Paskal Raih Rating Tertinggi IMDb Bagi Filem Malaysia, Lihat Senarai TOP 15

Share

 

Senario perfileman di Malaysia pada tahun ini makin menunjukkan peningkatan memberansangkan berbanding tahun-tahun lepas!

 

Selepas berjaya mengaut kutipan RM22juta (what?!) selepas 18 hari tayangan, filem Paskal diiktiraf sebagai antara filem terbaik yang dikeluarkan oleh Malaysia pada tahun 2018.

Bukan saja filem arahan Adrian Teh ini menampilkan lakonan mantap oleh Hairul Azreen, Ammar Alfian, Henley Hii, Taufiq Hanafi, Gambit Saifullah, Theebaan G, Jasmine Suraya dan ramai lagi. Malah ia turut diberi kesempatan untuk ditayangkan di Singapura pada pertengahan Oktober lalu.

Hari ini, Paskal memperoleh satu lagi pengiktirafan apabila ia mendapat rating tertinggi bagi kategori Filem Popular Dari Sesebuah Negara – Malaysia.

Paskal menerima rating 9.1/10!

Pagi tadi, mereka menerima rating 8.8. Hanya dalam masa beberapa jam saja, ia boleh meningkat naik hasil pujian para penonton! Ini adalah sesuatu yang wajar dibanggakan.

Nah, tengok pula 14 lagi buah filem Malaysia yang menduduki tangga TOP 15. Bagaimanapun, ada beberapa filem ber-rating tinggi yang tidak disenaraikan. Contohnya seperti ‘Tiga Abdul’ arahan Tan Sri P. Ramlee yang memperoleh rating 8.0/10.

BACA : 10 Tahun Sejak ‘Kami The Movie’, Lihat Perubahan 5 Pelakon Utamanya

02

Jibam (2017)

Rating : 8.5

03

Adiwiraku (2017)

Rating : 8.3

04

Tombiruo (2017)

Rating : 8.3

05

Bisik Pada Langit (2017)

Rating : 8.0

06

BoBoiBoy : The Movie (2016)

Rating : 8.0

07

Munafik 2 (2018)

Rating : 7.9

08

Rise of the Legend (2017)

Rating : 7.9

09

One Two Jaga (2018)

Rating : 7.9

10

Ola Bola (2016)

Rating : 7.8

11

Tentang Bulan (2006)

Rating : 7.8

12

Pinjamkan Hatiku (2017)

Rating : 7.7

13

Pulang (2018)

Rating : 7.5

14

Hantu Kak Limah (2018)

Rating : 7.5

15

KL Special Force (2018)

Rating : 7.4

 

* Senarai ini adalah setakat tarikh artikel ini dimuat naik. 

IKLAN