Pelajar Bukan Warganegara Dibenar Pulang Ke Kampus Mulai 1 Januari 2021

Share

Pelajar bukan warganegara kini dibenarkan kembali ke kampus bagi sesi pengajian tahun depan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2021, kecuali dari United Kingdom (UK) ekoran penularan situasi terbaru COVID-19 di negara tersebut.

Menurut Kanan Ismail Sabri Yaakob, merangkumi pelajar menyambung tawaran daripada universti awam dan swasta tempatan.

Gambar hiasan

Walau bagaimanapun, mereka perlulah mempunyai kediaman dan bukannya datang baru nak mencari rumah, semuanya harus diselesaikan dahulu barulah dibenarkan datang ke Malaysia.

Kerajaan juga bersetuju membenarkan pelajar bukan warganegara di sekolah antarabangsa dan swasta untuk meneruskan pengajian berkuat kuasa pada tarikh yang sama. Ia hanya tertakluk kepada pelajar sedia ada yang telah diluluskan permohonan dan mendapat visa daripada Jabatan Imigresen Malaysia.

Semua pelajar dan pengiring berkenaan perlu mematuhi SOP yang ditetapkan, termasuklah menjalani ujian swab tiga hari sebelum berlepas ke Malaysia serta di pintu masuk negara dan perlu dikuarantin selama 10 hari di pusat kuarantin. Kos ujian COVID-19 itu perlu ditanggung pelajar dan juga penjaga.

Gambar hiasan

Bagi pelajar Malaysia, Dato’ Sri Ismail Sabri menjelaskan bahawa Kementerian Pengajian Tinggi akan membuat pengumuman sama ada pelajar Malaysia dibenar kembali ke kampus pada Januari ini.

Diharap kemasukan pelajar warga asing ini akan dipantau dengan ketat bagi mengelakkan penularan virus di negara kita.

Sumber: BERNAMA

IKLAN