Kuasa ‘Edit’ Semata-Mata! Warganet Kagum Penghasilan Poster Filem Imaginur Realistik Seperti Berpegangan Tangan

Share

Selain menampilkan hero dan heroin hebat tanah air, filem terbaharu berjudul Imaginur arahan Nik Amir Mustapha turut menjadi fenomena dan melakar sejarah tersendiri kerana jalan ceritanya yang berlainan dan menarik.

Selain itu, apa yang menariknya yang para penonton baru tahu mengenai poster utama karya hebat itu adalah hasil suntingan bukan sahaja dari sudut ‘text‘, namun figura yang terpampang di atas poster tersebut.

BACA LAGI: Tak sampai Sejam ‘Open Slot’, Tiket Percuma Filem Imaginur Licin!

Baru-baru ini, menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna di laman TikToknya (@chuha.fox), dia mendedahkan rupanya pelakon berbakat besar, Beto Kusyairy tidak memegang tangan aktres jelita, Diana Danielle dalam poster berkenaan.

Dalam hantaran video pendek tersebut, poster itu memaparkan pelakon berusia 43 tahun itu sedang memegang tangan Diana namun rupa-rupanya, ia hanyalah suntingan (edit) semata-mata dan sebenarnya aktor itu memegang tangan seorang lelaki.

“Patutlah Beto Khusyairi tak nak pegang tangan Diana Danielle. Rupanya poster itu edit

sahaja.. baru tahu,” coret pemilik video tersebut di ruangan kapsyen.

Bagaimanapun, menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mempersoal pula babak Beto memeluk Diana adakah ia hanyalah suntingan juga atau benar-benar dilakukan.

Namun begitu, ada segelintir pengguna yang berpendapat dan menegaskan bahawa babak tersebut juga adalah hasil suntingan, dimana Beto memeluk seorang lelaki kemudiannya disunting menggunakan teknologi yang disediakan oleh pihak produksi.

Dalam pada itu, netizen memuji tindakan pelakon filem popular Mat Kilau itu yang sentiasa menjaga batasnya ketika berlakon dengan wanita lain memandangkan mahu menjaga perasaan dan hati seorang insan yang bergelar isteri.

Terkini, hantaran video tersebut menerima lebih satu juta jumlah tontonan dan lebih 60 ribu tanda suka.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER: TikTok Chuha Fox

IKLAN