Parcel Tak Sampai-Sampai Dah Berminggu, Ini Cara Korang Buat Aduan Kepada Pos Malaysia

Share

Viral di media sosial apabila terdapat lambakan parcel yang belum sempat dihantar gara-gara permintaan menghantar bungkusan sepanjang PKP dikatakan naik mendedak dek kerana ramai yang membeli secara online.

Menurut Harian Metro, Pos Malaysia menerima sehingga 770,000 bungkusan sehari dan jumlah ini meningkat melebihi kapasiti biasa Pos Laju iaitu 350,000 bungkusan sehari.

Mungkin ada yang merungut disebabkan parcel mereka tidak sampai-sampai lagi, jadi seorang pengguna di Facebook telah berkongsi tip bagaimana untuk korang mahu mengambil barang daripada pos laju sepanjang tempoh PKP ini.

Ada yang barang sudah tiga minggu lebih tak sampai, so

ini cara penyelesaiannya kalau nak barang korang cepat sampai dalam masa dua hari sahaja selepas membuat aduan feedback kepada Pos Laju.

Jom cuba tip yang dikongsi oleh Maizura Mohamad ini.

1. Klik link www.pos.com.my

2. Pilih Track and Trace

3. Klik Continue eFeed…

4. Tekan e-Feedback

5. Terima email

6. Update

Apa-apa pun ini hanyalah salah satu usaha yang korang boleh cuba. Mana tahu berjaya kan. Tak salah mencuba. Hiks!

IKLAN