Pelajar Hipster Berniqab Buktikan Pakaian Bukan Halangan Sertai Dunia Fesyen

Share

 

Fesyen bagi saya adalah dunia yang melangkaui batasan bersifat inklusif – bukannya eksklusif untuk golongan tertentu saja.

 

Walaupun kita selalu ‘dijaja’ dengan imej supermodel kurus dan tinggi, bersaiz zero dan wajib cantik, namun dalam kita tak sedar, fesyen sebenarnya adalah untuk SEMUA.

Semua orang kan berbaju? Dan semua orang jadikan pakaian sebagai identiti masing-masing. Secara tak langsung, kita semua tergolong dalam dunia fesyen.

Jadi apabila seorang pelajar Management & Science University (MSU) daripada jurusan Diploma Rekaan Fesyen dianugerahkan dengan Anugerah Presiden sempena Konvokesyen MSU ke-23 hujung minggu lalu, a part of me just shouted

, YES!

 

Instagram

 

Instagram

 

Fesyen akhirnya dilihat sebagai jurusan ‘serius’ di atas pentas tersebut, bukannya jurusan yang dipertikaikan kepentingannya.

Guys, perkenalkan Era Masturah Ramlee yang merupakan penerima anugerah tersebut. I cannot help but to scroll down her Instagram feed.

Jelas, Era merupakan seorang peminat fesyen dan berbakat dalam mencipta rekaan baru. Kapsyen pada bahagian bio-nya yang berbunyi ‘A fashion enthusiast ninja’ sudah menjelaskan yang Era bukanlah seperti pelajar dan fesyenista yang lain.

 

Instagram

 

Berbeza dari segi pemakaian niqab? Maybe

– pada pandangan kasar pemerhati yang baru pertama kali mengenalinya.

Namun di sebalik niqab yang menutupi sebahagian daripada wajah Era, penulis lebih tertarik dengan storyline yang ditunjukkannya melalui Instagram.

Cara pemakaian Era sebagai seorang Muslim tak sesekali membuatnya lari daripada jiwa seorang remaja.

Travellingchecked. Menaiki ATV di tepi pantai – checked.

Kapsyen yang mencuit hati? – CHECKED

 

Instagram

 

Melalui sebuah lagi akaun yang dikelolakan Era ialah untuk koleksi fesyen bernama eralee.rtw. Dia menawarkan koleksi pakaian uniseks, sederhana dan berpotongan oversized seperti yang selalu dipakainya.

“Saya mencipta Era Lee RTW supaya semua orang boleh menutupi diri mereka dengan cara terbaik. Siluet oversized

dan tona minimal bagi saya bersamaan dengan Shariah.

“Tiada isu body hugging, tiada isu angin datang jubah melekap pada badan oh no! Dan ia juga uniseks, pakaiannya untuk laki bini baru sweet gitew,” katanya.

Obviously, perjalanan Era selepas ini dalam dunia fesyen masih jauh namun cerah. Remaja has nothing but best wishes for her.

 

Instagram

 

Instagram

 

“Your forever monochrome girl would like to thank you for all your warm wishes. I love you rawks.”

Hispter ke tak uols?

 

IKLAN