap sebagai negara yang banyak melahirkan doktor dan jurutera dan kini turut melangkah dalam dunia kemajuan teknologi. Seorang pelajar Muslim yang menceburi bidang IT dari Faisalabad, Shanza Munir telah mencipta kasut khas untuk golongan cacat penglihatan.

Menurut laporan media tempatan, inovasi ini daripada sebahagian projek universiti di sana yang menjadi tumpuan media.

Kasut pintar itu direka khas untuk mereka yang mengalami cacat penglihatan yang mana ia dapat mengesan dan penggera kepada pemakai dalam jarak radius 200 sentimeter.

Ia mempunyai sensor getaran terbina yang akan memberi amaran kepada pemakai sekiranya terdapat halangan di hadapan. Selain itu, kasut pintar ini boleh dicas semula dan mengandungi butang ‘power’ untuk mematikan sensor apabila tidak diperlukan.

Cumanya, belum menjadi kenyataan untuk digunakan secara komersial jika kerajaan di sana tidak membantu untuk mengetengahkan inovasi ini.

Harap-harap teknologi ini mampu membatu golongan kurang upaya penglihatan ini.

Sumber: Matic Today

IKLAN