Berita

“Patutlah Ada Bau Busuk…” – Pengunjung Car Boot Sale Terkejut Temui Mayat Dalam Kereta

Share

Mayat seorang lelaki yang ditemukan di dalam sebuah kereta berhampiran tapak jualan but kereta di Kota Damansara, semalam disyaki membunuh diri selepas polis menjumpai arang berasap di dalam kenderaan itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Tragis! Penemuan Mayat Dikerat 6 Dalam Bagasi Di ‘Highway’ Berdekatan Rawang

Timbalan Ketua Polis Petaling Jaya, Superintenden M. Hussin Sollehuddin Zolkifly berkata, lelaki tempatan berusia 40-an tersebut dipercayai sudah meninggal dunia lebih lima hari.

“Lebih kurang 12.04 tengah hari, Balai Polis Kota Damansara menerima satu laporan berhubunh kematian seorang lelaki.

“Siasatan awal mendapati si mati dijumpai dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam sebuah kenderaan jenis Perodua Bezza dipercayai telah meninggal dunia dalam tempoh lebih lima hari,” katanya di dalam satu kenyataan.

Terdahulu, penemuan yang mengejutkan itu dikongsikan oleh salah seorang peserta car boot sale

menerusi platform X.

“…ada bau busuk. Ingatkan najis haiwan je. Tapi dari jauh dah bau ye.

“Lepas tu ada orang nampak lelaki terbaring dalam kereta dan kembung macam belon. Ada copy ic di depan kereta dia,” katanya.


Turut ditemui dalam kereta satu nota dipercayai ditinggalkan mangsa yang meminta orang ramai menghubungi ahli keluarganya.

“Tolong hubungi abang atau kakak saya,” menurut nota berkenaan.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram

, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

KREDIT FOTO/ARTIKEL: BH, Kosmo

IKLAN