Pelajar Beragama Islam Kembali Boleh Berhijab. Mahkamah Austria Batalkan Undang-Undang Larang Kanak-Kanak Islam Berhijab.

Share

Mahkamah perlembagaan Austria telah membatalkan undang-undang yang tidak membenarkan pemakaian hijab kepada pelajar yang berada di sekolah rendah berikutan ia disifatkan sebagai diskriminasi dan melanggar perlembagaan.

Undang-undang tersebut sebelum ini melarang kanak-kanak dari memakai pakaian yang berunsurkan keagamaan yang mana ia berkait rapat dengan hijab yang biasa dipakai oleh mereka yang beragama Islam.

Menurut hakim tinggi mahkamah, undang-undang yang diterapkan sejak musim luruh 2019 itu melanggar prinsip kesamarataan dan ia merupakankewajipan negara untuk mengikut konsep neutral dalam agama. Dengan jelas apa yang dikuatkuasakan memberi kesan kepada pelajar yang beragama Islam sahaja.

Austria. Sumber Gambar: via pexels.com

Keputusan itu diambil selepas dua kanak-kanak dan ibu bapa mereka membuat rayuan membantah undang-undang tersebut kerana ia hanya tertakluk kepada pemakaian hijab yang menutup keseluruhan kepala sedangkan item agama lain yang lebih kecil seperti topi agama Yahudi ataupun serban Sikh dibenarkan.

Tahun lalu undang-undang yang menindas itu diluluskan oleh penggubal yang konservatif atas kapasiti untuk melindungi wanita dari tertindas dan kononya mengelakkan mereka dari ideologi Islamisasi.

Sumber: dw.com

IKLAN